5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

Memang tak sanggup bila kita lihat anak kita meneran kesakitan bila mereka dapat sembelit kan? Kenapa ia berlaku? Apa cara untuk legakan mereka? Jom baca.

Tak sanggup rasanya bila kita tengok anak sembelit, kan?

Mana taknya, dengan muka cuba meneran, menjerit, menangis malah tantrum. Lebih-lebih lagi masa kita tengah latih dia guna tandas. Memang menyeksakan!

Bila perkara ini berlaku, mesti semua ibu bapa nak tahu cara untuk legakan anak sembelit ini. Tapi sebelum kami beritahu 5 tip ini, penting juga untuk anda ketahui tentang masalah sembelit yang anak lalui itu.

Anak saya sembelit ke?

anak sembelit, sembelit pada anak, masalah sembelit, sembelit, atasi anak sembelit, petua legakan sembelit anak

Ini adalah soalan yang bagus untuk ditanya kerana sesetengah kanak-kanak mungkin tak akan buang air besar berhari-hari dan ini akan membuatkan anda tertanya-tanya sama ada anak sembelit atau tak.

Menurut pakar kesihatan, secara keseluruhannya, kanak-kanak akan buang air besar sekali sehari. Jika anak buang air besar kurang dari tiga kali seminggu atau najis mereka keras, besar dan susah untuk keluar, kemungkinan besar mereka sembelit.

Walau bagaimanapun, untuk beberapa kanak-kanak, buang air besar dua kali seminggu adalah “normal” untuk mereka. Untuk kes seperti ini, jika mereka buang air besar kurang dari kebiasaan mereka, ini tandanya mereka sembelit.

Sebab kenapa anak sembelit

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/03/toilet training.jpg Bahaya melatih anak menggunakan tandas terlalu awal kata pakar urologi

Ini antara sebab-sebab biasa kenapa anak anda dapat sembelit:

  • Diet Kanak-kanak cerewet tentang makanan. Kebanyakan dari mereka makan makanan yang tinggi tenusu, manis dan makanan proses tapi rendah fiber dan cecair yang mencukupi. Jika mereka tukar diet dari susu ibu ke formula, itu juga boleh sebabkan sembelit.
  • Ubat – Beberapa ubat seperti antibiotik atau suplemen yang tinggi kandungan zat besi boleh menyebabkan si kecil sembelit.
  • Tahan buang air besar – Si kecil ini memang sentiasa sibuk dan banyak perkara penting yang mereka perlu lakukan (seperti bermain) dari pergi ke tandas. Atau mereka tak suka tandas selain tandas rumah, jadi mereka pilih untuk tahan berak dan sembelit.
  • Takut – Anak yang pernah sakit semasa buang air besar mungkin elak untuk buang air besar kerana takut sakit lagi
  • Sakit – Sakit biasa seperti sakit perut boleh mengganggu perjalanan pembuangan air besar anak. Kadang-kadang mereka juga boleh sembelit kerana intoleransi pada beberapa jenis makanan.

5 cara legakan anak sembelit, jom ibu kita cuba!

anak sembelit, sembelit pada anak, masalah sembelit, sembelit, atasi anak sembelit, petua legakan sembelit anak

Jika anak anda sembelit, ada beberapa cara yang boleh anda buat untuk bantu mereka:

1. Buah prun dan pir

Jika anak sukakan karbohidrat dan tak suka makan sayur dan buah, mereka berisiko untuk sembelit.

Ini adalah buah yang boleh memberikan kelegaan pantas untuk sembelit anak anda.

  • Prun: Cuba rendamkan beberapa buah prun dan hancurkan menjadi jus atau potong kecil-kecil. Jika anak anda tak boleh makan semua, beri mereka beberapa keping.
  • Pir: Pir adalah laktatif semulajadi yang boleh menyelesaikan masalah sembelit anak anda. 

2. Urut

Anda boleh cuba untuk urut perut anak perlahan-lahan bagi memberikan mereka kelegaan segera. Caranya:

3. Posisi di tandas

anak sembelit, sembelit pada anak, masalah sembelit, sembelit, atasi anak sembelit, petua legakan sembelit anak

Posisi paling baik untuk badan manusia buang air besar atau kecil adalah dengan mencangkung

4. Serat larut

Anda boleh beli serat larut di farmasi. Ia mudah larut dalam air atau jus segar dan efektif untuk berikan kelegaan pada anak anda.

Tapi serat larut ini tak sesuai untuk bayi bawah usia satu tahun.

5. Minum banyak air

Cecair dalam badan yang cukup boleh melancarkan perjalanan buang air besar untuk anda anda. Serta mengelakkan sembelit. Jadi, pastikan anak anda minum air secukupnya.

Anak sembelit: Bila perlu risau?

Ia adalah normal untuk anak anda kadang-kadang mendapat sembelit. Tapi jika ia berlanjutan hingga dua minggu atau sering berlaku, anda perlu berjumpa doktor.

Anda juga boleh perhatikan tanda-tanda berikut:

  • Najis berdarah
  • Mual
  • Kembung perut
  • Sakit perut
  • Tak mahu ke tandas
  • Nangis dan menjerit kesakitan semasa cuba untuk buang air besar

Semoga bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-sembelit-bayi/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!