Adakah Anak Anda Seorang Pembuli? Apa Yang Harus Anda Buat?

lead image

Kes buli semakin meningkat di Malaysia. Adakah anda perasan anak anda mungkin seorang pembuli? Mari atasi masalah ini dengan panduan kami.

Kes Buli Yang Semakin Berleluasa

Dalam kes buli terdapat ketidakseimbangan kekuatan hingga mangsa buli akan diganggu, diejek, ditolak dan diserang oleh seorang pembuli atau lebih. 

Kanak-kanak yang membuli pula mahu mempunyai kuasa ke atas orang lain.

Terdapat 2 kategori buli:

  • secara langsung
  • secara tidak langsung

Buli secara langsung melibatkan hubungan fizikal: memukul, menumbuk, mengancam, menampar, menarik, menolak, atau mencubit hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Manakala buli tidak langsung tidak mudah untuk dikesan: ia mempengaruhi mangsa dengan cara psikologi dan emosi termasuk penderaan lisan, ucapan perkauman, pengecualian sosial dan buli siber.

Bullying Adakah Anak Anda Seorang Pembuli? Apa Yang Harus Anda Buat?

Kredit gambar: System Aspain

Kenapa Kanak-Kanak Membuli?

Buli secara ironinya adalah cara seorang pembuli “meminta bantuan“. Mereka mungkin mengalami trauma atau cabaran di rumah, di sekolah atau dalam bulatan sosial. 

Buli juga boleh jadi satu mekanisme mempertahankan diri, bertarung untuk terus hidup apabila pembuli merasakan mereka terancam, atau menghadapi rasa tidak selamat atau tekanan dari rakan sebaya.

Sebagai Ibu Bapa, Apa Yang Harus Kita Lakukan?

Sebagai ibu bapa yang menjadi mentor kepada generasi akan datang, apa yang harus kita buat?

Pendedahan berterusan kepada keganasan fizikal dan lisan dalam persekitaran terdekat kanak-kanak adalah faktor yang harus kita pertimbangkan.

Jika kita mengetahui yang anak kita adalah pembuli, langkah pertama yang perlu kita ambil adalah mengakuinya dan memisahkan identiti anak kita daripada tindakan mereka, lalu anda boleh menangani keadaan ini dengan berkesan.

Kita juga perlu membantu anak-anak mencari cara untuk membina daya tahan emosi, supaya mereka mencari cara-cara yang sihat untuk bertindak balas terhadap cabaran hidup.

Kita boleh menggunakan penyelesaian jangka pendek dengan matlamat jangka panjang untuk membimbing mereka.

5 Cara Ibu Bapa Boleh Atasi Masalah Anak Seorang Pembuli

1 – Bercakap dengan anak anda

Kita boleh menyoal apa perasaan mereka dan mengambil langkah untuk membantu anak kita mengenalpasti isu-isu mereka – contoh biasa termasuk: kebencian, takut kehilangan seseorang yang penting, tidak selamat dengan identiti mereka dan salah tafsir kepercayaan.

2 – Bantu anak anda

Anda juga boleh membantu mengenalpasti emosi mereka: adakah mereka marah, takut, sedih? Ajar mereka untuk menyelesaikan masalah.

Contohnya kita berjaya mengenalpasti anak kita membuli kerana: mereka sedih tidak diterima di sekolah.

Penyelesaian: Cuba kukuhkan identiti mereka dan beritahu mereka yang mereka disayangi, diterima dan boleh dijaga oleh kanak-kanak lain.

stop bullying sign k 7052 Adakah Anak Anda Seorang Pembuli? Apa Yang Harus Anda Buat?

Kredit gambar: Student Tutor

3 – Perhati tingkahlaku mereka

Beri tumpuan pada tingkahlaku mereka. Adakah mereka mempamerkan ciri-ciri yang aneh? Kita boleh memulakan perbualan dengan mereka tentang tingkahlaku ini.

4 – Bangunkan hubungan dengan anak

Bina hubungan dengan anak-anak berlandaskan kepercayaan dan rasa hormat. Apabila kita mendapat kepercayaan anak-anak, mereka akan mendengar kata kita dan takkan memberontak. 

5 – Melabur masa dengan anak-anak

Hubungan yang kukuh memerlukan masa dan minat yang utuh. Cuba tunjuk minat anda untuk memahami kehidupan anak-anak. Habiskan masa berkualiti sebagai sebuah keluarga bersama-sama.

Matlamat Jangka Panjang: Membina Ketahanan Emosi dan Budaya Keluarga Positif

Anak-anak harus membina ketahanan emosi yang kukuh. Budaya keluarga yang sihat dan positif juga boleh memastikan mereka lebih sihat – secara fizikal, kognitif, sosial, mental, moral dan emosi.

Mereka juga perlu tahu kasih sayang, empati, perkembangan watak dan kesabaran itu bukan saja boleh didapati di sekolah, tapi dalam sepanjang hidup mereka. 

Jadi, pupuklah budaya positif di rumah. Tunjukkan  kasih sayang, pujian dan penghormatan agar mereka boleh mengamalkannya di sekolah.

Jom cuba elak anak-anak kita daripada menjadi pembuli, okay?

Selamat mencuba semua ibu bapa di luar sana!

Rencana diterjemahkan daripada My Positive Parenting