5 artis perempuan Bollywood yang terkaya di dunia!

lead image

Pernah ke anda terfikir tentang berapa kekayaan artis-artis Bollywood ini? Jom lihat siapa artis Bollywood terkaya di dunia ini.

Artis Bollywood tak kurang hebatnya dengan artis Hollywood. Lihat sajalah berapa ramai artis dari Bollywood yang dapat menembusi pasaran Hollywood dan nyata terkenal di serata dunia.

Bila sudah terkenal di serata dunia, sudah tentu bayaran mereka juga bukannya murah, kan? Jadi hari ini kami bawakan anda senarai artis Bollywood terkaya. Jom tengok!

5 artis perempuan Bollywood yang terkaya di dunia

1. Kareena Kapoor – RM40 juta

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/1768273 kareenakapoorkhanatindiacouturefashionweek 1532769979 248 640x480.jpg 5 artis perempuan Bollywood yang terkaya di dunia!

Siapa tak kenal dengan pelakon seksi yang menjadi kegilaan bukan saja kaum lelaki malah kaum wanita ini.

Kareena Kapoor adalah pelakon ke-14 terkaya di India dengan filem-filem pecah panggung yang dilakoninya.

Dengan senarai filem yang dia lakonkan, memang tak hairanlah jika dia mampu memiliki kekayaan ini.

2. Priyanka Chopra – RM44 juta

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Priyanka Chopra.jpg 5 artis perempuan Bollywood yang terkaya di dunia!

Pelakon yang telah berjaya menampa nama di pasaran Hollywood ini juga katanya telah bertunang dengan Nick Jonas baru-baru ini. Dia memiliki kekayaan berjumlah 44 juta.

Priyanka Chopra mula mendapat lambakan tawaran berlakon selepas memenangi pertandingan ratu cantik dunia pada tahun 2000. Selepas itu, dia semakin berjaya dalam bidang lakonan. 

3. Karisma Kapoor – RM50 juta

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/p19j123n2117v7c2mt7iua71r8r3.jpg 5 artis perempuan Bollywood yang terkaya di dunia!

Kakak kepada pelakon seksi Kareena Kapoor ini pula merupakan pelakon ke-10 terkaya di India dengan kekayaan sebanyak RM50 juta!

Karisma yang dikira sebagai “veteren” dalam dunia lakonan di Bollywood telah memenangi pelbagai anugerah kerana prestasi lakonannya yang mantap!

4. Kajol – RM65 juta

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/thu1528810949.jpg 5 artis perempuan Bollywood yang terkaya di dunia!

Siapa yang tak kenal pelakon yang tak dimamah usia ini? 

Kajol adalah pelakon nombor 6 terkaya di India. Selain lakonan, Kajol juga terkenal dengan sikapnya yang baik hati dan merupakan seorang aktivis sosial.

Kajol telah mendermakan masa, tenaga dan duit untuk memperbaiki kehidupan janda dan kanak-kanak.

5. Aishwarya Rai – RM142 juta

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/1306422 aish 1485327878 505 640x480.jpg 5 artis perempuan Bollywood yang terkaya di dunia!

Ratu cantik dunia ini adalah artis Bollywood terkaya di India dengan kekayaan sebanyak RM142 juta.

Memang tak terkejut jika dia adalah artis Bollywood terkaya kerana popularitinya memang tak dapat disangkal lagi.

Kekayaan yang dimilikinya bukan saja diperolehi dalam bidang lakonan, ianya juga dari menjadi duta jenama-jenama yang terkenal di serata dunia.

Dengan muka yang cantik ini, tak hairan kalau banyak jenama terkenal yang mahukan Aiswarya Rai untuk menjadi duta mereka.

Siapa sangka artis Bollywood kaya hingga begini kan?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Money Inc

Baca juga

7 gambar perkahwinan artis Bollywood yang disorok – anda pasti belum pernah lihat gambar ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!