Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

Selalu kita dengan pepatah ‘sayangkan isteri tinggal-tinggalkan’, namun kisah bapa ini pula lebih serasi menggunakan ‘ayah sayang anak tinggal-tinggalkan’.

Selalu kita dengan pepatah ‘sayangkan isteri tinggal-tinggalkan’, namun kisah bapa ini pula lebih serasi menggunakan ‘ayah sayang anak tinggal-tinggalkan’. Mana tidaknya dia boleh bersenang lenang pergi bercuti ke Itali dan meninggalkan anak lelakinya yang berusia 11 tahun terkontang-kanting bersama penyewa rumah. 

Seorang ayah yang tidak ingin namanya dikenali, telah dilaporkan meninggalkan anak lelakinya di rumah bersama seorang penyewa yang baru menyewa masuk sehari sebelum si bapa pergi bercuti. 

ayah sayang anak

Alasan tinggal anak keseorangan untuk berdikari

Dan paling mengejutkan ayahnya langsung tiada rasa bersalah dan memberi alasan kepada pihak berkuasa, dia meninggalkan anaknya atas dasar ingin anaknya belajar berdikari. Barangkali inilah maksud, ‘ayah sayang anak tinggal-tinggalkan’. 

Mengikut laporan Mirror.Co, penyewa berkenaan langsung tidak terlibat dalam apa-apa persetujuan untuk menjaga anak tuan rumahnya yang ditinggalkan itu. Katanya dia pelik melihat budak itu keseorangan selepas bangun tidur keesokan paginya.

Dia kemudian menceritakan kejadian itu kepada rakan sekerjanya sebelum membuat laporan polis atas perbuatan bapa yang tidak bertanggungjawab itu. 

Si bapa telah disabit kesalahan mengabaikan anaknya tanpa bimbingan orang dewasa, yang mana boleh mengakibatkan kecederaan atas kecuaiannya itu. 

Penyewa yang dikenali sebagai Alan Morrison menyatakan dia mendapat tahu mengenai bilik yang ingin disewa ini melalui iklan lantas dia pun terus membayar duit menyewa sebanyak satu bulan. 

Bapa kepada budak itu kemudiannya meminta sekiranya Morrison boleh berpindah awal sehari sebelum dia bertolak ke Itali pada jam 3 pagi esoknya. 

Minta penyewa tengokkan anak

ayah sayang anak

Morrison sempat bertanya “adakah dia akan membawa anak lelakinya bersama? Dan si bapa menjawab tidak, anaknya akan tinggal di rumah itu.

Si bapa juga sempat bertanya jika penyewa itu boleh tolong tengok-tengokkan anaknya, dan penyewa itu menyatakan yang dia tidak boleh menjaga anaknya kerana dia sudah mempunyai rancangan lain. 

Apabila penyewa itu bangun tidur pada keesokan paginya, dia melihat anak tuan rumah masih di situ. 

Dia bertanya kepada budak tersebut apakah rancangan dia untuk hari itu, dan dia menjawab yang dia mahu mengikut penyewa itu. Lantas penyewa itu mengatakan tak boleh kerana dia ingin ke pub. 

Apabila Morrison pulang ke rumah sewanya dalam jam 7 petang, budak itu masih keseorangan di rumah. 

Budak lelaki tersebut dikatakan telah mencuba untuk memasak ikan yang beku di dalam ketuhar gelombang mikro dan telah meletakkan sabun pencuci pinggan ke dalam mesin basuh pinggan di rumah mereka yang terletak di Edinburgh. 

Morrison seperti biasa meninggalkan rumah tersebut pada keesokan pagi kemudian menerima pesanan teks oleh kanak-kanak itu yang menggunakan telefon bimbit bapanya bertanyakan bila penyewa itu akan pulang ke rumah. 

Morrison kemudian menceritakan kejadian itu kepada raka sepejabat, dan mereka menyarankan agar Morrison membuat laporan polis secepat mungkin selepas memikirkan keadaan ini semakin diluar kawalan. 

Budak itu akhirnya dimasukkan ke pusat penjagaan 

ayah sayang anak

Polis menjumpai kanak-kanak tersebut di sekolahnya dengan pakaian yang dipilihnya sendiri dan ke sekolah dengan sendirinya. 

Bapanya kemudian pulang selepas 5 hari bercuti di Itali dan mendapati anaknya kini telah dimasukkan ke pusat penjagaan kecemasan. 

Tindakan lanjut akan dikenakan pada bapa kanak-kanak terbabit. Apalah nak jadi ayah yang sebegini, cukup mementingkan diri dan menyusahkan orang lain. Sepatutnya peranan ayah sayang anak tidaklah suruhnya jadi berdikari dengan cara begini. Ambil iktibar yang ibu bapa semua, janganlah tinggal anak sebarangan, ini nasib tiada apa yang berlaku, cuba kalau si penyewa tu pula sakit mental? siapa nak jawab? 

Berapakah umur yang sesuai untuk tinggalkan anak bersendirian dalam rumah?

Meninggalkan anak bersendirian dalam rumah sebenarnya mempunyai banyak risiko seperti merosakkan perabot rumah, bermain dengan alatan tajam, kemungkinan berlakunya kebocoran gas dan mungkin berlakunya kes rompakan.

Dikutip dari laman Kids Health, meninggalkan anak di bawah usia 10 tahun bersendirian dalam rumah bukanlah sesuatu tindakan yang tepat. Pada usia ini, mereka belum tahu menjaga keselamatan dirinya sendiri dengan baik, kerana mereka masih memerlukan pengawasan daripada orang dewasa untuk menjaganya.

Apa yang pasti, ibu bapa boleh mempercayai anak menjaga rumah mulai umur mereka di sekolah menengah tapi sebaiknya tidak terlalu lama.

Sekitar umur 16 tahun pula, mereka sudah tahu mengerjakan pekerjaan rumah dengan sendiri, jadi pada masa ini kepercayaan ibu bapa terhadapnya lebih tinggi.

Ketika meninggalkan anak bersendirian dalam rumah, maksudnya anda telah memberikan tanggungjawab besar pada anak untuk menjaga keselamatan dirinya dan keamanan rumah.

Perkara yang perlu diberitahu pada anak sebelum tinggal bersendirian

  • Cara kunci dan buka pintu.
  • Cara menyalakan dan mematikan lampu rumah.
  • Meninggalkan buku nota yang terkandung semua nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.
  • Ingatkan pada anak untuk tidak membenarkan orang yang tak dikenali untuk masuk ke dalam rumah.
  • Ingatkan anak untuk menjaga kebersihan rumah semasa ketiadaan anda.
  • Berikan wang saku, makanan dan tempat letak kunci yang selamat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mirror.Co

Baca juga: Berapa Umur Sesuai Untuk Tinggal Anak Bersendirian di Rumah? Apa Panduannya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!