Biarkan Anak Anda Nampak Anda Keluar Rumah (Walaupun Dia Menangis), Ia Bagus Untuknya!

lead image

Anda pasti pernah melalui hal ini: anak menangis bila kita keluar pintu rumah. Kenapa agaknya anak-anak ini sedih sangat bila kita tinggalkan mereka? Apa nak buat bila ini terjadi? Jom baca lanjut. Bolehlah anda cuba di rumah nanti!

Tidak perlu bersembunyi dari anak anda.

Bagi ibu-bapa yang perlu bekerja, atau ibu-bapa yang perlu meninggalkan anak mereka di rumah untuk seketika (dengan seorang penjaga), taktik biasa kita adalah untuk menyelinap keluar dari rumah, kan?

Kita akan cuba mengelak anak-anak kita supaya mereka tidak nampak kita keluar. Kalau tak, mulalah dia akan menangis.

Tetapi, kalau anda hendak tahu, sebenarnya ia adalah lebih baik jika anak-anak anda dapat melihat anda meninggalkan rumah; anda tidak seharusnya menyelinap keluar!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/seek.jpg Biarkan Anak Anda Nampak Anda Keluar Rumah (Walaupun Dia Menangis), Ia Bagus Untuknya!

Gambar dari: flickr.com

Biarkan anak-anak anda memahami apa yang berlaku.

Kanak-kanak sangat cemas tentang ibubapa mereka meninggalkan mereka. Ini kerana, ibu bapa adalah sumber utama keselamatan dan keselesaan mereka.

Sebab itulah, bila anak kecil nampak ibu bapa mereka meninggalkan rumah, itu sudah cukup mampu untuk menjadi pengalaman yang menakutkan buatnya!

Menyembunyikan diri dari anak anda sebaliknya hanya akan membuat mereka berfikir yang setiap kali mereka tidak dapat melihat anda, itu bermakna anda tiada dalam rumah.

Maksudnya, walaupun anda berada di rumah tetapi anda tiada dalam pemandangan mereka walaupun seketika, ia mungkin akan menyebabkan mereka berfikir bahawa anda telah meninggalkannya!

Itulah sebabnya daripada cuba menyelinap keluar, ia adalah lebih baik untuk anda beritahu kepada si kecil itu yang anda akan keluar untuk sementara waktu, dan anda akan kembali kepada mereka.

Yang penting adalah untuk kita meyakinkan mereka bahawa anda tidak akan meninggalkan mereka.

Dengan cara itu, mereka tidak akan berasa cemas atau takut tanpa kehadiran anda.

Ia sentiasa bergantung pada usia mereka.

Seperti biasa, anda perlu mengambil pendekatan yang berbeza bergantung pada umur anak anda.

Ia tentulah sukar untuk menjelaskan sesuatu jika anak anda hanya berumur beberapa bulan.

Jadi, anda hanya perlu tunjukkan secara fizikal yang anda akan keluar, dan kemudian akan kembali.

Tetapi, cara yang terbaik adalah untuk menerangkan perkara kepada mereka (walaupun mereka tidak memahami sepenuhnya).

Sampai satu masa, mereka pasti akan terbiasa dengannya, dan tidak lagi akan menangis setiap kali anda pergi.

Ia memang sukar, dan menyakitkan sebagai ibu bapa untuk melihat anak anda menangis setiap kali anda meninggalkan mereka.

Tetapi, kami percaya, jika anda bina hubungan yang rapat dan saling mempercayai dengan anak anda, mereka akhirnya akan terbiasa dengan corak dan aktiviti harian anda.

Akhirnya, ia tidak lagi menjadi masalah untuk anda meninggalkan rumah. Cubalah!

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Philippines.

Baca juga:

Tolong! Bayi Saya Ingin Didukung Sepanjang Masa…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!