Wah, Ketat Betul 7 Syarat SRK Bagi Pada Bakal Boyfriend Anaknya Ni!

lead image

Anak perempuan Shah Rukh Khan, Suhana Khan telah membesar menjadi gadis yang sangat cantik. Bagi pemuda yang nak bercinta dengannya, ini adalah syaratnya.

Mempunyai seorang anak perempuan yang membesar jadi seorang gadis cantik pasti buat mana-mana ayah pun akan jadi protective lebih, kan? Shah Rukh Khan juga tak terkecuali.

Dia ada menetapkan syarat-syarat jika ada mana-mana lelaki yang mahu dating dengan anaknya.

Satu-satunya anak perempuan Shah Rukh Khan ini telah menyambut kelahirannya yang ke-18 pada 22 Mei lepas. Kecantikan Suhana telah memikat ramai lelaki di seluruh dunia.

Sebagai seorang ayah, Shah Rukh Khan telah menetapkan syarat yang ketat untuk bakal pasangan anaknya nanti.

7 peraturan untuk dating dengan anak perempuan Shah Rukh Khan

Melalui temubual dengan sebuah majalah, Shah Rukh Khan mengatakan yang dia telah menetapkan syarat yang ketat bagi pemuda yang ingin mendekati puteri kesayangannya ini.

Ini adalah beberapa syarat ketat jika anda nak dating dengan anak Shah Rukh Khan.

1. Perlu bekerja

Shah Rukh Khan tak mahu anaknya dating dengan penganggur kerana menurutnya, lelaki itu belum mempunyai tanggungjawab dalam kehidupannya sendiri.

Oleh itu, mempunyai pekerjaan harus jadi kelayakan pertama yang perlu dipenuhi oleh bakal boyfriend Suhana Khan kelak.

2. “Tolong faham yang saya tak sukakan anda!”

Bapa manapun mesti tak suka melihat anak perempuan mereka disentuh oleh lelaki sembarangan. Apatah lagi kalau belum jadi suami.

Tapi sebagai ayah moden, Shah Rukh Khan tak boleh memaksa anaknya untuk tak bercinta dengan mana-mana lelaki.

Oleh kerana ini, walaupun dia mengizinkan anaknya mempunyai boyfriend, Shah Rukh Khan menegaskan yang dia tak akan suka dengan bakal teman lelaki anaknya.

3. “Saya ada di mana mana!”

Sebagai seorang yang popular dalam industri hiburan, sudah tentu SRK mempunyai ramai kenalan di mana-mana. Bukan itu saja, kehidupan SRK dan keluarganya sentiasa menjadi tumpuan media.

Jadi, jika teman lelaki anaknya berani membuat kesalahan, pasti dia akan tahu. Ini adalah amaran keras pada lelaki yang mahu bercinta dengan anak perempuan Shah Rukh Khan.

4. “Dia adalah anak saya, bukan piala”

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/05/suhana khan.jpg Wah, Ketat Betul 7 Syarat SRK Bagi Pada Bakal Boyfriend Anaknya Ni!
 
Menjadi anak perempuan Shah Rukh Khan pastinya tak mudah buat Suhana kerana ini membuatkan dia susah untuk mencari orang yang benar-benar ikhlas menyukainya.
 
Oleh tu, SRK mengingatkan bakal teman lelaki Suhana untuk tak membuat anaknya seperti piala untuk ditayangkan pada semua orang.

5. “Saya tak kisah masuk penjara”

Jika ada sesiapa yang berani menyakiti anaknya, SRK memberi amaran yang dia tak kisah jika dia perlu masuk penjara jika perkara ini berlaku.

7. “Saya akan lakukan perkara yang sama anda lakukan pada anak saya”

Suhana dan anak-anaknya yang lain adalah sebahagian daripada hidup SRK, oleh itu SRK akan melayan orang yang rapat dengan anak-anaknya seperti apa yang mereka lakukan.

Jika baik, makan dia akan layan dengan baik, jika tak, baca semula syarat ke 3 dan ke 5.

Wah, protective betul Shah Rukh Khan ini. Adakah anda pun sama macam SRK bila tiba masa anak anda mempunyai teman lelaki?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Fitriyani; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia

Baca juga

16 Panduan Membesarkan Anak Perempuan Yang Wajib Diketahui Semua Ibu