8 Selebriti Popular Yang Sedang Hamil & Bakal Bersalin Tahun 2019 Kelak

lead image

Wah, seronoknya dapat baby baru tahun 2019 nanti! Jom sama-sama kita welcome "baby 2019" ini!

Kehamilan merupakan anugerah yang cukup bernilai bagi wanita. Ini termasuklah buat beberapa artis yang bakal melahirkan anak tahun 2019 nanti. 

Sebagai orang yang dikenali, tentunya peminat akan rasa gembira dengan penambahan cahaya mata selebriti kesayangan mereka dan ada juga yang bakal bergelar ibu buat pertama kalinya. 

Jom kita tengok siapa artis melahirkan anak pada tahun hadapan ini!

8 artis melahirkan anak tahun 2019 kelak, welcome baby 2019!

#1. Artis melahirkan anak 2019 – Ayu Raudhah

artis melahirkan, artis hamil 2018, artis hamil, artis mengandung, selebriti hamil, selebriti mengandung, selebriti bersalin 2019, anak artis, anak artis 2019, artis yang mengandung 2018, artis yang sedang mengandung, artis yang sedang berbadan dua, artis tengah hamil

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik, Ayu Raudhah yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, Zaquan Adha ini. 

Kehamilan Ayu kali ini merupakan kali keempat setelah ada dua orang anak lelaki dan seorang perempuan. 

Meskipun sedang berbadan dua dan bergelar ibu, Ayu tetap aktif dalam bidang seni lakonan dan perniagaan bersama kakaknya, pelakon Rozita Che Wan. 

#2. Artis melahirkan anak 2019 – Hanis Zalikha 

artis melahirkan, artis hamil 2018, artis hamil, artis mengandung, selebriti hamil, selebriti mengandung, selebriti bersalin 2019, anak artis, anak artis 2019, artis yang mengandung 2018, artis yang sedang mengandung, artis yang sedang berbadan dua, artis tengah hamil

Sebut saja nama Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, tentu ramai yang sudah tahu Hanis sedang hamil buat kali kedua.

Menerusi perkongsian Hanis di laman Istagram, morning sickness yang dialaminya juga teruk kerana selalu muntah selepas makan dan keadaan ini sama seperti mengandungkan Yusuf dahulu. 

Dalam masa yang sama, anak sulung mereka, Yusuf Iskandar juga semakin popular kerana mengumpul kira-kira 2.5 juta pengikut di Instagram. 

#3. Artis melahirkan anak 2019 – Mawar Rashid 

artis melahirkan, artis hamil 2018, artis hamil, artis mengandung, selebriti hamil, selebriti mengandung, selebriti bersalin 2019, anak artis, anak artis 2019, artis yang mengandung 2018, artis yang sedang mengandung, artis yang sedang berbadan dua, artis tengah hamil

Mawar Rashid yang popular menerusi drama Pok Ya Cong Codei – Siti di hati ini sedang hamil dan dijangka bersalin pada Mac 2019. 

Namun, Mawar akui dirinya berasa gembira apabila disahkan mengandung tapi pada masa yang sama gementar menantikan kelahiran. 

Atas sebab itu, dia banyak bertanya dan meminta nasihat ahli keluarga mengenai penjagaan bayi

Dalam pada itu, isteri Raf Yaakob ini terpaksa membatalkan tawaran berlakon semata-mata kerana ingin menjaga kandungannya dan akan kembali aktif sehingga selesai tempoh berpantang. 

#4. Artis melahirkan anak 2019 – Nabil Ahmad & Zira 

artis melahirkan, artis hamil 2018, artis hamil, artis mengandung, selebriti hamil, selebriti mengandung, selebriti bersalin 2019, anak artis, anak artis 2019, artis yang mengandung 2018, artis yang sedang mengandung, artis yang sedang berbadan dua, artis tengah hamil

Isteri kepada pengacara, pelakon dan pelawak Nabil Ahmad, Zira Ayub kini hamil anak ketiga. Ia diketahui umum selepas Nabil berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya. 

Terdahulu, Nabil dan Zira sudah dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang diberi nama Naira Mikayla dan Leyla Medyna. 

#5. Artis melahirkan anak 2019 – Shakilla Khoriri 

artis melahirkan, artis hamil 2018, artis hamil, artis mengandung, selebriti hamil, selebriti mengandung, selebriti bersalin 2019, anak artis, anak artis 2019, artis yang mengandung 2018, artis yang sedang mengandung, artis yang sedang berbadan dua, artis tengah hamil

Penyampai radio Suria Fm Fizi Ali ini berkongsi berita gembira apabila isterinya pelakon Shakilla Khoriri disahkan hamil dan kini sudah masuk ke usia tujuh bulan.

Meskipun sedang sarat hamil, Shakilla dilihat selamba mendaki Bukit Tangki di Felda Lurah Bilut Bentong, Pahang. 

Menurutnya, aktiviti pendakian sudah lama tertangguh sejak disahkan hamil. Namun aktiviti tersebut dilakukan secara santai dan perlahan-lahan serta tahu kemampuan diri yang sedang berbadan dua. 

#6. Artis melahirkan anak 2019 – Syafiqah Aina 

artis melahirkan, artis hamil 2018, artis hamil, artis mengandung, selebriti hamil, selebriti mengandung, selebriti bersalin 2019, anak artis, anak artis 2019, artis yang mengandung 2018, artis yang sedang mengandung, artis yang sedang berbadan dua, artis tengah hamil

Instafamous dan  influencer terkenal Syafiqah Aina berkongsi berita gembira apabila dirinya disahkan hamil anak pertama. Pastinya berita gembira tersebut ditunggu oleh pasangan suami isteri ini setelah setahun mendirikan rumah tangga. 

Dia yang mempunyai followers hampir sejuta itu berkata beliau banyak menerima khabar gembira di sepanjang tahun 2018 ini dan bersyukur doanya dimakbulkan untuk hamil. 

#7. Artis melahirkan anak 2019 – Syatilla Mevin 

artis melahirkan, artis hamil 2018, artis hamil, artis mengandung, selebriti hamil, selebriti mengandung, selebriti bersalin 2019, anak artis, anak artis 2019, artis yang mengandung 2018, artis yang sedang mengandung, artis yang sedang berbadan dua, artis tengah hamil

Pelakon dan juga isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin berkongsi berita gembira apabila kini sedang hamil anak kedua. 

Syatilla dan suami tidak jangka kehamilan secepat ini memandangkan dia pernah mengalami keguguran pada Julai lalu. 

Peminat dan pengikut di laman sosialnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kandungannya dalam keadaan baik juga sihat. 

#8. Artis melahirkan anak 2019 – Tya Ariffin 

artis melahirkan, artis hamil 2018, artis hamil, artis mengandung, selebriti hamil, selebriti mengandung, selebriti bersalin 2019, anak artis, anak artis 2019, artis yang mengandung 2018, artis yang sedang mengandung, artis yang sedang berbadan dua, artis tengah hamil

Pelakon dan Juri Maharaja Lawak Mega 2018, Tya Ariffin mengakui dirinya sedang hamil anak kedua menerusi satu entri di Instagram miliknya. 

Terdahulu, Tya dan Asyraf telah bernikah pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa. 

Menerusi ruangan komen, ramai pengikutnya mengucapkan tahniah dan mendoakan kandungan sihat serta dalam keadaan baik. 

Kami di theAsianparent Malaysia berharap anda yang sedang hamil juga sihat dan tabah mengharungi tempoh sembilan bulan ini serta sentiasa menjaga kandungan dengan sebaiknya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber gambar: Instagram 

Baca juga: 

7 artis yang melahirkan anak kembar, comel-comel semuanya, jom lihat!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nurul Halifah