X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Belum Pernah Jumpa Sejak Cucu Lahir, Ayah Zahirah Macwilson Ubat Rindu Tengok Poster Anak Di Kedai Telefon!

28 Sep, 2021
Belum Pernah Jumpa Sejak Cucu Lahir, Ayah Zahirah Macwilson Ubat Rindu Tengok Poster Anak Di Kedai Telefon!Belum Pernah Jumpa Sejak Cucu Lahir, Ayah Zahirah Macwilson Ubat Rindu Tengok Poster Anak Di Kedai Telefon!

Musim pandemik ini memang menguji Tidak kurang juga si ayah yang merindukan anaknya. Tidak terkecuali ayah Zahirah Macwilson. Nasib baik ada poster!

Ternyata ramai keluarga yang mengalami nasib serupa, sejak melahirkan bayi di musim pandemik ini, langsung atuk, nenek semua tak dapat nak melawat. Tidak terkecuali ayah Zahirah Macwilson juga merasai perkara sama apabila lama tidak dapat berjumpa anak yang jauh di perantauan susulan pandemik yang membataskan pergerakan. 

Bapanya, Zainol Macwilson berkongsi perkara berkenaan di laman Instagramnnya.

Ayah Zahirah Macwilson luah rindu pada anak, cucu

ayah zahirah macwilson

kredit: zainolmacwilson

Anaknya yang menghiasi poster sebuah kedai telefon jenama terkemuka menjadi pengubat rindu Zainol Macwilson memandangkan mereka terpisah sejak 8 bulan lalu apabila Zahirah terbang ke Perth, Australia untuk melahirkan bayinya yang diberi nama Isaac Raees dan berpantang bersama ibunya di bumi Kangaroo itu.

It’s ok kak, papa belum dpt berjumpa dgn kakak & cucu papa yg comel tu! Dpt tengok kakak kat poster fon Oppo terbaru kat merata kedai fon, terubat juga rindu papa. luv u kak. 

Pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza pada tahun lalu memilih untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka di Perth, Australia bagi membolehkan Zahirah berpantang bersama ibu kandungnya yang menetap di sana.

Pada 5 Januari 2021, Zahirah selamat melahirkan anak sulungnya seorang bayi lelaki yang kini sudah berusia hampir kira-kira 9 bulan. 

Tempat berpantang pengaruhi emosi ibu & bayi

ayah zahirah macwilson

Nampak remeh, tetapi sebenarnya tempat berpantang amat mempengaruhi emosi ibu dan bayi. Jika tempat berpantang itu mendatangkan kecelaruan pada emosi ibu, ia boleh membuatkan emosi ibu tidak stabil.

Disebabkan itu, biarkan saja ibu hamil sendiri yang memilih untuk berpantang di mana yang mereka selesa sama ada di rumah sendiri, ibu bapa sendiri atau ibu bapa mertua. 

Tidak perlu memaksa dan biarkan mereka buat  pilihan yang terbaik untuk menjamin kesihatan diri dan emosi mereka. 

Apa yang anda perlu fikirkan sebelum berpantang?

Jadi apa yang perlu anda fikirkan sebelum memilih tempat berpantang:

#1. Di mana anda lebih selesa?

Di mana anda lebih selesa? Tidak kira di mana pun, yang penting ibu yang akan berpantang dengan bayinya itu selesa. Orang lain letak tepi dulu kerana anda yang akan berpantang dan anda yang akan menanggung sebarang akibatnya jika tak selesa dan sebagainya.

Berpantang ini benar-benar menguji emosi, jika persekitaran anda mendatangkan rasa tidak selesa dan buat anda serba tak kena, lebih baik elakkan berpantang di tempat sedemikian.

Fikirkan perasaan anda terlebih dulu, tak perlu rasa bersalah pada orang lain.

#2. Kemudahan

ayah zahirah macwilson

Jika sudah pilih tempat berpantang, jika boleh pastikan tempat yang anda pilih dekat dengan kemudahan penting seperti klinik atau hospital. Sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diigini senang untuk anda mendapatkan rawatan.

Selain itu, kemudahan lain yang memudahkan anda untuk mendapatkan barangan keperluan bayi, makanan dan sebagainya. Jika ia tempat yang mudah diakses oleh penghantar makanan lebih bagus. Jadi jika anda mahu order lauk berpantang lebih mudah. 

#3. Susun atur sesuai untuk orang berpantang

Adalah lebih baik untuk anda pastikan susun atur tempat yang anda pilih untuk berpantang adalah sesuai dengan keadaan mereka yang berpantang.

Ini bermaksud, ia tidak penuh dengan barang yang boleh menyebabkan anda tersepak, tersadung dan sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya.

Selain itu, adalah lebih baik jika barangan keperluan itu mudah untuk anda capai, tidak diletakkan di tempat tinggi dan sebagainya. Perkara ini memang nampak remeh, tetapi jika tiadak susun atur yang sesuai ia sangat menyusahkan ibu yang sedang berpantang.

#4. Sediakan barangan keperluan secukupnya

Jika tidak mahu pening kepala, sebelum due date pastikan anda sediakan barangan keperluan secukupnya. Tidak kiralah sama ada untuk anda atau bayi, pastikan semuanya cukup supaya anda tidak tercari-cari bila memerlukannya nanti.

Kadang kala suami pun tidak tahu semua benda, jadi agak mencabar untuknya mencari dalam masa singkat. Jadi bila semuanya sudah tersedia, keadaan akan jadi lebih mudah, anda pun tak stres.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: Zainol Macwilson

Stories Rakan Kongsi
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Why the third trimester of pregnancy is crucial
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
Bagaimana‌ ‌Untuk‌ ‌Ajar‌ ‌Anak‌ ‌Tentang‌ ‌Wang:‌ ‌Panduan‌ ‌Mengikut‌ ‌Usia‌
Bagaimana‌ ‌Untuk‌ ‌Ajar‌ ‌Anak‌ ‌Tentang‌ ‌Wang:‌ ‌Panduan‌ ‌Mengikut‌ ‌Usia‌
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Baca juga: 5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Baca juga: Ini Rupanya “Pembunuh Senyap” Ketika Wanita Berpantang – Hati-Hati Ibu Semua!

Baca juga: Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Belum Pernah Jumpa Sejak Cucu Lahir, Ayah Zahirah Macwilson Ubat Rindu Tengok Poster Anak Di Kedai Telefon!
Kongsikan:
  • Rihanna Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Kongsi Hasrat Ingin Jadi Ibu Yang 'Protective'

    Rihanna Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Kongsi Hasrat Ingin Jadi Ibu Yang 'Protective'

  • Ibu Tampal Notis 'Jangan Cium' Pada Dahi Bayi, Elak Orang Cium Anaknya Sesuka Hati

    Ibu Tampal Notis 'Jangan Cium' Pada Dahi Bayi, Elak Orang Cium Anaknya Sesuka Hati

  • Ditendang & Mata Dikorek Peragut Kurang Siuman, Wanita Ini Trauma Keluar Bersendirian

    Ditendang & Mata Dikorek Peragut Kurang Siuman, Wanita Ini Trauma Keluar Bersendirian

app info
get app banner
  • Rihanna Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Kongsi Hasrat Ingin Jadi Ibu Yang 'Protective'

    Rihanna Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Kongsi Hasrat Ingin Jadi Ibu Yang 'Protective'

  • Ibu Tampal Notis 'Jangan Cium' Pada Dahi Bayi, Elak Orang Cium Anaknya Sesuka Hati

    Ibu Tampal Notis 'Jangan Cium' Pada Dahi Bayi, Elak Orang Cium Anaknya Sesuka Hati

  • Ditendang & Mata Dikorek Peragut Kurang Siuman, Wanita Ini Trauma Keluar Bersendirian

    Ditendang & Mata Dikorek Peragut Kurang Siuman, Wanita Ini Trauma Keluar Bersendirian

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.