Anak Down Syndrome Jadi Model Oshkosh B’gosh!
Sesuatu yang istimewa berlaku kepada bayi sindrom down ini. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Musim Krismas ini, syarikat Oshkosh B’gosh yang membuat dan menjual pakaian dan aksesori kanak-kanak mempunyai wajah baru untuk kempen pengiklanan mereka. Muka terbaru Oshkosh B’Gosh adalah Asher Nash dari Georgia, Amerika Syarikat. Seperti kanak-kanak 16 bulan yang lain, dia seronok menikmati hidupnya. Perbezaannya dengan kanak-kanak lain? Beliau menghidapi sindrom Down.
Meagan Nash, ibu Asher mengemukakan foto Asher ke sebuah agensi model tempatan. Namun, beliau terkejut bahawa gambar Asher ditolak kerana tiada keperluan iklan untuk anak istimewa. Beliau memutuskan untuk meningkatkan kesedaran tentang bayi dengan keperluan khas dalam media perdana.
Menggunakan kuasa media sosial, beliau memulakan kempen #changingthefaceofbeauty. Idea ini sangat mudah: kanak-kanak tidak harus dikecualikan daripada apa-apa hanya kerana mereka istimewa. Tidak lama kemudian, ia mendapat momentum dan Oshkosh B’Gosh mengambil notis ini.
Jadi musim sejuk ini, Asher telah bersedia untuk dipaparkan bersama model-model lain sebagai wajah jenama pakaian mereka, dalam Katalog Krismas 2016. Ibu, bapa dan kakaknya semua teruja. Dengan keputusan ini, Oshkosh B’Gosh menjadi salah satu jenama terbesar dalam industry pakaian untuk menampilkan seseorang dengan sindrom Down dalam kempen pengiklanan mereka.
Jadi bagaimana Asher yang berbeza daripada anak anda?
Down Syndrome adalah penyakit genetik yang dikesan semasa dalam kandungan ibu. Biarpun penyebabnya belum dikenalpasti, ia adalah disebabkan beberapa faktor. Manusia normal mempunyai 46 pasang kromosom sejak lahir. Tetapi pada kromosom ke 21, kromosomnya mempunyai 3 pasang, iaitu susunan yang tidak normal bagi manusia biasa.
Ada kajian mengatakan anak Down sindrome berasal daripada ibu yang hamil lewat selepas usia 35 tahun.
Pesakit down syndrome boleh dibezakan melalui ciri fizikalnya yang lain berbanding anak yang normal. Anak yang mempunyai down sindrom mempunyai bentuk muka mongoloid, lemah otot leher, kepala lebih kecil, serta leher pendek.
Anak down syndrom memerlukan layanan yang istimewa daripada penjaga atau ibu bapa pada 5 tahun pertama. Ini adalah disebabkan kanak-kanak ini berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit lain seperti masalah jantung, pernafasan, leukimia ataupun masalah kelenjar tiroid. Kecerdasan Mental dan IQ pesakit down sindrome adalah di bawah paras normal.
Pada usia 5 tahun, anak down sindrom harus di didik untuk mengasah kemahiran motor, fizikal, bercakap dan belajar berdikari. Walau bagaimanapun, pesakit down sindrome tidak dapat bercampur dengan sekolah anak-anak normal kerana didikan yang intensif haruslah dijalankan. Mereka harus di didik dengan potensi yang ada pada diri anak tersebut dan dikembangkan sesuai dengan minatnya.
Mengapa anda bernasib baik untuk berkongsi planet dengan malaikat-malaikat ini?
Faktor diskriminasi masyarakat terhadap pesakit down sindrome adalah kurangnya kempen kesedaran terhadap sakit down sindrome yang dihidapi. Bila kurangnya kempen kesedaran yang dijalankan, masyarakat lebih senang memandang serong terhadap anak istimewa ini, sedangkan mereka tidak memahami kepedihan ibu bapa yang membesarkannya. Oleh itu, bakat anak down sindrome haruslah diasah supaya tidak dipandang hina oleh orang lain.
- Mereka benar-benar gembira. Anak-anak anda mungkin gembira kebanyakan masa, tetapi anda tahu bagaimana mereka apabila mereka mengamuk? Jika ada sesuatu yang anak anda boleh belajar daripada rakannya, ia adalah bagaimana untuk menjadi gembira kebanyakan masa. Benar, “mood” kanak-kanak boleh naik dan turun setiap masa, tetapi mereka tidak akan muram atau bersedih bila berkawan dengan kanak-kanak Down.
- Mereka adalah pejuang. 15% daripada bayi yang dilahirkan dengan pesakit ini tidak hidup untuk melihat umur satu. 50% daripada mereka meninggal dunia sebelum mereka menjadi 50. Walaupun statistik ini adalah peningkatan yang besar daripada beberapa dekad kembali, mereka jauh dari jangka hayat purata seseorang biasa.
- Namun begitu, kanak-kanak ini tidak menunjukkan tekanan hidup yang kurang upaya. Ramai mempunyai masalah jantung kongenital, beberapa orang lain tidak dapat mendengar dengan baik, tetapi anda tidak akan dapat mencari mereka mengadu mengenainya. Ini adalah sesuatu yang kanak-kanak lain, dan juga orang dewasa perlu belajar untuk lakukan.
- Mereka mengubah kehidupan ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun kanak-kanak ini membuat dua individu untuk memahami kasih sayang dan untuk menjadi prihatin. Ibu bapa malaikat-malaikat ini amat sabar dan merupakan tonggak kekuatan untuk ibu bapa baru dengan kanak-kanak sindrom Down.
- Mereka menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Mereka tidak mengambil kesempatan daripada orang lain. Mereka tidak menipu, berbohong, menyakiti atau mencederakan orang lain. Mereka tidak menebang pokok-pokok yang sesuai dengan landskap, atau memburu untuk sukan. Mereka tidak berpesta atau merosakkan harta orang lain.
Apa yang mereka lakukan ialah menyebarkan senyuman mereka. Sesuatu yang kita semua memerlukan.
Berikut juga, adalah kanak down sindrome yang menyerlah di dalam bidang yang diminati.
Pablo Pineda
Beliau adalah seorang pelakon Sepanyol yang menamatkan pengajian di peringkat Ijazah.
Sujeet Desai
Sujeet Desai adalah seorang Down sindrome yang begitu menyerlah dalam bidang muzik. Selain itu, beliau telah menamatkan pengajiannya dengan 4.3 pointer. Ia sesuatu yang mengujakan.
Jacob Halpin
Jacob Halpin nampak segak dalam varsity jacket yang selalu dipakainya di sekolahnya. Di samping itu, beliau adalah juara acara renang kategori Orang kelainan Upaya di Alabama.