(Video) Pantang Buka Pintu, Anak Merangkak Laju Cuba 'Larikan Diri', Comel Sungguh!

Anak merangkak laju hingga ke bahagian longkak rumah telah mencuit hati ramai netizen. Nasib baiklah si ibu sempat kejar

Bila sedang dalam fasa anak merangkak, pasti ibu ayah lelah berkejar sana sini. Perkongsian seorang ibu di laman tiktok @cikros9089, mengenai anaknya mencuit hati netizen.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Anak merangkak laju bila buka pintu, macam nak lari rumah!
  • Tips jaga anak fasa merangkak, elak kecelakaan

Menerusi perkongsian itu, anaknya dilihat laju merangkak keluar rumah sebaik saja pintu dibuka. 

Anak merangkak laju bila buka pintu, macam nak lari rumah!

anak merangkak

Malah dalam video yang dikongsikan kanak-kanak itu sempat menoleh ke belakang sebelum terus merangkak laju. Mungkin bimbang akan diambil dan dimasukkan semula ke rumah. 

Video itu dengan kapsyen, ‘akal baru anak soleh..nasib baik dulu mama atlet, boleh kejar adik…’ mencuit hati netizen kerana gelagat bayi itu sangat comel yang kelam kabut merangkak keluar. 

@cikros9089

AKAL BARU ANAK SOLEH…NASIB BAIK DLU MAMA ATLET…BOLEH KEJAR ADIKKK…HAHAHA 😂😂😂 ♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

Tips jaga anak fasa merangkak, elak kecelakaan

#1. Keadaan rumah perlu sesuai dengan keadaan penglihatan bayi

Cara terbaik untuk melihat semua sudut dan benda-benda yang berpotensi membahayakan bayi adalah dengan melutut di setiap ruangan. Benda-benda kecil, benda yang diperbuat daripada kaca serta benda tajam perlu segera dibersihkan.

Ini termasuk juga barang-barang yang dapat ditarik oleh anak seperti wayar televisyen dan sebagainya. Sudut perabot yang tajam dan berbahaya perlu ditutup. 

#2. Tutup soket elektrik

anak merangkak

Diketahui bayi suka memasukkan tangan dalam mulutnya dalam jari mereka akan sentiasa basah. Mereka juga suka masukkan jari dalam lubang kecil seperti lubang soket elektrik yang merisikokan mereka kepada renjatan.

#3. Halang akses ke bahagian tertentu

Seeloknya di bahagian tertentu seperti dapur dan tangga harus ada akses yang dihalang dengan pagar keselamatan bayi bagi mengelakkan bahaya di kawasan itu. 

#4. Ajar anak disiplin

Jika dia suka mengutip, ajarkan padanya disiplin jangan mengutip supaya dia faham apa yang dilakukan adalah salah kerana bukan sepanjang masa anda boleh memantau mereka.

Walaupun masih kecil mereka sebenarnya boleh juga memahami anda. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Anak Skip Merangkak & Terus Berjalan, Ibu Sila Ambil Tahu Tanda ‘Midline Crossing’ Ini

Baca juga: Anak Sudah Mula Belajar Merangkak? Guna Playmat Lembut Untuk Tambah Keselesaan & Keyakinannya!

Baca juga: Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!