Baby Obesiti: Benarkah Bayi Lahir C-section Lebih Mudah Menjadi Obes?

lead image

Cara melahirkan bayi mempengaruhi berat badan mereka? Ikuti perbincangan tentang kajian yang mengaitkan C-section dan obesiti serta dapatkan beberapa panduan cara hidup sihat bagi kanak-kanak.

Benarkah c-section meningkatkan risiko baby obesiti?

Anak pembedahan Caesar lebih berisiko obesiti

Bacalah bagainmanakah anak pembedahan Caesar lebih berisiko obesiti

Satu kajian yang mengaitkan cara bayi dilahirkan dengan kebarangkalian mengalami baby obesiti telah dikeluarkan oleh akhbar Daily Mail, UK pada 27 Mei yang lalu.

Kajian yang diketuai oleh Dr Jan Blustein daripada New York University, School of Medicine ini mendapati bayi yang dilahirkan secara C-section hampir dua kali ganda berisiko mengalami berat badan berlebihan apabila remaja.

BERKAIT: Is my child overweight?

Baby Obesiti: Statistik Kajian

Rekod kesihatan 10,000 kanak-kanak di Britain menunjukkan kanak-kanak 1 tahun yang dilahirkan secara pembedahan adalah 83% lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan.

Satu kajian yang menjejaki tahap kesihatan jangka panjang 14,000 kanak-kanak yang dilahirkan pada awal 1990-an pula menunjukkan bayi kelahiran Caesar secara purata 63gram lebih ringan. Tetapi apabila mencecah 6 minggu, mereka lebih berat secara konsisten walaupun faktor lain seperti berat ibu dan tempoh menyusu badan diambil kira.

Baby Obesiti: Kajian terdahulu

Kelahiran melalui pembedahan dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda kes obesiti pada usia 3 tahun dalam satu penyelidikan yang dilakukan di Harvard Medical School dan Harvard School of Public Health.

Dalam kajian ini, 1,255 kanak-kanak diperhatikan sejak lahir sehingga usia 3 tahun. 16% daripada mereka dilahirkan secara C-section dan mengalami obesiti, berbanding 7.5% kanak-kanak yang dilahirkan secara semulajadi.

Baby Obesiti: Sebab Kenaikan Berat

Assistant Professor Susanna Y. Huh daripada Harvard Medical School melaporkan ia mungkin dikaitkan dengan bagaimana kelahiran memberi kesan kepada populasi bakteria dalam usus bayi.

Dalam tahun pertama, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan didapati mempunyai kuantiti bakteria Firmicutes tinggi. Kajian menunjukkan bakteria ini boleh mempengaruhi berat: orang dewasa yang mengalami obesiti mempunyai Firmicutes yang lebih berbanding bakteria lain dan kajian pada tikus mendapati mengurangkan kuantiti Firmicutes dapat mengurangkan risiko peningkatan berat pada haiwan tersebut.

Bayi yang dilahirkan melalui faraj juga terdedah kepada mikrob-mikrob pada faraj ibu. Kemungkinan lain, antibiotik yang digunakan semasa pembedahan Caesar juga mempengaruhi populasi pepijat pada isi perut bayi yang boleh mempengaruhi berat badan bayi.

Berat badan ideal dan BMI

Memandangkan bentuk badan kanak-kanak yang berbeza, tidak ada berat badan ideal yang dapat diberikan mengikut umur. Cara terbaik adalah mengira BMI atau body mass index yang dapat memberikan gambaran samada berat kanak-kanak sesuai dengan ketinggiannya.

Berbeza dengan orang dewasa, bagi kanak-kanak, beratnya dibandingkan dengan tinggi, jantina dan umur. Hasil BMI bagi kanak-kanak dikenali sebagai ‘BMI centile’.

Formula pengiraan BMI = Berat dalam kg / (tinggi x tinggi dalam cm)

Bandingkan nilai BMI ini dengan carta BMI bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan secara berasingan. Anda boleh juga gunakan pengira BMI kanak-kanak di laman Kidshealth ini.

Empat kategori BMI ialah:

• Terkurang berat – BMI kurang daripada 5th persentil
• Berat sihat – BMI antara 5th dan 85th persentil
• Berisiko obesiti – antara BMI 85th dan 95th persentil
• Obesiti – BMI pada atau melebihi 95th persentil

BERKAIT: Pemakanan untuk anak-anak yang sedang membesar

Cara hidup sihat kanak-kanak

Bagi mendapatkan berat badan ideal, bantu mereka mengamalkan cara hidup sihat. Inilah masa terbaik kerana mereka lebih mudah menjadikannya tabiat.

Aktif setiap hari
Pastikan anak-anak beraktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang sihat fizikal dapat memberikan tumpuan lebih baik di sekolah. Tutup TV dan biarkan mereka beraktiviti di luar rumah.

Air kosong
Jadikan air kosong sebagai penghapus dahaga. Jika perlukan khasiat buah-buahan, berikan buah-buahan segar berbanding jus. Tinggalkan minuman soda yang menyebabkan kanak-kanak mengambil lebihan sebanyak 200 kalori sehari.

Sayuran dan buah-buahan
Memakan buah-buahan dan sayuran setiap hari dapat membantu anak-anak membesar serta menambahkan tenaga dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Sediakan 2 hidangan buah dan 5 hidangan sayuran setiap hari.

Makan di rumah
Makan di luar mendedahkan anak-anak kepada pilihan yang tidak sihat. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang makan di rumah lebih menggemari sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang makan seharian di restoran.

Sarapan
Sebaiknya pastikan anak-anak mengambil sarapan yang tinggi protien dan serat serta rendah gula.

BERKAIT: Healthy food tips to live by

Rujukan:

Obesity risk for C-section babies: 84% more likely to be overweight than children born naturally
C-Section may Raise Child Obesity
Are Cesarean Sections Contributing to Childhood Obesity?
Your child’s weight
How to calculate your child’s BMI
5 ways to a healthy lifestyle
Healthy lifestyles, healthy children: 8 things you can do right now

Adakah anak anda mengalami masalah baby obesiti? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah 🙂

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!