Bagaimana mendisiplinkan anak yang kerap melawan dan memberontak?

lead image

Untuk mendisiplinkan anak suka melawan dan memberontak, ibu bapa kena amalkan 5C ini. Barulah anak boleh berubah sikap dan berjaya didisiplinkan!

Apa yang perlu dilakukan jika anak tidak mahu mendengar kata? Bagaimana untuk mendisiplinkan anak suka melawan, memberontak dan degil?

Jawapannya ialah: konsisten dan sabar untuk mengubah perilaku anak.

Menurut seorang ahli psikologi, Ben Martin, untuk mendisiplinkan anak yang kerap melawan, ibu bapa boleh ingat 5 C ini, iaitu:

  • clarity (jelas)
  • consistency (konsisten)
  • communication (komunikasi)
  • caring (ambil berat)
  • dan creating social responsibility (membina rasa bertanggungjawab). 

Mari kita mendekati cara mendidik anak ini dengan lebih mendalam.

5 cara mendidik anak suka melawan dan degil:

anak suka melawan, cara mengatasi anak degil, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak yang degil

1. Clarity (Anda kena jelaskan peraturan pada mereka)

Untuk mendisiplinkan anak suka melawan dan memberontak, anda perlu menjelaskan dan memberi spesifikasi tentang peraturan, had dan apa yang anda harapkan dari mereka.

Anda boleh tulis supaya anak boleh membacanya. Dan penting untuk anda jelaskan peraturan anda tetapi jangan melampaui had.

Contoh ayat yang boleh digunakan : “Ibu tahu awak ada cara awak sendiri, tapi ini yang ibu harap awak buat“.

2. Konsisten 

Jika anda sudah memberi arahan dengan jelas, anda harus kekalkan momentum itu.

Begitu juga dengan akibat mengikut atau tidak arahan anda. Tapi jangan terlalu berkeras hingga tidak memikirkan keperluan emosi anak anda.

3. Komunikasi 

anak suka melawan, cara mengatasi anak degil, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak yang degil

Libatkan anak semasa hendak membuat peraturan. Biar mereka rasa anda adil dan mengambil tahu pendapat mereka juga.

Itu juga akan membuatkan mereka lebih senang untuk mendengar arahan anda.

4. Ambil berat 

Sangat penting semasa mendisiplinkan anak yang kerap melawan, anda harus tunjukkan yang anda mengambil berat tentang mereka.

Apa yang mereka rasa. Jadi jika mendisiplinkan mereka, jangan sehingga mereka rasa anda tidak suka diri mereka.

5. Membina rasa tanggungjawab (Creating) 

Rasa tanggungjawab secara automatiknya akan membuatkan mereka lebih mudah mendengar kata. Jadi bina rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.

Tunjukkan anda percaya untuk dia selesaikan tugasan yang diberikan.

Bagaimana jika anak suka melawan dan masih tak berubah?

anak suka melawan, cara mengatasi anak degil, cara mendidik anak nakal, cara mendidik anak yang degil

Memang sungguh mengecewakan apabila kita telah cuba pelbagai cara namun seperti tidak membuahkan hasil. Akan tetapi, sabar adalah kunci utama. Mereka memerlukan masa.

Menurut ahli psikologi Carl Pickhard, ibu bapa harus membuang idea yang mereka ada kawalan sepenuhnya terhadap anak mereka. Sebenarnya mereka hanya boleh menggalakkan perilaku anak.

Untuk mendekati anak suka melawan, ada beberapa perkara yang perlu diingati:

1. Kenal pasti punca

Adakah perangai itu berpunca dari apa-apa perubahan, seperti penambahan ahli keluarga baru, berpindah rumah baru, atau sekolah baru?

Ambil tahu apa yang menjadikan mereka suka melawan dan cuba letakkan diri anda di tempat mereka. 

2. Jangan ambil hati

Kadang-kadang mereka melawan bukanlah kerana mereka membenci atau tidak suka dengan anda. Tapi mereka mungkin marah dengan diri mereka sendiri namun tidak tahu bagaimana meluahkannya.

Jadi anda harus bersabar, mengambil berat tentang mereka dan percaya yang mereka boleh berubah.

3. Jangan putus asa

Mendidik manusia untuk menjadi manusia memang bukan mudah. Tapi jika anda sebagai ibu bapa mereka sendiri tidak percaya dengan mereka, siapa lagi?

Berikan galakkan yang positif. Biar mereka tahu anda ada untuk mereka.

4. Bertolak ansur

Janganlah terlalu tegas inginkan cara sendiri hingga terlupa untuk mempertimbangkan cara orang lain yang mungkin lebih berkesan.

Apa yang baik kita ambil dan ikut. Tiada istilah keibubapaan yang sempurna, tetapi kita boleh sentiasa memperbaiki untuk anak-anak.

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporePsychCentral.comCNN.comLivestrong.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

Cara mendisiplinkan anak yang suka buat perangai – banyakkan ayat ini, kata pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Aqma