theAsianparent Logo

Bagaimana anda boleh membantu masalah bayi sembelit?

Mendengar mereka menangis tetapi tidak mampu menenangkan mereka sungguh memilukan. Bagaimana anda boleh bantu masalah sembelit anak anda?

Anak selalu menangis kerana sembelit

Salah satu sebab utama bayi selalu menangis ialah kerana kembung perut atau sembelit. Apabila kita hanya mampu mendengar mereka menangis kerana anak sembelit tapi tidak mampu menenangkan mereka, ia sungguh memilukan, betul tak?

Bagaimana anda boleh bantu masalah anak sembelit?

anak sembelit

Menambah rasa sedih apabila anda adalah apabila anda tahu anak  hanya boleh menangis untuk meluahkan rasa tidak selesanya. Ibu mana yang boleh tenang melihat anaknya kesedihan atau kesakitan.

Jadi mari kita ambil tahu dengan lebih lagi tentang bagaimana anda boleh bantu masalah sembelit anak anda.

Bagaimana mengenalpasti anak sembelit atau tidak?

Apabila makanan masuk ke dalam sistem pencernaan, ia akan dicerna supaya makanan dan air darinya makanan tersebut dapat diserap.

Semasa di dalam usus besar, air akan diserap dan bakinya akan menjadi najis. Namun jika terlalu banyak air yang diserap, najis akan menjadi terlalu keras dan terjadinya sembelit.

anak sembelit

Kesihatan usus sangat penting bagi mengelakkan sembelit.

Antara cara untuk mengenalpasti sama ada anak anda mengalami sembelit atau tidak ialah dengan melihat tanda-tanda ini:

  • buang air besar kurang dari 3 kali seminggu
  • sukar membuang air besar
  • najis lebih besar dari saiz biasa

Terdapat banyak sebab mengapa sembelit boleh terjadi. Bagi anak yang masih kecil, ketika diet mereka berubah dan mula makan makanan pepejal, sembelit biasa terjadi.

Ini kerana bentuk makanan mereka bertukar dari cecair kepada pepejal.

Selain itu, diet yang tidak seimbang juga boleh membawa kepada sembelit. Sesetengah makanan menyerap lebih air dan menyebabkan najis menjadi keras.

Bagaimana melegakan anak sembelit dan membaikpulih sistem pencernaan bayi?

anak sembelit

Bantu mereka mengatasi masalah sembelit mereka

Kunci utama di sini ialah memperbaiki diet mereka. Memang betul kita harus mengutamakan semua nutrien seperti kalsium dan vitamin D.

Tetapi ada satu lagi nutrisi tambahan yang diperlukan anak, iaitu prebiotik. Dan ia sangat penting untuk sistem pencernaan yang sihat buat anak anda.

Apa itu prebiotik dan bagaimana ia membantu sembelit anak?

Prebiotik ialah serat yang tidak dihadam dalam sistem pencernaan manusia. Tapi ia membantu melembutkan najis. Ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus yang membantu sistem pencernaan lebih sihat.

Sumber prebiotik

Bagi bayi yang masih menyusu, cara untuk memberi mereka prebiotik ialah melalui susu ibu. Ibu yang perlu makan makanan tinggi prebiotik untuk bayi . Antara contoh sumber prebiotik ialah:

  • Bawang putih mentah 
  • Bawang merah mentah atau masak
  • Pisang 
  • Luban arab (arabic gum)

Jom sama-sama kita membantu anak yang mengalami sembelit, ya! Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, draxe

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Mengapa bayi saya selalu kentut dan kembung perut? Perlu ke saya risau?