Bapa Kesal Bawa Anak Pergi Event RXZ Members, Terkena Jangkitan Paru-Paru Selepas Hidu Asap 2T

Anak terhidu asap motor ketika dibawa oleh bapanya ke event RXZ Member telah meneybabkannya mengalami jangkitan kuman di paru-paru

Baru-baru ini, di TikTok, tular kisah seorang lelaki yang berkongsi pengalaman tidak mahu lagi membawa anak kecil ke acara RXZ Member setelah insiden melibatkan kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan di hospital.

Anaknya disahkan terkena jangkitan paru-paru Menurut cerita yang dikongsikan, kejadian berlaku selepas dia membawa isteri dan anak kecil ke acara RXZ Members.

Awalnya, tiada masalah timbul, namun anaknya kemudian terpaksa dibawa ke hospital setelah disyaki mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Jangkitan tersebut dipercayai berpunca daripada terhidu asap 2T yang dihasilkan oleh ekzos motosikal RXZ semasa acara berlangsung.

Anak Dirawat Di Hospital

Akibat jangkitan kuman itu, anak kecil tersebut perlu dirawat di hospital selama 7 hari. Nasib baik, keadaan anaknya tidak terlalu serius.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa melihat masih ada ibu bapa yang memandang ringan soal kesihatan anak-anak kecil yang terdedah kepada cuaca panas dan asap toksik berbahaya ketika acara RXZ Members tersebut.

Bahaya Asap Kenderaan Pada Kanak-Kanak

Asap kenderaan mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan anak-anak. Berikut adalah beberapa bahaya asap kenderaan terhadap kanak-kanak:

  1. Masalah Pernafasan: Asap kenderaan mengandungi zarah halus yang boleh memasuki paru-paru dan menyebabkan masalah seperti asma, bronkitis, dan jangkitan pernafasan.

  2. Pencemaran Udara: Bahan seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, dan sulfur dioksida dalam asap kenderaan boleh mencemarkan udara dan memburukkan kualiti udara yang anak-anak sedut.

  3. Risiko Jangka Panjang: Pendedahan berpanjangan kepada asap kenderaan boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang kekal, perkembangan paru-paru yang terbantut, dan meningkatkan risiko penyakit jantung ketika dewasa.

  4. Kesihatan Otak: Zarah halus dalam asap kenderaan juga boleh menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak, menjejaskan pembelajaran, ingatan, dan tingkah laku mereka.

  5. Sistem Imun yang Lemah: Asap kenderaan boleh melemahkan sistem imun anak, menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan penyakit.

Untuk melindungi anak-anak, cuba elakkan mereka daripada terdedah kepada asap kenderaan dengan berada di tempat yang sesak dengan kenderaan dan mengelakkan kawasan berasap ketika berada di luar rumah.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!