Ibu bapa harus biar anak obses dengan benda yang dia suka - kajian

Ibu bapa harus biar anak obses dengan benda yang dia suka - kajian

Pernah tak anak obses atau minat sesuatu hingga semua benda nak tema itu? Contoh dinasor atau Spiderman dan Hello Kitty? Anda patut biar obsesi mereka itu!

Anak obses dengan sesuatu yang menarik perhatiannya

Pernah atau tidak anda melihat anak anda terlalu obses dengan sesuatu? Contohnya seperti anak obses dengan dinasor (atau Spiderman!), katakan. Dari baju, buku, beg malah kek hari jadi pun, semuanya dia mahu tema dinasor!

Dinasor umpama dunianya. Pelbagai jenis dinasor yang mereka mahu dan simpan. Malah setiap masa juga bermain dengan dinasornya itu.

anak obses

Apabila anak obses dengan sesuatu, nampak seperti merisaukan, betul tak? Tapi sebenarnya anda tidak perlu risau pun kerana obsesi seumpama ini adalah normal pada kanak-kanak.

Dan para saintis memanggil ini sebagai “intense interests” atau minat yang mendalam. Seorang penulis, Kate Morgan menulis tentang topik anak obses dengan sesuatu ini dalam majalah New York dengan tajuk “A Psychological Explanation for Kids’ Love of Dinosaurs.

Menurutnya, obsesi anak seumpama ini adalah normal buat kanak-kanak berusia di antara 2 hingga 6 tahun.

Minat ini muncul tanpa dorongan ibu bapa dan akan kekal bersama anak untuk jangka masa yang panjang. Contohnya sepanjang zaman kanak-kanaknya.

anak obses

Anak obses dengan sesuatu lebih sihat

Obsesi ini boleh terdiri dari pelbagai benda, dari kereta lumba, Star Wars, lori sampah hinggalah ke dinasor.

Menurut satu kajian di Yale, kanak-kanak lelaki lebih cenderung memiliki obsesi berbanding perempuan. Malah menurut pakar, sebenarnya kanak-kanak lebih sihat jika mempunyai obsesi terhadap sesuatu.

Mempunyai obsesi memberi kelebihan untuk intelek juga. Mereka lebih mengambil tahu serba-serbi tentang apa yang mereka minat. 

Kajian pada tahun 2008  mendapati yang minat yang mendalam (obsesi) terutamanya pada benda berkonsep seperti dinasor membantu kanak-kanak meningkatkan pengetahuannya. Selain itu, ia juga meningkatkan skil pemahaman mendalam dan menjadikan anak lebih fokus.

Ibu bapa harus biar anak obses dengan benda yang dia suka - kajian

Ringkasnya, mereka lebih bijak dan cepat belajar!

Terdapat puluhan kajian yang menunjukkan kanak-kanak dengan obsesi terhadap sesuatu (intense interests) lebih cenderung untuk memiliki intelek lebih dari biasa.

Jadi, walaupun kadang-kadang benda yang mereka minat itu bukanlah sesuatu yang anda berkenan, jika ia tidak salah, galakkan mereka.

Minat anak-anak boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan atau menggelikan hati kita sebagai ibu bapa, tapi ia bagus untuk anak-anak. Galakkan mereka fokus dengan obsesi mereka.

Berikan mereka alat bantuan untuk lebih fokus dengan minat mereka seperti buku atau aktiviti tambahan di luar. Mana tahu anak anda bakal menjadi pakar dinasor kelak?!

Anak anda minat dengan benda apa? Kongsikan dengan kami, apa obsesi anak anda 🙂

 

 

 

 

 

Sumber: Offspring

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 kebaikan mengapa anda patut ajak anak melukis sama-sama setiap hari

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner