Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

Menurut kajian Institut Kesihatan Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia Kebangsaan, kanak-kanak berusia hingga 2 tahun yang hadir ke pusat asuhan lebih kerap jatuh sakit berbanding kanak-kanak yang duduk di rumah4.

Antara salah satu perkara yang ibu bapa paling risau ialah apabila anak-anak mereka jatuh sakit. Ini kerana mereka mempunyai sistem imun badan yang masih berkembang1, dan ianya berbeza untuk setiap orang. Perkara yang sering menjadi dilema buat para ibu ayah di luar sana adalah apabila mereka perlu menghantar anak-anak ke sekolah atau pra-sekolah/tadika/taska.

Tahukah anda ramai anak-anak tidak sihat kerana hadir pusat asuhan? Sebagai ibu bapa, ini antara cara-cara untuk melindungi mereka.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(2)

Ia adalah dilema untuk tinggalkan anak-anak di bawah jagaan orang lain, tetapi inilah satu perkara yang kita perlu menghadapi. 41% ibu bapa yang menjawab tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent bersetuju bahawa mereka menghantar anak-anak ke pusat asuhan kerana mereka bekerja dan tiada siapa boleh menjaga anak-anak mereka (14%). 39% ibu bapa bersetuju bahawa pusat asuhan menggalakkan anak-anak mereka untuk mengembangkan kemahiran sosial.

Di sekolah, ibu bapa hanya boleh bergantung kepada guru untuk menjaga anak-anak. Jadi ibu bapa, yakinlah bahawa anak-anak dijaga dengan baik di sekolah.

90% ibu bapa risau anak jatuh sakit dengan lebih kerap selepas hadiri pusat asuhan

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(3)

Menurut tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent, 90% ibu bapa bersetuju bahawa mereka risau anak-anak akan jatuh sakit lebih kerap selepas pergi ke pusat asuhan kerana jangkitan virus dan bakteria.

Tahukah anda ramai anak-anak tidak sihat kerana hadir pusat asuhan? Sebagai ibu bapa, ini antara cara-cara untuk melindungi mereka.

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Menurut kajian Institut Kesihatan Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia Kebangsaan, kanak-kanak berusia hingga 2 tahun yang hadir ke pusat asuhan lebih kerap jatuh sakit berbanding kanak-kanak yang duduk di rumah4.

Kanak-kanak belajar berkongsi apabila mereka meningkat usia dan di pusat jagaan. Tidak dapat dinafikan bahawa berkongsi amat digalakkan bagi membina persahabatan5. Namun, berkongsi mainan juga bermakna berkongsi kuman. Disebabkan ini, sesetengah kanak-kanak terdedah kepada penyakit6.

Anak tidak sihat kerana selsema, demam, mahupun batuk sering membuatkan ibu bapa jadi resah

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(7)

Ibu bapa yang menjawab tinjauan yang dilakukan oleh aplikasi theAsianparent bersetuju bahawa penyakit yang biasa dijangkiti oleh anak-anak selepas menghadiri pusat asuhan ialah selsema, demam dan batuk. Mari kita memahami lebih mendalam tentang 4 ‘Penyakit Pusat Asuhan’ yang biasa dijangkiti.

4 ‘Penyakit Pusat Asuhan’ Yang Biasa Dijangkiti Kanak-Kanak:

#1. Cacar Air

Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Chickenpox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah)8. Ia disebabkan oleh virus Varicella zoster (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit9

Cara merebak adalah melalui kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti cacar air dan akan menjangkiti sebanyak 90% orang sekeliling yang tidak mempunyai imuniti terhadapnya9.

Individu yang mempunyai cacar air boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan apabila virus aktif semula9.

Cacar air boleh dirawat dengan ubat antiviral yang disyorkan kepada individu yang mungkin mengalami penyakit teruk10.

Rawatan ini amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam selepas ruam timbul. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat cacar air. Kebanyakkan orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan10,11.

Cacar air boleh dicegah melalui vaksinasi. Rujuk kepada doktor anda jika anda ingin ambil vaksin ini10.

#2. Mata Merah Jambu (Konjunktivitis)12

Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Selain mata menjadi warna merah atau merah jambu, ketidakselesaan mata adalah gejala biasa untuk mata merah jambu atau konjunktivitis. Selalunya, terdapat rasa terbakar pada mata, gatal dan mata merah. Sesetengah kanak-kanak mempunyai kelopak mata bengkak atau kepekaan terhadap cahaya terang12.

Konjunktivitis yang disebabkan oleh jangkitan boleh menyebar dari mata ke mata atau kepada orang lain melalui sentuhan, kadang kala melalui air atau tuala yang tercemar13

Untuk melegakan simptom ini, letakkan kompres sejuk atau panas pada mata mereka. Ubat titis mata akan diberikan juga untuk merawatnya12,13

Ini pula merupakan cara untuk mengelakkan penyebaran12,13:

  • Mencuci tangan
  • Elakkan perkongsian barang seperti titis mata, tuala atau sarung bantal
  • Pastikan anak-anak tidak menyentuh mata

#3. Hand-Foot-Mouth Disease atau Penyakit Tangan-Kaki-Mulut (HFMD)

Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Penyakit tangan-kaki-dan-mulut merupakan jangkitan virus yang mudah berjangkit yang biasa berlaku pada kanak-kanak kecil. Ia dicirikan oleh kudis di mulut dan ruam pada tangan dan kaki14. Penyakit tangan-kaki-dan-mulut biasanya disebabkan oleh virus coxsackie15.

HFMD ini disebabkan oleh virus yang tergolong dalam keluarga Enterovirus. Coxsackievirus A16 lazimnya merupakan punca penyakit tangan, kaki dan mulut yang paling biasa di Amerika Syarikat. Virus coxsackie lain juga boleh menyebabkan penyakit ini15.

Jumlah tempoh penyakit akibat HFMD adalah lebih kurang 5-7 hari. Gejala pertama akan muncul selepas satu hingga tiga hari selepas dijangkit. Ini termasuk demam, kurang selera makan, sakit tekak, dan rasa sakit umum (malaise)14.

Tiada rawatan khusus untuk penyakit tangan-kaki-dan-mulut16. Kebiasaan kerap membasuh tangan dan mengelakkan hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti penyakit tangan-kaki-dan-mulut boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan anak anda14.

#4. Sakit Tekak

Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Sakit tekak selalunya disebabkan oleh jangkitan virus, tetapi juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria. Bawa anak anda ke doktor jika dia mengalami sakit tekak dan juga kesukaran bernafas, terliur, leher kaku atau demam. Cara anda merawat sakit tekak bergantung kepada puncanya17.

Berikut adalah beberapa cara untuk kanak-kanak melegakan sakit tekak18:

  • Minum banyak cecair.
  • Makan cecair sejuk atau beku (seperti ais pop).
  • Berkumur dengan air garam suam.
  • Hisap gula-gula keras atau ubat sakit tekak 

Kesimpulannya

Tidak dapat dinafikan, membesarkan anak-anak adalah satu tugasan besar. Ia boleh menjadi sukar semasa memikirkan semua perkara yang perlu dipelajari demi keselamatan dan kesihatan anak anda.

Selain mengajar kanak-kanak tabiat pemakanan dan aktiviti yang baik, ibu ayah juga boleh mengajar mereka beberapa tabiat asas kesihatan dan keselamatan. Contohnya seperti19:

  • Basuh tangan anda setiap kali anda menggunakan tandas, selepas anda menghembus hidung anda, dan sebelum anda makan.
  • Jangan berkongsi topi, sikat, berus gigi atau barangan peribadi lain dengan kanak-kanak lain.
  • Tutup mulut anda apabila anda batuk atau bersin.
  • Jangan sentuh darah, air kencing, najis atau cecair badan kanak-kanak lain.

Pastikan Imunisasi Anak Anda Terkini

Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(20)

Kepentingan vaksin anak sejak lahir amat perlu untuk dititikberatkan. Sebagai ibu ayah, anda pasti tidak akan lari daripada perasaan takut, cemas, dan bimbang tentang kesihatan anak-anak, bukan? 79% ibu bapa yang menjawab tinjauan di aplikasi theAsianparent bersetuju tentang kepentingan vaksinasi kanak-kanak.

Jangan bimbang ibu ayah, vaksin ini diterima dengan baik. Rujuklah kepada doktor anda tentang vaksinasi anak anda.

Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada para ibu ayah di luar sana.

MY-VVX-00113 Jun/2022

REFERENCES

  1. Simon, AK, Hollander, GA & McMichael A. Evolution of the immune system in humans from infancy to old age. Proceedings. Biological sciences. 2015;282(1821). 
  2. theAsianparent Survey. Mengapa anda menghantar anak anda ke taska?. Retrieved on 7 September 2022.
  3. theAsianparent Survey. Adakah anda bimbang anak anda lebih kerap jatuh sakit selepas menghadiri taska?. Retrieved on 7 September 2022.
  4. The National Institute of Child Health and Human Development Early Child Care Research Network. Child Care and Common Communicable Illnesses: Results From the National Institute of Child Health and Human Development Study of Early Child Care. Arch Pediatr Adolesc Med. 2001;155(4).
  5. Raising Children Network (Australia). Children sharing and learning to share.Available From:
    https://raisingchildren.net.au/toddlers/behaviour/friends-siblings/sharing Last Accessed: 01 June 2022.
  6. Infections in child care centres. Paediatr Child Health. 2000;5(8). 
  7. theAsianparent Survey. Apakah penyakit yang dijangkiti anak anda selepas menghadiri jagaan harian?. Retrieved on 9 September 2022.
  8. MyHealth. Chicken Pox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chicken-pox/. Last Accessed: 01 June 2022.
  9. Centers for Disease Control and Prevention. Chickenpox (Varicella) Transmission. Available From: https://www.cdc.gov/chickenpox/about/transmission.html. Last Accessed: 01 June 2022.
  10. Centers for Disease Control and Prevention. Chickenpox (Varicella) Prevention and Treatment. Available From: https://www.cdc.gov/chickenpox/about/prevention-treatment.html Last Accessed: 01 June 2022.
  11. Centers for Disease Control and Prevention. Chickenpox (Varicella) for Healthcare Professionals. Available From: https://www.cdc.gov/chickenpox/hcp/index.html Last Accessed: 01 June 2022.
  12. Stanford Medicine Children’s Health. Conjunctivitis in Children. Available From: https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=conjunctivitis-in-children-90-P02078. Last Accessed: 12 September 2022.
  13. Nemours Children’s Health. Pinkeye (Conjunctivitis). Available From: https://kidshealth.org/en/parents/conjunctivitis.html. Last Accessed: 12 September 2022.
  14. MedicineNet. Hand, Foot, and Mouth Disease: Symptoms, Stages, Treatment. Available From: https://www.medicinenet.com/hand-foot-and-mouth_syndrome/article.htm. Last Accessed: 01 June 2022.
  15. Centers for Disease Control and Prevention. Causes & Transmission of Hand, Foot, and Mouth Disease. Available From: https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/about/transmission.html. Last Accessed: 01 June 2022.
  16. Centers for Disease Control and Prevention. Treatment of Hand, Foot, and Mouth Disease. Available From: https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/about/treatment.html. Last Accessed: 01 June 2022.
  17. Raising Children Network (Australia). Sore throat: symptoms & treatment for kids. Available From:
    https://raisingchildren.net.au/guides/a-z-health-reference/sore-throat. Last Accessed: 01 June 2022.
  18. National Health Services. Sore Throat. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/sore-throat/. Last Accessed: 12 September 2022.
  19. Peace Health. Quick Tips: Helping Your Child Stay Safe and Healthy. Available From: https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/aba5601. Last Accessed: 01 June 2022.
  20. theAsianparent Survey. Adakah anda bersetuju bahawa vaksinasi adalah penting untuk memastikan anak anda selamat daripada penyakit yang boleh membawa maut?. Retrieved on 7 September 2022.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!