Apakah Masalah Kaki Pengkar?

Share this article with other mums

Bilakah ibu bapa harus rasa bimbang kalau anak mereka kaki pengkar atau kaki bengkok

Masalah kaki bengkok atau kaki pengkar dalam kalangan kanak-kanak berumur dua tahun dan ke bawah adalah perkara biasa. Kebanyakan kes ini tidak berbahaya, dan hanya sebahagian daripada proses tumbesaran kanak-kanak yang membabitkan tulang mereka. Keadaan ini disebabkan oleh:

  1. Kaki bengkok atau kaki pengkar bayi yang normal disebabkan oleh kedudukan janin di dalam rahim
  2. Tapak kaki rata bayi yang normal, kerana tapak kaki bayi tidak akan melengkung sehingga mereka berumur 3 tahun.

Perkembangan Kaki Bayi Yang Normal 

 

Toeing in. Toeing out. Sumber: www.southfloridasportsmedicine.com

  • Bowed legs dari lahir hingga 3 tahun
  • Toeing out, gaya ballerina, apabila mula berjalan
  • Toeing in,  dari 18 bulan hingga 2-3 tahun
  • Berjalan dengan kaki lurus selepas 3 tahun
  • Knock-kneed dari umur 3 tahun hingga remaja

Bilakah Ibu Bapa Patut Rasa Bimbang?

Ibu bapa tidak perlu risau kalau anak kaki pengkar, jika anak berjalan tanpa tersandung kerana kaki mereka akan lurus dengan sendiri. Tetapi, jika anak sering tersandung atau terjatuh ketika berjalan, bawalah anak jumpa doktor untuk mengenalpasti sebarang masalah.

Doktor akan memastikan sama ada kebengkokkan ini disebabkan oleh proses pembesaran yang normal (physiological) ataupun terdapat sebarang masalah perubatan yang perlu ditangani dengan segera.

Masalah kaki tidak lurus boleh menjadi satu kecacatan seandainya tiada perubahan pada keadaan kaki selepas usia yang sepatutnya. Dalam kes-kes teruk, rawatan ortopedik mungkin diperlukan. Rawatan ini biasanya dilakukan apabila mereka berumur antara 18 bulan dan 2 tahun.

“Rawatan akan bergantung kepada punca terbabit dan tahap serius keadaan kaki yang membengkok,” kata Dr. Ong Shong Meng, Perunding Ortopedik, Pakar Bedah Trauma dan Pakar Bedah Ortopedik Kanak-kanak, Pusat Perubatan Sunway (SunMed).

Betulkan cara anak tidur dan duduk untuk mengurangkan kaki pengkar

Sumber: http://infoherbalis.com/

  • Jangan galakkan anak tidur berlingkar atau dalam fetal position
  • Ia lebih baik kalau anak tidak duduk di atas kakinya sendiri dan
  • betulkan cara duduk anak apabila mendapati mereka duduk dengan kaki dalam kedudukan “W”. Sebaliknya, galakkan cara duduk bersila atau duduk dengan kakinya lurus keluar.

 

Sumber: Ask Dr SearsThe Malaysian Medical Gazette, H Metro

Baby Development Parenting tips