5 artis kacak Bollywood yang masih bujang dan jadi gilaan wanita
5 artis Bollywood lelaki ini bukan saja kacak, malah masih bujang dan sekarang menjadi kegilaan wanita! Agak-agak kenapa mereka tidak mahu berkahwin, ya?
Tahukah anda yang sebenarnya 5 artis Bollywood lelaki kacak ini masih bujang, walaupun sudah berusia lebih 40-an? Aduh, sudahlah handsome, bujang pula itu!
Tidak hanya dengan penampilan dan karisma yang memukau, 5 artis Bollywood lelaki ini juga sangat pandai berlakon dan menjadi kegilaan ramai. Jom tengok siapakah mereka.
Cuci-cuci mata sikit 😛
5 artis Bollywood lelaki yang hot dan masih bujang
1. Hrithik Roshan
Siapa yang tidak kenal dengan artis Bollywood lelaki yang kacak ini? Filem pertamanya – Kaho Naa… Pyaar Hai telah menjadi kegilaan ramai.
Apa yang paling best tentang pelakon kacak ini adalah kerana beliau pandai menari dan berlakon. Tengok lenggokan badannya menari sungguh menakjubkan!
Pelakon ini lebih dikenali sebagai Dewa Yunani di India. Beliau pernah berkahwin dengan Susanne Khan selama 13 tahun dan dikurniakan 2 anak. Sayangnya, perkahwinan mereka terkandas di tengah jalan pada tahun 2014.
Ada yang mengatakan chemistry Hrithik Roshan dengan pelakon wanita dalam filem yang buat bekas isterinya itu cemburu dan ingin bercerai.
Hingga kini, Hrithik Roshan masih belum berkahwin lain. Dia pernah mengatakan Susanne Khan adalah cinta sejati dalam hidupnya dan tiada siapa mampu menggantikan wanita itu. Awww….
2. Salman Khan
Artis Bollywood lelaki yang satu ini pernah melamar Aishwarya Rai untuk dijadikan isteri. Namun bekas Miss World 1994 itu menolaknya.
Ada yang mengatakan ini kerana Salman pernah berkasar dengan Aishwarya Rai. Hinggalah sekarang Salman Khan kekal membujang.
Menurut beliau, perkahwinan bukanlah benda yang dia kejar. Beliau tidak mahu berbelanja besar untuk membuat majlis pernikan.
3. Akshaye Khanna
Pelakon lelaki dengan muka jambu ini pasti pernah mendapat perhatian anda dulu-dulu, kan?
Ha… sekarang dengan usia melebihi 40-an, Akshaye Khanna masih bujang dan mengaku tidak mahu mempunyai pasangan kerana beliau selesa dengan keadaan begini.
4. Uday Chopra
Siapa kenal artis Bollywood lelaki yang satu ini? Berasal dari keluarga pembuat filem – Chopra, Uday mula berlakon dalam filem kegemaran saya, Mohabateein!
Menurut laporan media, Uday Chopra telah melalui perpisahan yang menyakitkan sebelum ini dengan Nargis Fakhri. Maka beliau masih belum ready untuk memulakan semula sebarang hubungan.
5. Ranbir Kapoor
Senyuman artis Bollywood lelaki ini pasti sudah mampu buat semua wanita jatuh cinta, kan? Namun, beliau masih selesa membujang.
Belum ada satu wanita lagi yang mampu menggerakan hati jejaka tampan ini. Namun, ada juga yang mengaitkan beliau dengan pelakon Katrina Kaif. Tapi beliau menafikan hubungan itu.
Ha… artis Bollywood lelaki yang mana jadi pilihan anda? Hehe
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Rupanya ini 6 cara artis Bollywood berikut mengasuh anak-anak mereka