Anak tertelan cincin ibu tanpa sengaja, jauhkan objek kecil yang berbahaya dari anak anda!

lead image

Jauhi objek kecil untuk mengelakkan kejadian anak tertelan cincin ibunya seperti ini.

Bermain dan meneroka objek yang menarik walaupun ia bukan barang permainan adalah naluri semulajadi kanak-kanak. Kebanyakan permainan juga ada amaran bahaya tercekik. Jika ibu bapa lebih peka, mungkin kes seperti di China di mana anak tertelan cincin ibu secara tidak sengaja ini boleh dielak.

Anak tertelan cincin: Apa yang berlaku sebenarnya?

Kanak-kanak berusia 2 tahun ini telah meminta untuk bermain dengan cincin berlian milik ibunya. Ketika ibunya tertidur, anak itu mula menangis dan menunjukkan jari ke arah mulutnya untuk berkata yang dia tertelan cincin berlian milik ibunya itu.

anak tertelan cincin

Screenshot: SOHU News

Ibunya yang risau bergegas membawa anaknya ke Hospital Zhuhai. Doktor di hospital tersebut akhirnya berjaya mengeluarkan cincin berlian berukuran 2.35cm kali 2.04cm, selepas 30 minit pembedahan.

Ini bukan pembedahan pertama anak tertelan objek yang pernah berlaku. Jadi pihak hospital mendesak ibu bapa untuk lebih berhati-hati dan jangan biarkan anak bermain dengan objek kecil.

Anak tertelan cincin: Apa yang anda boleh lakukan

Menurut SingHealth, jika anak anda tertelan objek, ia selalunya akan terus bergerak ke usus. 

Bahaya tercekik bukan sahaja apabila tertelan sesuatu, ia juga boleh terjadi ketika menghirup. Ketika gelak dan bercakap semasa makan atau baring, kanak-kanak boleh menghirup cebisan makanan atau objek lain.

anak tertelan cincin

Screenshot: SOHU News

Anda perlu rujuk pakar kanak-kanak jika perkara ini berlaku:

  • Jika anak anda tertelan butang atau bateri cakera. Terlalu banyak kes yang melibatkan kanak-kanak tertelan bateri dan ada seorang kanak-kanak perempuan mati akibat tertelan butang bateri
  • Jika mereka tertelan objek yang panjang atau bermata tirus. Kanak-kanak satu tahun pernah tertelan pin keselamatan semasa bermain di rumah.
  • Mereka tidak boleh menelan makanan atau air liur sendiri. Menelan benda asing boleh membuatkan ketidakselesaan semasa makan atau minum.
  • Anak anda tidak mahu makan apa-apa kerana tekak mereka rasa ketat atau tersumbat, ia boleh beri kesan kepada selera makan anak anda.
  • Air liur meleleh secara konsisten. Kemungkinan tekak tersumbat boleh menyebakan pembentukan air liur yang menyebabkan ia meleleh.
  • Mereka mengalami sakit tekak lebih 24 jam.
  • Sakit dada atau perut. Apabila objek mula memasuki saluran penghadaman kesakitan boleh bertambah.
  • Jika wajah mereka bertukar biru atau mereka pengsan, bawa mereka ke hospital SEGERA kerana ini bermakna objek tersebut telah menghalang pernafasan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi 10 Bulan Tertelan Pin Tudung Ibu: Bahaya Tertelan Objek Asing!