Apabila Ibu Pula Yang Membuli Balik

Share this article with other mums

Apabila anak saya dibuli, saya manjadi seorang ibu yang gila dan berdendam. Pernahkah anda berasa demikian?

Beberapa tahun yang lalu, saya melemparkan bola ke kepala seorang budak lelaki yang sedang berkali-kali menolak kepala anak saya ke dalam air.

Sebelum saya melemparkan bola, saya menjerit kepadanya untuk berhenti, tetapi dia tidak mengendahkan saya. Saya berada di hujung kolam, mungkin memerlukan enam saat untuk saya berenang kepadanya, tetapi anak lelaki saya yang berusia 5 tahun sedang tercungap-cungap dan merayu, dan cara yang paling cepat untuk menarik perhatiannya adalah dengan membuang bola tersebut.

Saya bermain besbol di kolej. Saya mempunyai lengan lemparan yang cukup baik.

Balingan saya terkena kepala budak lelaki itu, dan dia berteriak, berpusing menghadapi saya. Saya agak pasti beliau tidak menjangkakan untuk melihat seorang wanita pertengahan umur dalam baju renang yang telah membaling bola ke kepalanya.

Walaupun keadaan menjadi senyap dan janggal di dek kolam, di mana ahli keluarga kedua-dua kanak-kanak lelaki duduk di kerusi mereka, saya tidak berasa malu atau menyesal. Saya rasa saya telah menang. Saya berasa berkuasa.

Jika saya mempunyai bola lain dalam jangkauan lengan saya, saya mungkin telah membalingnya juga, untuk menekankan perasaan saya.

Satu tahun atau lebih kemudian, anak saya menjadi mangsa ejekan di sekolah. Ia adalah ejekan pelbagai nama panggilan, tiada apa yang luar biasa, hanya permainan kejam pelajar gred pertama. Tetapi apabila guru memberitahu saya tentang ejekan itu, saya rasa begitu marah.

Anak saya agak suram walaupun tidak mengalami trauma. Apabila saya bertanya kepadanya tentang hal itu, beliau mengabaikan saya, seolah-olah masalahnya adalah kebimbangan saya daripada kejadian itu sendiri.

Tetapi sudah tentu saya berasa bimbang; tiba-tiba saya adalah wanita gila di kolam renang pada suatu masa dahulu. Tetapi di manakah bola permainan saya? Dan bagaimana saya sepatutnya melindungi anak saya ketika saya tidak berada di tempat kejadian?

Ini bukan kali pertama di mana emosi keibuan saya yang kuat telah mengejutkan saya. Untuk beberapa tahun pertama kehidupan anak saya, saya kerap terperanjat dengan detik-detik kegembiraan, detik-detik yang tidak pernah saya alami – tangannya menutupi jari telunjuk saya, kasutnya yang bercahaya berkelip di jalan masuk rumah yang gelap – Saya rasa saya telah memulakan kehidupan yang baru, melangkah keluar dari satu kehidupan dan kepada kehidupan yang lain sebagai seorang ibu.

Sekarang, ketika kejadian buli ini, saya rasa seperti orang yang baru sekali lagi. Malangnya, orang yang baru ini adalah orang yang gila.

Untuk menjelaskannya: Saya tidak mahu melukakan pembuli anak saya secara fizikal. Saya hanya mahu menghancurkan semangat mereka. Saya mahu mereka berasa kecil dan lemah dan bodoh. Saya mahu mereka menangis di hadapan orang ramai, terutamanya rakan sekelas yang sedang bersorak.

Jika saya adalah seorang tukang gunting, saya boleh memberi mereka gaya potongan rambut yang dahsyat, menetapkan mereka sebagai sasaran utama pembuli lain. Jika saya seorang pelayan, saya boleh goncang serbuk cili lebih ke atas burger mereka, sehingga mereka tercekik dan meleleh air liur, mungkin juga muntah.

Malangnya, saya adalah seorang profesor kolej. Tidak cukup pandai untuk mengejek – “Si empat mata? Serius? Adakah itu ejekan yang terbaik, anda boleh lakukan? “- prospek untuk saya membalas dendam adalah sangat tipis.

Saya juga faham, walaupun dalam keadaan saya yang keliru, keputusan saya untuk campur tangan mungkin akan menyebabkan anak saya dibuli lagi. Jika saya secara terbuka membalas, saya akan memberi pembuli itu suatu sebab yang baik, bahan ejekan yang sangat menarik untuk hari lain.

Sasaran di belakang anak saya akan dilihat dari angkasa: “Anak manja. Memerlukan ibu untuk mempertahankannya.” Memikirkannya membuatkan saya berasa lebih marah. Bukan sahaja perlindungan saya sebagai seorang ibu tidak diingini, ia juga kini menjadi suatu liabiliti.

Naluri ibu saya untuk melindungi anak saya di kolam renang itu boleh dimaafkan; tetapi naluri ibu saya untuk membalas dendam tidak. Sama sekali.

Kecuali, ini: Anak-anak saya sukakan kisah saya di kolam renang. Mereka mahu mendengarnya berulang kali, setiap butiran terkecil.

Apakah bunyi yang dikeluarkan apabila ia terkena kepala kanak-kanak itu? (Thwuck.)

Sejauh mana ia memantul? (Sepuluh, mungkin 12 kaki.)

Adakah kanak-kanak itu pernah cuba untuk membuli sesiapa lagi? (Tidak jika saya berada berdekatannya.)

Mereka ketawa. Mereka menampar high-five. Mereka berkata, “Anda luar biasa!” Tetapi mereka berkata ia seperti pujian, seperti berkelakuan buruk adalah satu perkara yang baik.

Realitinya, anak kami patut gembira kerana mempunyai seorang ibu yang mengasihi kita begitu mendalan sehinggakan dia akan berkelakuan seperti orang gila bagi pihak kami.

Anak saya dan pembulinya dahulu adalah kawan baik sekarang. Pada usia 15 tahun, mereka memanggil satu sama lain pelbagai perkara dahsyat; mereka semua pembuli dan mereka semua dibuli. Dalam masa yang singkat, mereka akan menjadi lelaki. Dalam setahun, mereka akan memandu kereta.

Buat masa ini, walaubagaimanapun, mereka masih memerlukan saya. Saya memandu mereka untuk menonton filem. Saya menjemput mereka dari sekolah dalam hujan.

Mereka kanak-kanak yang cukup baik, mereka semua, dan hakikatnya bahawa saya pada suatu masa dahulu mahu membuat mereka menangis membuatkan saya berasa sedikit bersalah.

Tetapi, rasa bersalah saya, hanya sedikit sahaja.

Rencana diterjemahkan daripada The NY Times.

Keibubapaan Parenting tips