WOW, Tak Sangka Ramai Artis Kahwin 2019, Ini 14 Selebriti Yang Tamatkan Zaman Bujang Mereka

Senarai selebriti yang berkahwin sepanjang tahun 2019. Selamat melayari bahtera rumah tangga kepada mereka!

Setiap tahun pasti kita dihidangkan dengan perkahwinan artis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan terutama bagi pasangan selebriti yang sudah lama bercinta tup..tup..dengar khabar mahu melangsungkan perkahwinan. Sebelum tahun ini melabuhkan tirai, apa kata kita imbas kembali siapa artis Malaysia kahwin 2019 ini.

14 Artis Malaysia kahwin 2019

Sememangnya perkahwinan artis mendapat tumpuan dan perhatian tidak kira peminat dan rakan media kerana nak tahu tentang tema perkahwinan mereka, wang hantaran, lokasi majlis, siapa pasangan mereka dan banyak lagi.

Bahkan, tema perkahwinan artis ini kadang-kadang menjadi trend dan ikutan kepada para peminat.

Maka dengan itu, jom kita tengok siapa yang kahwin pada tahun 2019 ini.

#1. Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar

artis malaysia kahwin 2019

Pelakon kecil molek, Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Khairol Faris Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk pada 1 Januari 2019.

Lebih menarik lagi, Elfira dikatakan bunting pelamin dan kini telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf.

#2. Ameer Forteen & Siti Nur Naja’a

kahwin artis

Perkenalan di antara Ameer Forteen dan isteri melalui Instagram. Malah mereka tidak sangka mengakhiri ikatan cinta itu di atas pelaminan indah.

#3. Fasha Sandha dan Aidil Aziz

fasha kahwin

Pada 30 Mac yang lalu pelakon Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada Aidil Aziz. Mereka diijabkabulkan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail Kangar.

Terdahulu, Fasha memiliki dua orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan bekas suami dahulu.

#4. Bella Dally dan Arif Izuddin

Bella kahwin

Pelakon dan model terkenal, Bella Dally turut melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi selepas gagal dalam perkahwinannya yang terdahulu.

Beliau memilih ahli perniagaan bernama Arif Izuddin Mohd Radzali sebagai pilihan hatinya. Dengan sekali lafaz pasangan ini sah bergelar suami isteri dan majlis diadakan di Marina Putrajaya.

Pada majlis tersebut, Bella menerima mas kahwin sebanyak RM1000 beserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sembilan dulang daripada pihak perempuan.

#5. Nelydia Senrose & Mohd Hafez Halimi

nelydia

Pelakon popular Nelydia Senrose juga sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 dengan sekali lafaz.

Pada majlis tersebut, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 10,000 beserta sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan.

#6. Ally Iskandar dan Marlina Ibrahim

selebriti kahwin

Selepas menduda hampir tiga tahun, pengacara Ally Iskandar akhirnya melangsungkan pernikahan dengan wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim.

Beliau sah menjadi suami kepada wanita kelahiran Temerloh Pahang itu dengan sekali lafaz.

#7. Masdo & Natasha Nur Ain

artis berkahwin

Vokalis band kugiran Masdo, atau nama sebenarnya Ali Sariah telah selamat bernikah dan menamatkan zaman bujang dengan sekali lafaz bersama pasangannya, Natasha Nur Ain.

#8. Adriana Adnan & Harez Hazim Hazrin

ariana dan suami

Pengacara Hlive, Adriana Adnan selamat bergelar isteri pada 30 Ogos yang lalu bersama jejaka pilihan hatinya Harez Hazim Hazrin.

#9. Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana

pelakon kahwin

Umum tahu pasangan ini sering kali dilihat sebagai sahabat baik namun berita pernikahan mereka benar-benar mengejutkan para peminat. Ini kerana selepas lapan tahun berkenalan, Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan Ardell di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan Selangor.

Buat pengetahuan, mereka mula rapat sejak dalam drama bersiri Namaku Bedah pada tahun 2015.

Semasa pernikahan itu, Nadzmi menyerahkan dua dulang hantaran dan senaskah Al-Quran.

#10. Zamani & Nur Juliana

zamani tamat zaman bujang

Penyanyi pujaan ramai, Zamani Ibrahim selamat dinikahkan dengan Nur Juliana Abdul Rani dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur.

#11. Sufi Rashid & NurulAin Md Yusuf

penyanyi berkahwin

Penyanyi kelahiran Singapura dan bekas Juara Akademi Fantasia, Sufi Rashid kini sah bergelar suami kepada pasangannya.

Pernikahan mereka berlangsung di Hotel Pulse Grande Putrajaya dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan.

#12. Eyra Hazali & Muhammad Haziq Nadzli

Eyra Hazali

Dengan sekali lafaz, pelakon Eyra Hazali sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli
pada 1 November yang lepas.

#13. Sarah Hildebrand & Otto Gillen

sarah hilderbrand

Pelakon Sarah Hildebrand, 29 sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina – Amerika Otto Gillen, 26 dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada 3 November.

Pasangan ini selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan.

Pada majlis pernikahan itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

#14. Nazrief Nazri & Aizatul Akma

nazrief kahwin

Dengan sekali lafaz, pelakon Nazrief Nazri sah bergelar suami kepada model, Aizatul Akma Hamdan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Seavoy House Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Di majlis tersebut, pengantin perempuan menerima RM80 mas kahwin dan wang hantran berjumlah RM15,000.

Semoga bahtera perkahwinan mereka kekal abadi hingga ke syurga. 

WOW, Tak Sangka Ramai Artis Kahwin 2019, Ini 14 Selebriti Yang Tamatkan Zaman Bujang Mereka

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Selongkar 

Sumber gambar : Google 

Baca juga

https://my.theasianparent.comperkahwinan-artis

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!