Wow, Ibu Ini Bersalin Anak Ke- 21 Ketika Sudah Berusia 43 Tahun!

lead image

Mempunyai anak ramai bukan satu perkara yang mudah, ada beberapa perkara perlu anda pertimbangkan. Lihat keluarga dari UK yang mempunyai 21 orang anak ini.

Ramai pasangan yang ada keinginan untuk dapat anak ramai, tapi bolehkah anda bayangkan jika anda mempunyai 21 orang anak?

Inilah realitinya buat pasangan suami isteri dari UK ini. Mereka mempunyai 21 orang anak! Anak sulung mereka berumur 29 tahun manakala anak bongsu mereka baru saja lahir pada 13 November lalu.

Keluarga anak ramai dengan bilangan 21 orang anak

src=https://id Wow, Ibu Ini Bersalin Anak Ke  21 Ketika Sudah Berusia 43 Tahun!

Sumber: Instagram

Sue, wanita yang berusia 43 tahun ini berkata yang anak mereka yang ke-21 ini telah melengkapkan keluarga besar mereka.

“Beberapa orang mahukan satu atau dua anak saja. Tapi kami membuat keputusan untuk berhenti selepas kelahiran Bonnie anak ke-21 kami,” kata Sue.

Sue juga berkata yang semua anaknya sangat gembira dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga mereka.

“Bila kami bawa pulang Bonnie, mereka berebut-rebut memeluk adik mereka. Itu adalah saat yang paling indah untuk saya,” tambah Sue.

Suaminya, Noel Radford pula mengatakan yang pada awalnya mereka hanya bercadang mahu mempunyai tiga orang anak saja.

Ketika mereka melahirkan anak yang ke-9, Noel telah menjalankan pembedahan vasektomi tapi kemudian dia telah membatalkan vasektomi tersebut kerana mahu ada lebih ramai anak.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Untitled 4.png Wow, Ibu Ini Bersalin Anak Ke  21 Ketika Sudah Berusia 43 Tahun!

Sumber: Instagram

Sue dan Noel telah berkawan sejak mereka masih kecil dan tak pernah berpisah sejak itu.

Sue telah melahirkan anak pertama mereka Chris, ketika dia berusia 14 tahun. Mereka juga mempunyai tiga cucu dari anak mereka, Sophie.

Jika anda nak anak ramai, ini 5 perkara yang perlu anda pertimbangkan

1. Persetujuan suami dan isteri

Bincangkan dengan pasangan tentang jumlah anak yang anda ingin miliki kerana anda mungkin mempunyai perbezaan pendapat tentang hal ini.

Adalah lebih baik untuk anda bincang perkara ini sebelum anda berkahwin kerana perbezaan pendapat dan keinginan boleh menyebabkan pertengkaran kelak.

2. Keadaan kesihatan dan umur

src=https://id Wow, Ibu Ini Bersalin Anak Ke  21 Ketika Sudah Berusia 43 Tahun!

Baik isteri atau suami, ambil kira keadaan kesihatan adalah penting sebelum menbuat keputusan tentang bilangan anak yang ingin diperolehi.

Mengandung pada usia terlalu muda mempunyai risiko terhadap kesihatan ibu dan janin. Ibu yang selalu mengandung dan bersalin juga boleh mengalami kesihatan berhubungan dengan organ pembiakan.

Untuk suami pula, kesihatan fizikal dan psikologi boleh mempengaruhi kualiti sperma yang dihasilkan. 

Jarak umur antara anak juga perlu diambil kira. Jarak umur yang terlalu rapat atau terlalu jauh boleh memberi kesan pada kesihatan ibu dan anak.

4. Masalah kewangan

Keadaan kewangan juga adalah antara faktor yang penting perlu anda pertimbangkan sebelum anda membuat keputusan tentang bilangan anak.

Setiap anak yang dilahirkan akan mempengaruhi kewangan anda dan pasangan.

5. Keadaan emosi suami dan isteri

Mempunyai anak ramai bermakna tanggungjawab anda akan bertambah. Mempunyai anak yang ramai juga bermakna banyak kerenah yang perlu anda uruskan.

Jadi, anda perlu bersedia dari segi mental supaya ia tak menjadi pertengkaran anda dan suami dan menambahkan tekanan dalam perkahwinan anda.

Anda nak anak berapa ramai?

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!