Anak Shila Amzah, Seth Uwais Disahkan Autism Tahap 1, Luah Rasa Syukur Dapat Detect Awal

Anak Shila Amzah menjadi perhatian ramai apabila dimaklumkan bahawa anak sulungnya, Seth Uwais disahkan menghidap autisme tahap satu.

Shila Amzah dilihat kekal tenang dan tetap tersenyum ketika berkongsi tentang status kesihatan anak Shila Amzah, Seth Uwais, yang disahkan menghidap autisme tahap satu.

Anak Shila Amzah Disahkan Hidap Autism Tahap Satu

Menerusi  video yang dikongsikan di Instagram, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu itu tidak pernah malu malah sudah menjangkakan masalah yang dihidapi oleh Seth.

“Alhamdulillah, doakan yang terbaik untuk Seth dan keluarga kami. Seth telah didiagnosis autisme tahap satu.

Alhamdulillah, saya sudah lama rasa ada sesuatu yang tidak kena sama ada Attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD) atau autisme,” ujarnya.

Susulan itu, Shila turut berkongsi tentang perancangan terdekat iaitu doktor menasihatkan agar terapi yang sedang diikuti sebelum ini diteruskan.

Seth juga disarankan untuk dihantar ke sekolah yang boleh menerima kanak-kanak autism.

Tenang mengetahui keputusan itu, Shila Amzah dan suami, Ubai dilihat optimis tentang rawatan anaknya itu supaya boleh pulih semula.

“Bila dah tahu (diagnosis), senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan apa tidak. Sebagai ibu bapa, banyak cara boleh dilakukan untuk mendidik anak. Jadi kami pun tahu nak buat apa.” luahnya.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut meminta doa semoga Seth boleh membesar dan belajar dengan baik. Tak lupa juga, harapannya semoga sebagai ibu bapa, mereka boleh menjaga anak autistik dengan baik.

Sebelum ini, anak kecil tersebut mengalami masalah lambat bertutur atau “speech delay” pada usia tiga tahun. Sejak itu, Seth dipantau oleh pakar yang mengesyaki anak kecil itu menghidap autisme.

Kanak-kanak dengan autisme tahap 1 mungkin memahami dan bercakap menggunakan ayat yang lengkap, tetapi mereka mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam perbualan.

Untuk info, Seth adalah anak hasil daripada perkahwinan dengan Haris Idraki Elias sebelum bercerai dan berkahwin dengan Ubai MZ pada 5 Ogos 2023.

Kini, pasangan tersebut dikurniakan anak perempuan iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suka Main Seorang Diri & Kipas-Kipaskan Tangan Ciri Awal Anak Autisme, Ibu Sila Peka!

Baca juga: Anak Kembar Disahkan Mild Autisme Di Usia 5 Tahun, Bapa Ini Kongsi Pengalaman Jaga Anak Istimewa

Baca juga: Doktor Say Kongsi Perasaan Terima Kad OKU Anak. Ini Kelebihannya Yang Dapat Buat Pemegang Kad Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!