Anugerah Terindah Yang Telah Dihadiahkan OlehNya Untukku, Kisah Benar Menyayat Hati Ibu Ini!

Siapa sangka kehamilan tidak dirancang ini oleh ibu ini sememangnya pengalaman dan anugerah terindah!

Tanggal 6 Oktober 2021 tepat jam 4.30 pagi lahirlah puteri kelimaku. Puteri yang tidak kurancang kehadirannya. Namun siapa aku untuk menghalang kekuasaan dan anugerah terindah daripada Yang Maha Esa.

Aku terima dengan hati yang sangat gembira, hari-hari yang kulalui dipermudahkan olehNya, senang membawamu wahai anakku, tidak terasa membebankan walau ibumu ini sibuk berkerja.

Dari aku mengandung hinggalah saat aku melahirkanmu anakku Allah permudahkan segalanya, kesakitan yang aku alami tidak sesakit aku melahirkan anak-anak yang lain. Berbeza sangat kali ini kurasakan.

Dari mula turun darah tiada kesakitan kurasakan. Aku tunggu sakit tapi tidak juga sakit.

anugerah terindah

Dari pukul 4 pagi hingga 4 petang tiada tanda sakit. Aku membuat keputusan untuk ke hospital, setibanya di hospital bukaan jalan sudah 2-3 cm, terus aku admit ward. Tetapi kesakitan tidak kuat kurasakan, hinggalah jam 10 malam aku rasa ada darah yang mengalir, rupanya sudah 6-7 cm.

Terus aku dibawa ke labour room. Sampai di sana baru contraction terasa sedikit kuat. Dan aku rasakan aku sudah hendak melahirkan baby waktu itu.

anugerah terindah

Tidak sampai 10 minit aku dalam labour room dengan hanya dua kali push, keluarlah puteriku dengan berat 3.6kg.

Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Dan puteri bongsuku iniku, anugerah terindah ini diberikan nama Rose Nuha Adriana. Semoga dikau menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat.

Semoga artikel ini memberi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana!

Anugerah Terindah Yang Telah Dihadiahkan OlehNya Untukku, Kisah Benar Menyayat Hati Ibu Ini!

Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Noor Hamiza bt Ahmad untuk theAsianparent Malaysia. Dia berusia 41 tahun, kini menetap di Kelantan dan berasal dari Kuala Terengganu. Dia mempunyai 5 orang cahaya mata, 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Dia juga bekerja di sektor kesihatan sebagai jururawat pergigian.

Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Anak Ramai Memang Rezeki, Tapi Tak Salah Merancang Kan?

Baca juga: Wow, Ibu Ini Bersalin Anak Ke- 21 Ketika Sudah Berusia 43 Tahun!

Baca juga: Ada Anak Atau Tiada Anak Adalah Ujian Daripada Allah, Tetaplah Bersyukur Seadanya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!