Aromaterapi berkesan dalam membantu kesihatan bayi; pakar pediatrik

Share this article with other mums

Beliau ingin melihat komuniti medikal menyokong terapi alternatif dan rawatan natural dari hanya bergantung pada ubatan untuk merawat pesakit.

Penampal aromaterapi sangat popular di Unit Rawatan Rapi Neonatal (Neonatal Intensive Care Unit, NICU), ia digunakan untuk menenangkan dan menangani stress pesakit hospital yang paling kecil dan gelisah, bayi yang terseksa akibat pengeluaran dadah.

Ahli herba, kimia dan terapi urutan telah lama menekankan tentang sifat teraputik dan penyembuhan dari minyak pati (essential oil). Contohnya minyak lavender yang menghasilkan bahan kimia serotonin di otak membantu mengimbangkan mood dan menenangkan. Sementara minyak chamomile yang menyeimbangkan emosi. 

Dr. Lori Shook, merupakan seorang ahli neonatologi di NICU, tertanya-tanya sama ada minyak-minyak ini dapat membantu bayi-bayi di sana. Beliau sudah biasa dengan doktor haiwan yang menggunakan lavender untuk menenangkan haiwan yang keras kepala. Malah sebagai pemilik seekor kuda, beliau telah melihat sendiri kesan lavender terhadap kudanya.

Mengetahui pesakit-pesakitnya masih kecil sudah dibanjiri dengan pelbagai dadah diusia muda, beliau mahu mengintegrasikan lebih terapi bukan farmaseutikal untuk membantu bayi yang stress dan mempunyai komplikasi. Sama ada yang sedang melalui pengeluaran dadah setelah banyak terdedah semasa di dalam rahim atau ‘neonatal abstinence syndrome (NAS)’.

Beberapa kajian saintifik yang dijalankan secara ketat telah memperoleh bukti menunjukan kaitan antara pendedahan aromaterapi dan kesihatan yang bertambah baik. Jadi, Dr. Shook dan Dr. Daniel, seorang ahli pediatrik, telah menguji potensi untuk menggunakan aromaterapi bagi mengurangkan stress pada bayi yang gelisah. 

Sejak bermula pada tahun 2015, mereka telah berjaya mengumpul 40 bayi yang telah dimasukan ke dalam NICU dengan simptom NAS. Selain menerima rawatan medikal intervensi, mereka juga menerima penampal aromaterapi untuk membantu penyembuhan. Keputusan awal menunjukan secara purata bayi yang menerima penampal aromaterapi dapat keluar dari hospital seawal 6 hari berbanding bayi yang tidak menerima penampal tersebut.

Selain itu, para pengkaji juga mendapati bayi yang menerima penampal aromaterapi memerlukan dos ubatan berbanding bayi yang tidak menerima penampal tersebut. Kurangnya durasi bayi berada di NICU juga membantu mengurangkan kos perubatan keluarga mereka. Sehari rawatan di NICU dianggarkan lebih kurang 5000 dolar ($5000), manakala kos penampal aromaterapi ialah lebih kurang dua dolar ($2) sekeping.

Ramai ibu bapa bayi yang menerima rawatan bagi NAS menarik diri dari rawatan disebabkan kos dan ini boleh membantu mereka. Dr. Shook mempertimbangkan aromaterapi sebagai salah satu elemen di dalam medikal menyeluruh bagi membantu bayi yang stress akibat NAS atau sebarang komplikasi medikal semasa dilahirkan. Beliau juga merujuk kedua bukti saintifik dan anekdotal bagi mendapatkan terapi yang berkesan buat bayi stress.

Dr. Shook telah menyepadukan pelbagai terapi bukan farmasutikal seperti ‘shushing’, meditasi, aliran tenaga, terapi musik, sentuhan kulit dan urutan bayi bagi mengurangkan stress dan membantu penyembuhan bayi NAS di Hospital Kanak-kanak Kentucky. Ibu bapa dan ahli keluarga akan diberikan arahan bagaimana mempraktikan amalan menenangkan bayi stress di rumah. 

Beliau juga telah mencadangkan untuk mengkaji sama ada aromaterapi boleh mengurangkan stress dan meningkatkan waktu tido pada jururawat NICU. Malah, beliau merasakan kajian akan datang harus mengenal pasti proses yang spesifik di dalam otak yang diransang oleh aromaterapi, bagi membuktikan secara saintifik, aromaterapi boleh digunakan sebagai terapi klinikal.

Baginya, aromaterapi boleh digunakan dalam pelbagai bidang pediatrik bagi membantu anak-anak yang melalui rawatan. Beliau ingin melihat komuniti medikal menyokong terapi alternatif dan rawatan natural dari hanya bergantung pada ubatan untuk merawat pesakit. Pasti ada sebab mengapa ianya wujud di dalam petua orang tua, kerana ianya berkesan, jelas Dr.Shook.

Apa itu minyak pati?

Foto ehsan essential oil benefit

Terma ‘minyak pati’ (essential oil) asalnya ialah ‘quintessential oil.” Ia dihasilkan dari proses penyulingan dan penyejatan sesuatu tumbuhan, sama ada bahagian batang, daun, bunga, akar mahupun benih. Proses ini mengekstrak tumbuh-tumbuhan menghasilkan campuran bahan kimia semulajadi yang kompleks.

Manfaat minyak pati hadir dari sifat mereka yang antioksidan, antibakterial dan anti radang. Ia adalah pilihan rawatan semula jadi yang dikatakan tidak mempunyai kesan sampingan. Antara kegunaan minyak pati yang popular digunakan ialah:

  • menghalau serangga/haiwan atau sebagai penghalang serangga/haiwan (insect repellant)
  • rawatan semulajadi bagi gigitan/sengatan/luka/kecederaan
  • rawatan aromaterapi di spa atau servis urutan
  • langkah biologikal dalam melindungi dari jangkitan
  • digunakan untuk tujuan pembersihan rumah
  • tujuan spiritual
  • ketenangan (relaxation)

 

Sumber: University of Kentucky, naha, draxe 

Bahasa Melayu Bayi Berita Keibubapaan Kesihatan Untuk Ibu & Ayah