Anda mempunyai tanda-tanda ini? Anda mungkin hamil!

lead image

Kadang-kadang, kita tidak perasan tanda tanda mengandung dan yang sebenarnya kita hamil. Terutamanya mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil.

Setiap kehamilan adalah berbeza, sama ada ia kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya. Kadang-kadang, kita tidak perasan yang sebenarnya kita hamil. Terutamanya mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil. Sebab itu kita tidak tahu tanda tanda mengandung.

Jadi, mari kita lihat tanda-tanda menunjukkan yang anda hamil atau simptom mengandung yang harus anda tahu.

10 tanda tanda mengandung yang akan dialami oleh wanita:

Tanda tanda mengandung 1: Anda terlepas tarikh haid

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/unnamed.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan bin usrah

Tanda tanda mengandung ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur. Tetapi anda boleh membuat anggaran hari berapa lama maksimum masa anda lambat datang bulan dan bandingkan.

Mereka yang hamil akan berhenti mengalami haid sehingga selepas bersalin.

Tanda tanda mengandung 2: Kejang bahagian abdomen

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/sakit perut kolik kram.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan mediskus

Salah satu tanda yang biasanya di alami di awal kehamilan ialah mengalami kekejang dibahagian abdomen. Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.

Tanda tanda mengandung 3: Perubahan mood yang mendadak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/Bipolar Disorder shutterstock 174194297.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan Rini Hapsari-Psikolog

Dalam perkataan lain ‘mood swing’. Wanita sangat sinonim dengan perubahan mood yang mendadak di awal kehamilan.

Ini kerana, mereka sedang mengalami perubahan hormon yang mendadak. Jadi, perubahan mood adalah salah satu simptom yang normal.

Tanda tanda mengandung 4: Perubahan selera makan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/89appetite suppressants.jpeg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan wordpress

Terdapat dua kategori, sama ada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.

Sesetengah wanita akan mengalami alahan semasa hamil yang menyebabkan mereka muntah-muntah dan hilang selera makan semasa trimester pertama. Namun, 1 per 3 dari wanita hamil bernasib baik kerana tidak akan melalui alahan seperti ini.

Tanda tanda mengandung 5: Cepat lesu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/letih.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan sihat dan cantik

Disebabkan badan sedang mengalami perubahan hormon dan fizikal, wanita hamil akan lebih mudah rasa penat dan lesu. Mereka akan mula banyak tidur dan berehat kerana tidak bertenaga.

Tanda tanda mengandung 6: Sakit payudara

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/How to Relieve Breast Pain During Pregnancy.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Apabila berlakunya perubahan hormon, organ seksual juga akan mengalami perubahan.

Biasanya, pada awal kehamilan, wanita hamil akan mengalami sakit pada payu dara yang jelas terasa apabila hendak mengelap badan atau memakai pakaian.

Tanda tanda mengandung 7: Kerap ke tandas

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/woman flushing toilet.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan mommies journey

Anda mesti selalu lihat rakan anda yang hamil kerap ke tandas. Ya, itu yang akan anda alami ketika hamil. Sekiranya anda mula kerap ke tandas, anda juga mungkin sedang hamil.

Tanda tanda mengandung 8: Kembung perut atau sembelit

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/Cara mengatasi sembelit pada ibu hamil.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan sonherbal

Ini adalah salah satu masalah biasa bagi wanita hamil. Sama ada anda mula mengalami kembung perut yang kerap atau mula mengalami sembelit. Pastikan anda banyak mengambil sayuran hijau!

Tanda tanda mengandung 9: Deria bau menjadi lebih sensitif

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/nese 0.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan ut

Anda tiba-tiba rasa semua bau lebih jelas dari biasa hingga membuatkan anda tidak senang dengan sesetengah bauan yang terlalu kuat. Ia merupakan salah satu tanda anda hamil

Tanda tanda mengandung 10: Kerap pening atau pengsan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/fainted.jpg Anda mempunyai tanda tanda ini? Anda mungkin hamil!

Foto ehsan Dr. Zubaidi

Ini disebabkan badan anda sedang mengalami perubahan dan mungkin disebabkan terlalu penat dengan perubahan tersebut. Kerap pening atau pengsan juga adalah normal di awal kehamilan.

Tanda-tanda ini adalah subjektif dan tidak semua wanita mengalaminya. Namun, ini adalah antara tanda-tanda yang biasanya terjadi pada permulaan kehamilan. Kongsikan dengan kami apakah perubahan yang anda lalui di awal kehamilan 🙂