Anak tantrum dan buat perangai - itu sebenarnya cara mereka tenangkan diri?

undefined

Ibu bapa mana yang akan bertenang apabila anak tantrum. Tapi ada kajian mengatakan anak tantrum kerana ingin bertenang. Betul ke? Jadi apa harus ibu bapa buat?

Tantrum seorang kanak-kanak adalah seperti ribut, tidak dapat dikawal, kuat dan garang. Dan apabila anak tantrum, bukan mudah untuk ibu bapa bertenang.

Tapi sebenarnya mengapa anak melemparkan tantrum dan membuat perangai?

Adakah anak tantrum sengaja ingin menyusahkan ibu bapa? Tentulah tidak. Jika anda tanya mereka, mereka akan mengatakan yang mereka menyayangi anda lebih dari segalanya.

Teapi mereka juga perlu ruang untuk memahami apa yang mereka rasa.

Anak tantrum : Itu sebenarnya cara dia menenangkan diri

Anda mungkin tahu tentang 5 sensori pada anak iaitu hidu, rasa, lihat dan mendengar. Tapi terdapat 2 lagi sensori dalam sistem badan. Dan ia selalunya bertanggungjawab terhadap perilaku tantrum atau “buat perangai” ini.

Ia adalah vestibular dan proprioseptif. Vestibular memberi maklumat tentang pergerakan kepada otak. Proprioseptif pula menghantar maklumat tentang posisi badan dan pergerakan kepada otak.

anak tantrum tantrum, anak tanrum untuk bertenang, anak bertenang, tip ibu bapa, tip keibubapaan, tip ibu bapa untuk anak tantrum

Tamara Duff, seorang ahli terapi padeatrik menerangkan konsep ini juga boleh digunakan untuk menenangkan anak tantrum.

Terdapat reseptor dalam otot yang memberi maklum balas tentang di mana tangan dan kaki serta badan kita tanpa perlu bergantung pada penglihatan. Seperti menukar pen dari tangan kanan ke tangan kiri di belakang, sistem proprioseptif yang digunakan kita ketika ini.

Kemudian Duff menjelaskan lagi, jika proprioseptif lemah, anak-anak lebih bergantung pada penglihatan. Ini akan membawa kepada ‘kesibukan’.

Jadi apa yang boleh dilakukan ibubapa jika anak tantrum?

Duff mencadangkan ketika ini, berikan mereka kerja berat yang boleh mengalihkan fikiran mereka.

Ini kerana input proprioseptif boleh membantu menenangkan si anak secara terus atau tidak. Kerja berat membantu sistem proprioseptif untuk lebih teratur.

Bagaimana kerja berat dapat membantu anak tantrum?

anak tantrum tantrum, anak tanrum untuk bertenang, anak bertenang, tip ibu bapa, tip keibubapaan, tip ibu bapa untuk anak tantrum

Kerja berat boleh membantu anak tantrum apabila mereka mula melompat, baring ke lantai atau duduk di tempat sempit. Ini tanda-tanda mereka ‘meminta’ untuk anda memberikan kerja berat.

Memberi kerja berat akan menenangkan saraf mereka menurut saranan pakar terapi.

Kerja berat juga boleh membantu membetulkan postur duduk, koordinasi dan sebagainya. Proprioseptif juga dapat membantu tidur. Tapi bagaimana anda hendak beri kerja berat pada anak anda?

Apakah kerja berat yang boleh membantu anak tantrum?

Kerja berat bukan bermakna kerja buruh tau. Ia sebenarnya kerja yang melibatkan fizikal. Contohnya meletakkan selimut berat pada anak yang sedang tidur. 

Berikut adalah senarai beberapa kerja berat yang anda boleh berikan kepada anak tantrum. Ini sangat bermanfaat kerana ketika anak tantrum memerlukan input sensori:

anak tantrum tantrum, anak tanrum untuk bertenang, anak bertenang, tip ibu bapa, tip keibubapaan, tip ibu bapa untuk anak tantrum

  • Berayun di atas buaian. Kita memaksa badan mereka untuk bergerak ke hadapan dan kebelakang.
  • Bergantung terbalik. Jika anak anda suka memanjat, biarkan mereka bergantung. Ini akan memaksa mereka fokus pada tenaga badan mereka.
  • Kerja rumah. Salah satu cara mudah, meminta anak anda membantu dengan kerja rumah seperti melipat baju, atau menyidai baju.
  • Bermain tanah liat atau fabrik elastik. 
  • Menolak atau menarik troli beroda. Mereka akan fokus pada bagaimana hendak memastikan troli tersebut berjalan
  • Bersenam atau berenang. Alihkan tenaga tantrum mereka kepada pergerakkan fizikal
  • Bermain buaian terapi. Untuk kes yang istimewa, ahli terapi pekerjaan akan mencadangkan buaian terapi ini. Ini adalah fokus kepada sistem vestibular seorang kanak-kanak. Kajian yang diterbitkan di Journal of Physical Therapy Science telah menunjukkan keputusan yang baik terhadap postur, pergerakkan dan emosional subjek,

Jadi sekiranya berdepan dengan anak yang tantrum, sabar….. Berikan mereka ruang dan ajar mereka membuat kerja. Mereka mungkin merungut, tetapi mereka akan kembali tenang.

Selamat mencuba ibu bapa semua!

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, Kidspot, NCBI, Medicinenet

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kenapa kata “tidak boleh” dan “no” sebenarnya bagus dalam mendisiplinkan anak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!