Anggur Merbahaya: Kanak-kanak Maut Tercekik Anggur

undefined

Anggur adalah saiz yang sempurna untuk menyekat saluran udara kanak-kanak. Sekiranya anak anda tercekik, saluran udara mereka akan disekat sepenuhnya.

Ia bermula dengan Jacob Jenkins yang telah meminta ke Pizza Hut untuk makan malam. Ketiga ahli keluarga dari Middlesborough telah ke Pizza Hut tempatan untuk menikmati makanan malam.

Tampa disedari mereka, Jacob telah ke bahagian “bar” Pizza Hut tersebut yang menghidangkan buah-buahan dan salad segar. Seterusnya, Abigail dan Dave Jenkins terkejut apabila anak mereka telah tercekik pada anggur yang diambil dari bar di restoran tersebut.

story1_image-1-2

Dalam keadaan tertekan, pasangan tersebut telah cuba untuk mengeluarkan anggur yang tersumbat dari saluran pernafasan anak mereka. Selepas usaha mereka gagal, mereka telah bergegas membawa Jacob ke wad kecemasan. Malangnya ia terlalu lewat dan anak kesayangan mereka yang hanya berusia dua tahun telah meninggal dunia.

“Dia … tercekik pada anggur dan akibatnya sangat tragis, ia telah menyekat oksigen daripada mengalir ke otak Jacob dan menyebabkan Jacob meninggal dunia,” kata koroner Karen Dilks. “Kesimpulannya, ini adalah kemalangan yang sangat tragis. Oleh itu, ini adalah kes kematian akibat kemalangan.”

Ini bukannya kejadian pertama yang kanak-kanak tercekik, dan ia pasti tidak akan menjadi yang terakhir.

Didiklah diri anda dengan perkara-perkara ini untuk memastikan anak anda tidak mengalami kemalangan yang sama:

  • Jangan sekali-kali meninggalkan kanak-kanak kecil tanpa pengawasan semasa makan. Sentiasa menyelia pergerakan mereka.
  • Potong anggur kepada dua bahagian (secara memanjang). Sentiasa memotong anggur anda sebelum memberinya kepada anak anda, dan jangan lupa untuk mengeluarkan benih jika ada.
  • Tidak kiralah umur anak anda. Walaupun, anak anda sudah boleh mengunyah makanannya dengan betul, anggur adalah saiz yang sempurna untuk menyekat saluran udara kanak-kanak. Sekiranya anak anda tercekik, saluran udara mereka akan disekat sepenuhnya.
  • Mendidik penjaga anak anda. Dalam keadaan di mana anak anda ditinggalkan dalam jagaan orang lain, mengajar mereka tentang pertolongan kecemasan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk mengelakkan kanak-kanak daripada tercekik boleh mengelakkan maut.

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Philippines

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!