Anak-anak ni, kalau kita garang dan buat dia takut, baru nak dengar kata!

undefined

Biasanya anak akan dengar cakap bila ada rasa takut, kenapa ya?

Teringat anak saudara saya yang takut sangat bila nampak muka ibunya “bengis” semacam. Siap tutup muka bila nak berjalan! Kemudian, lama-lama sikit baru dia berani buka mata. Kelakar pun ada! Tapi antara karakter ibu dan ayah, mana yang paling anak takut?

Benar, bila ibu dan ayah terlalu lembut ketika membesarkan anak, mereka akan jadi manja. Suruh buat apa pun tak mahu dan paling stres bila tak dengar cakap!

Selagi tak kena marah sampai anak takut, selagi itulah dia takkan dengar cakap. Memang jenis tak makan saman!

Namun begitu, janganlah garang dan “menyinga” 24/7. Nanti anak pula rasa tak best dan kurang tenteram bila bersama ibu dan ayahnya. Kemudian bila besar sikit, mereka mula menjauhkan diri. Ha… Jangan!

anak takut, ketakutan, kenapa anak takut, takut, ketakutan anak, anak rasa takut, anak takut ibu dan ayahnya, siapa buat anak rasa takut, sebab rasa takut, punca rasa takut, anak takut dengan ibu, anak takut dengan ayah

Kalau sesekali anak takut pada anda demi mengajar dan mendidiknya menjadi anak yang lebih baik, itu dibolehkan.

Sebagai contoh bila ibu sebut dengan lemah lembut

“Aiman, tolong ibu susun buku-buku itu sekejap” dia tetap buat keras tak membantu.

Tapi kalau anda ulanginya tiga kali dengan nada yang lebih kuat dan intonasi yang berbeza seperti marah, macam lipas kudung dia akan buat. Tak percaya? Cubalah nanti di rumah.

Sebab itu, anak ini memang kena ada orang yang marah, baru ringan tangan nak tolong ibu dan ayahnya.

Anak takut ibu atau ayah?

Biasannya, anak lebih takutkan ayahnya berbanding si ibu. Tapi, jangan buat main-main. Ibu yang nampak lembut dari luaran itu bisa juga “menyinga” sesekali kalau anak tak dengar kata.

Namun secara lumrahnya, sifat ayah lebih tegas dan ditakuti oleh anak. Manakala ibu pula lebih lembut dan berjiwa penyayang sebagai pemujuk anak bila kena marah dengan ayahnya.

Kedua-duanya saling memerlukan demi kesejahteraan dalam keluarga.

Mengapa guna definisi ‘ketakutkan’ untuk mengajar anak?

anak takut, ketakutan, kenapa anak takut, takut, ketakutan anak, anak rasa takut, anak takut ibu dan ayahnya, siapa buat anak rasa takut, sebab rasa takut, punca rasa takut, anak takut dengan ibu, anak takut dengan ayah

Anak takut dengan ibu dan ayahnya ini bertujuan supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang berisiko atau apa yang membahayakan mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sengaja untuk “menakut-nakutkan” anak tetapi dengan tujuan mendidik dan mengawal tingkah laku supaya lebih baik.

Persoalan di sini adalah, bukan sama ada kanak-kanak takut kepada ibu bapanya tetapi mengapa ibu bapa menggunakan ketakutan bagi mengawal perilaku anak?

Benar, ketakutan adalah cara terpantas untuk sesuatu arahan dipatuhi. Ini adalah cara berfikir orang tua jika anak tak dengar cakap atau dengil misalnya.

Sebab-sebab guna perasaan takut untuk “kawal” anak

anak takut, ketakutan, kenapa anak takut, takut, ketakutan anak, anak rasa takut, anak takut ibu dan ayahnya, siapa buat anak rasa takut, sebab rasa takut, punca rasa takut, anak takut dengan ibu, anak takut dengan ayah

  • Kanak-kanak adalah golongan lemah: Dengan ketakutan ia dapat berfungsi dengan segera untuk membuat sesuatu perkara atau berhenti buat perkara yang tak mendatangkan faedah.
  • Kanak-kanak masih kecil: Ketakutan ini datang secara semulajadi. Jadi bila anak melihat ibu bapanya lebih gagah marah tentunya menimbulkan perasaan takut dan bimbang jika disakiti. Jadi dengar cakap adalah jalan terbaik.
  • Takut nak ingkar arahan: Ibu bapa menggunakan ketakutan supaya matlamat dapat dicapai. Sekaligus, anak takut nak ingkar sebarang arahan yang diajukan.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa klik butang share di bawah! 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ibu bapa perihatin , Quora 

Baca juga:

11 sebab kenapa ibu garang TIADA anak yang nakal & tak dengar cakap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!