Anaknya merakam siri video dementia ibunya yang sangat menyentuh hati

Joey telah menyifatkan dementia seperti menulis sesuatu di atas papan hitam, namun satu per satu perkara yang anda tulis hilang dari papan hitam tersebut.

Joey merupakan anak kepada Molley Daley yang telah disahkan menghidap Lewy Body Dementia sejak dua tahun yang lalu. Semakin lama Molley akan lupa semakin banyak perkara.

Oleh sebab itu, anaknya, Joey merakam siri video bagi mencatat rekod progres dementia ibunya.

Molley mengalami masalah untuk mengingati sesuatu kejadian atau mengenali orang. Malah melakukan aktiviti rutin (seperti menggosok gigi) juga adalah sukar buatnya.

Joey telah menyifatkan dementia seperti menulis sesuatu di atas papan hitam, namun satu per satu perkara yang anda tulis hilang dari papan hitam tersebut. Beliau telah merakam videonya bersama ibunya setiap kali beliau menjemput ibunya dari rumah jagaan orang tua.

Beliau telah merakamkan setiap perbualan dan aktiviti mereka. Dan kemudian memuat naik video tersebut di saluran Youtube miliknya, Joe Joe. Video tanpa edit bagaimana beliau dan ibunya, Molley bergelut dengan cabaran setiap hari.

Rakaman video tersebut termasuklah hari-hari yang menggembirakan dan berjalan lancar, namun terdapat juga hari yang paling sukar buat Joey. Ia merupakan hari di mana ibunya sendiri tidak mengenali dirinya.

Walaupun sukar, Joey bertekad untuk meneruskan siri video ini hingga ke penghujung. Beliau berharap, dengan perkongsiannya ini dapat menyebarkan kesedaran tentang dementia serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk bersama orang tersayang sementara mereka boleh.

Berikut merupakan kompilasi video Joey hasil ehsan dari Yahoonews!

Apakah itu Lewy Body Dementia (LBD)?

Lewy body dementia juga dikenali sebagai dementia dengan Lewy bodis, merupakan dementia progresif kedua paling biasa terjadi selepas Alzheimer. Simpanan protein yang dipanggil Lewy bodies, membentuk di dalam sel saraf di dalam bahagian otak yang melibatkan berfikir, memori dan pergerakan (kawalan motor).

Kesan Lewy body dementia ialah penurunan progresif di dalam kebolehan mental dan simptom seperti penyakit Parkinson iaitu otot tegang, pergerakan perlahan dan bergetar.

Simptom LBD

Antara simptom dan tanda LBD ialah:

    • Halusinasi visual
      Mereka melihat, mendengar, bau atau sentuh sesuatu yang tidak ada.
    • Gangguan pergerakan
      Tanda seperti pesakit Parkinson, pergerakan perlahan, otot tegang dan badan bergetar.
    • Fungsi regulatori badan yang lemah (autonomic nervous system)
      Tekanan darah, nadi, berpeluh, proses penghadaman adalah antara yang akan terjejas oleh penghidap Lewy body dementia.
    • Masalah kognitif
      Seperti pesakit Alzheimer, mereka mengalami kekeliruan, sukar fokus, masalah penglihatan dan kehilangan memori.
    • Sukar tidur
      Mungkin akan mempunyai masalah tidur akibat rapid eye movement (REM)
    • Kemurungan
      Mengalami masalah kemurungan.