Lepas Buang Ketumbuhan Endometriosis, Peluang Untuk Hamil Masih Ada Ke?

lead image

Jangan bersedih jika anda menghidap endometriosis kerana dengan cara yang dicadangkan pakar perubatan ini, kebarangkalian untuk hamil itu adalah sangat tinggi.

Anda tahu apa itu endometriosis dan adakah ia menjejaskan peluang kehamilan? Jom baca lanjut kisah ini. 

***

Bertahun-tahun saya berjuang untuk hamil. Malah saya dan suami sudah mencuba segalanya dari rawatan kemandulan, ubat tingkatkan kesuburan, naturopathy, akupuntur, IUI sehinggalah IVF. Semuanya tak berjaya. 

Diakhir lawatan bersama doktor, dia mencadangkan saya melakukan laparoskopi untuk memeriksa endometriosis

Doktor kemudiannya beritahu, saya ada masalah pada ovari yang memberi kesan terhadap kesuburan dan ketumbuhan itu berjaya dikeluarkan. 

Soalannya sekarang, adakah saya boleh hamil? Hingga tiba bulan berikutnya saya dapat lihat double line pada ujian kehamilan.

Untuk itu jom kita lihat keadaan, rawatan dan apa yang berlaku selepas rawatan endometriosis ini. 

Apa itu endometriosis? 

apa itu endometriosis, endometriosis, maksud endometriosis, penyakit wanita, penyakit endometriosis, rawatan endometriosis, pembedahan endometriosis, pembedahan buang pertumbuhan, pertumbuhan endometriosis

Endometriosis adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita peringkat umur 30 dan 45 tahun. 

Endometriosis bukanlah kanser di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus dan organ reproduktif.

Namun, endometriosis kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus. 

Bagi wanita yang cuba hamil, endometriosis boleh menjejaskan kesuburan terutama jika ia terdapat pada ovari atau tiub follopian. 

Apa itu endometriosis – ketahui gejala ini 

  • Haid banyak dan tidak teratur
  • Senggugut atau sakit semasa haid 
  • Sakit semasa hubungan seks 
  • Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen pada pertengahan haid 
  • Memberi kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil 

Bagaimana endometriosis menjejaskan kesuburan wanita?

apa itu endometriosis, endometriosis, maksud endometriosis, penyakit wanita, penyakit endometriosis, rawatan endometriosis, pembedahan endometriosis, pembedahan buang pertumbuhan, pertumbuhan endometriosis

Jika endometriosis muncul pada satu atau kedua-dua ovari, ia boleh menjejaskan kualiti telur sekaligus mencegah kehamilan.

Ketika di lapisan tiub follopian, ia dapat menghentikan telur dari berenang ke rahim di mana ia akan disenyawakan. 

Pakar perubatan juga menunjukkan endometriosis boleh merosakkan sperma lelaki setelah dibebaskan dalam tubuh wanita. 

Walaupun alasan ini tidak diketahui secara jelas, namun endometriosis menyebabkan keradangan dalam tubuh dan menjejaskan sperma dan juga telur. 

Rawatan endometriosis 

Malangnya, endometriosis ini tidak dapat disembuhkan tapi ia boleh dirawat dengan baik. Biasanya doktor akan mencuba beberapa prosedur sebelum pesakit menjalani pembedahan. 

  • Ubat tahan sakit – Tanda endometriosis paling jelas adalah sakit sebelum dan selepas haid. Doktor boleh mengesyorkan ubat biasa seperti paracetamol atau ibuprofen. 
  • Terapi hormon – Semasa haid, hormon ada naik dan ada turun. Ini menyebabkan tisu endometrium di luar rahim menebal dan berdarah. Oleh itu, ubat hormon dapat melambatkan proses penebalan ini sehingga mengurangkan rasa sakit. 

Pembedahan endometriosis 

apa itu endometriosis, endometriosis, maksud endometriosis, penyakit wanita, penyakit endometriosis, rawatan endometriosis, pembedahan endometriosis, pembedahan buang pertumbuhan, pertumbuhan endometriosis

Melibatkan penghapusan ketumbuhan endometrium dan melindungi ovari serta rahim anda. Ia biasanya dilakukan melalui laparoskopi

Ketika ketumbuhan dikeluarkan, kualiti telur bertambah baik dan ini membuka peluang wanita untuk hamil. 

Sekiranya doktor mengizinkan, anda boleh cuba hamil selepas dua minggu pembedahan. 

Namun, jika selepas pembedahan masih tiada tanda-tanda hamil anda boleh melakukan prosedur lain seperti pembekuan telur, Intrauterine Insemination (IUI), IVF atau ubat kesuburan. 

Di harap perkongsian dan maklumat ini memberi anda gambaran jelas tentang isu berkaitan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Artikel asal ditulis oleh Nalika dan mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

Endometriosis, Penyakit "Senyap" Yang Dihidap Ramai Wanita

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nurul Halifah

Edited by

Ayu Idris