X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Selebriti Ibu Tunggal Yang HOT Seperti Anak Dara, Mereka Berdikari Besarkan Anak-Anak

4 min bacaan
7 Selebriti Ibu Tunggal Yang HOT Seperti Anak Dara, Mereka Berdikari Besarkan Anak-Anak

Lumrah alam perkahwinan tiada sesiapa yang menginginkan hubungan berakhir dengan perceraian. Jom kenali 7 orang artis janda dan ibu tunggal yang hebat

Sesiapa sahaja tidak menginginkan status artis janda atau ibu tunggal. Berstatus ibu tunggal bagi seseorang wanita memerlukan anda untuk memikul tanggungjawab yang cukup besar dalam memastikan anak-anak membesar dengan baik.

Hal ini tidak begitu mudah untuk dilalui, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang dikenali ramai seperti selebriti atau pernah berkahwin  dengan golongan artis.

Artis janda dan ibu tunggal

Pastinya masyarakat sentiasa memberi perhatian dengan mengikuti perkembangan kehidupan mereka sehingga followers media sosial meningkat dengan mendadak.

Antara selebriti yang boleh dilabel sebagai ”hot mommies” ialah:

#1. Bella Astillah

selebriti janda

Hubungan antara Bella Astillah dengan Aliff Aziz berakhir apabila mereka dilanda pelbagai konflik dalam rumah tangga.

Mereka telah meraih perhatian media dan netizen kerana pelbagai kontroversi yang muncul akibat sikap kurang matang penyanyi, Aliff Aziz.

Semenjak disahkan bercerai sejak 9 September 2016 yang lalu, laman sosial artis janda dan ibu tunggal ini memperoleh lonjakan jumlah pengikut sehingga mengumpul seramai 1.9 juta di Instagram miliknya.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang comel iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia 3 tahun.

#2. Fatin Afeefa

selebriti ibu tunggal

Fatin Afeefa yang terkenal sebagai pelakon Tentang Bulan, telah mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya, Adam Shahz pada 30 Mei 2017.

Artis yang begitu menawan dan bentuk badan yang begitu sempurna ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian ( 5 tahun)  dan Ivy Herra Sophia (3 tahun)

Namun hubungan mereka telah gagal dan berpisah pada 30 Mei 2017. Selepas memegang status ibu tunggal, Fatin Afeefa dikatakan begitu ‘laku’ kerana sering muncul di kaca televisyen dan membintangi drama-drama tempatan.

Bukan itu sahaja, dia turut menonjolkan bakat sedia ada dalam bidang nyanyian dengan mengeluarkan single terbaru yang berjudul Satu Jam Saja.

#3. Joy Revfa

artis janda hot

Joy Revfa adalah pengasas kosmetik dan kecantikan, Merve mula mendapat perhatian ramai setelah dia bercerai dengan komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Perkahwinan dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 dikatakan tidak sah dan konflik telah berlarutan sehingga Hafiz membuat keputusan untuk melepaskan usahawan terkenal ini selepas 5 bulan mereka bersama.

Dalam pada itu, Joy telah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami yang pertama dan dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Aryyan Firdaus yang berusia 4 tahun.

#4. Syura

artis janda hangat

Penyanyi lagu Nazam Berkasih, Syura atau nama sebenarnya ialah Zuraidah Badron telah mendirikan perkahwinan dengan bekas suami yang merupakan sepupunya sendiri, Mohd Fadhly Md Yassin.

Hubungan mereka diijab kabulkan pada Mac 2006. Pasangan ini dikatakan pernah bercerai buat kali pertama pada 29 September 2014, namun kembali rujuk pada 10 November tahun yang sama.

Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Syura kemudiannya telah memfailkan cerai buat kali kedua pada 19 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dianugerahkan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irnadi,13, Nurul Qaisara Sofia,11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9 tahun.

#5. Rita Rudaini

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

artis single mom

Rita Rudaini adalah seorang selebriti yang tidak asing lagi dalam menegakkan nasib sebagai ibu tunggal. Dia turut dikenali sebagai wanita yang kuat bersuara bagi memperjuangkan hak anak-anaknya.

Terdahulu, Rita telah berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 28 Februari 2008 dan mengambil keputusan bercerai pada September 2013.

Perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11 tahun dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 9 tahun.

#6. Intan Liana Saleh

artis cerai dengan suami

Penghujung tahun 2018, dunia hiburan telah dikejutkan dengan pengakuan terbuka oleh Izreen Azminda yang sah menjadi isteri kedua kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude sejak 8 Ogos 2017.

Intan dan Ude berkahwin pada 1 Mac 2013. Namun, mereka telah mengambil keputusan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun lalu.

Artis janda dan ibu tunggal ini mendapat hak penjagaan dua orang anak mereka iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

#7. Serina Redzuawan

artis janda hot mommy

Serina Redzuawan merupakan anak perempuan kepada chef terkenal tanah air, Chef Wan, telah bergelar sebagai ibu tunggal pada usia yang muda.

Perkahwinannya pada tahun 2010 dengan seorang jejaka Inggeris iaitu Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar telah menemui titik noktah.

Dia turut dikurniakan pasangan cahaya mata yang sangat comel iaitu Tristan Tareef, 9, dan Isabella Saffiya, 8.

Serina dikatakan nekad membuat keputusan untuk memfailkan cerai selepas dirasakan sudah tidak bertemu lagi jalan untuk mereka berdamai.

Memang diakui bahawa bukan mudah menggalas status sebagai ibu tunggal. Kadang-kadang anda terpaksa tinggalkan anak-anak untuk mencari rezeki. Tidak cukup dengan itu, anda perlu kuatkan mental bagi menghadapi pandangan serong masyarakat.

Sumber: mStar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

7 Selebriti Ibu Tunggal Yang HOT Seperti Anak Dara, Mereka Berdikari Besarkan Anak-Anak

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcabaran-ibu-tunggal-cerita-dan-petua-dari-mereka-yang-menempuhinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 7 Selebriti Ibu Tunggal Yang HOT Seperti Anak Dara, Mereka Berdikari Besarkan Anak-Anak
Kongsikan:
  • Antara Anak Dara & Janda, Mana Sesuai Dijadikan Isteri?- Ini Jawapan Menurut Islam

    Antara Anak Dara & Janda, Mana Sesuai Dijadikan Isteri?- Ini Jawapan Menurut Islam

  • Adele Sah Bercerai, Habis Harta Sepencarian Dijual Setelah 8 Tahun Hidup Bersama

    Adele Sah Bercerai, Habis Harta Sepencarian Dijual Setelah 8 Tahun Hidup Bersama

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Antara Anak Dara & Janda, Mana Sesuai Dijadikan Isteri?- Ini Jawapan Menurut Islam

    Antara Anak Dara & Janda, Mana Sesuai Dijadikan Isteri?- Ini Jawapan Menurut Islam

  • Adele Sah Bercerai, Habis Harta Sepencarian Dijual Setelah 8 Tahun Hidup Bersama

    Adele Sah Bercerai, Habis Harta Sepencarian Dijual Setelah 8 Tahun Hidup Bersama

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.