Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Atau Keluarga Terkena Penyakit Kayap?

lead image

Kayap dikenali sebagai zoster. Ia adalah ruam kulit akibat jangkitan virus saraf Virus Varicella Zoster (VZV). Apakah cara mengubatnya? Boleh ia dicegah?

Penyakit kayap

Kebanyakan kaum ibu di Malaysia sudah fasih tanda-tanda dan petua merawat anak yang diserang penyakit HFMD dan cacar air.

Tapi apabila bercakap tentang penyakit kayap, tidak ramai yang benar-benar tahu mengenai jangkitan ini.

10 hari lalu suami saya diserang penyakit kayap. Pada mulanya, kami tidak tahu apa yang menyebabkan dia rasa sakit berdenyut-denyut di belakang kepala dan lehernya.

Selepas lawatan ke klinik, doktor telah memberi ubat tahan sakit dan ubat sakit otot kerana ingatkan sakit otot biasa.

Sehari selepas itu, ruam berbentuk lepuh berisi cecair mula merebak dari bibirnya.

Khuatir suami saya terkena HFMD, saya terus minta dia tunjukkan tapak tangan dan kakinya: tiada ruam pun! Kerana kurang pasti penyakit apa yang menyebabkan ruam lepuh itu, saya dan dua anak perempuan saya telah menjauhkan diri.

“Ini Ruam Penyakit Kayap”

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/12/shingles2.jpg Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Atau Keluarga Terkena Penyakit Kayap?

Hari – 5

Kayap, dikenali sebagai zoster atau herpes zoster, adalah ruam kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus saraf Virus Varicella Zoster (VZV).

Ada yang mengenalinya sebagai cacar ular kerana ia biasanya muncul ruam lepuh yang menjalar sepanjang saraf.

Kayap biasa melibatkan satu bahagian badan sahaja: bahagian dada atau muka.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/12/shingles3.jpg Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Atau Keluarga Terkena Penyakit Kayap?

Penyakit ini jarang menjangkiti kanak-kanak dan remaja dengan sistem imun yang sihat. Kalau anak terjangkit pun ruam lebuh kulit yang ringan sahaja.

Kes ruam lebuh yang teruk yang menyakitkan biasanya berlaku pada orang tua atau orang yang mempunyai imuniti yang sangat lemah.

Penghuni virus yang tidak aktif

Sesiapa yang pernah menghidap penyakit cacar air adalah penghuni kepada Virus Varicella Zoster (VZV).

Selepas sembuh dari cacar air, virus ini akan berkumpul di pusat saraf dalam keadaan tidak aktif. Untuk kebanyakan orang, virus ini jarang kembali.

Tetapi apabila sistem imun menjadi lemah, barulah virus ini akan menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf.

Adakah penyakit kayap berjangkit?

Ya dan tidak.

Ya, kerana virus itu merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair daripada lepuh ruam. Jadi fasa lepuh adalah masa yang paling mudah berjangkit.

Kayap tidak mudah berjangkit sebelum lepuh muncul dan selepas ruam telah kering.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/12/om398b.jpg Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Atau Keluarga Terkena Penyakit Kayap?

kredit : m.patient.media/ Ruam yang sudah kering

Tidak kerana anda tidak boleh dijangkit penyakit kayap. Sebaliknya, anda boleh dijangkiti penyakit cacar air, jika belum kena cacar air sebelum ini.

Kedua-dua anak-anak perempuan saya belum menghidap penyakit cacar air lagi. Hanya anak sulung saya telah diberi vaksin untuk cacar air jadi saya benar-benar bimbang untuk yang bongsu tu. 

Tiada ubat penawar untuk penyakit kayap

Doktor akan memberi ubat anti-virus, ubat meningkatkan imuniti, ubat tahan sakit, krim topikal, dan krim mulut. Sementara menunggu fasa lepuh kering:

  • Saya telah asingkan anak dan meminta mereka untuk elak berdekatan dengan bapa mereka
  • Beri suami vitamin C sebanyak 8000 cc sehari
  • Pastikan anak memakan vitamin juga
  • Suami pula telah membaca mengenai petua menggunakan ubat gigi untuk mempercepatkan pengeringan ruam lebuhnya
  • Saya juga telah mengambil langkah-langkah tambahan untuk mempertingkatkan kebersihan di rumah – contohnya peralatan makan, pinggang mangkuk dan mencuci pakaian dengan berasingan
  • Kuarantin di rumah
  • Terus menyusukan anak bongsu dengan susu badan dengan harapan untuk meningkatkan imunitinya
src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/12/shingles1.jpg Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Atau Keluarga Terkena Penyakit Kayap?

Hari – 9

Hari ini hari kesebelas dan saya bersyukur kerana kedua-dua anak saya bebas cacar.

Penyakit kayap tidak mengancam nyawa

Anda tidak akan mati disebabkan penyakit kayap, tapi terdapat banyak komplikasi penyakit saraf yang boleh berlaku. 

Ia boleh memberi kesan kepada sistem saraf anda dan kesakitan yang dialami semasa menghidap penyakit kayap, boleh kekal untuk jangka masa yang berpanjangan walaupun lepuh sudah lama sembuh.

Kira-kira 15 daripada setiap 100 orang yang menghidap penyakit kayap mempunyai lepuh yang berada di sekitar mata.

Virus yang menyerang saraf penglihatan mungkin boleh menyebabkan penglihatan berkurangan dan dalam kes teruk, orang itu mungkin akan buta.

Semua ini boleh dielakkan dengan mengambil vaksin Kayap yang disyorkan untuk mereka yang berumur 50 ke atas.

Ini kerana pada usia sebegini, ketahanan sistem imun semakin berkurangan untuk melawan penyakit Kayap. Wanita yang hamil TIDAK boleh mengambil vaksin ini.

Jika anda mengesyaki anda mempunyai Kayap, dapatkan rawatan awal, kerana ia boleh membantu mengurangkan keradangan saraf dan risiko komplikasi.

Kredit: The Malaysian Times, Kids Health Org, Children’s Hospital of Philadelphia.