10 Ayat Anda Tak Patut Sebut Ketika Berintiman Di Ranjang!

Wahai isteri sekalian, kadang-kadang... ada sesetengah ayat yang anda tak patut sebut langsung depan pasangan ketika kalian sedang berasmara, tahu!

Kata-Kata Yang Menyingung Perasaan

Kadang-kadang, kita terbawa-bawa dengan kenikmatan ketika berasmara, hingga terkeluar sesetengah ayat yang tak patut kita sebut pun! 

Bukan apa, ada sesetengah ayat itu mampu mengguris hati pasangan. Akibatnya? “Potonglah”!

Nanti mereka akan merajuk dan aksi asmara yang dikatakan mampu buat anda kelihatan makin cantik itu tak berjaya anda cuba!

Jadi, jom tengok apa 10 ayat yang tak patut anda sebut ketika di ranjang, bagi mengelak anda sendiri yang rugi, okay?

10 Kata-Kata Yang Tak Patut Disebut Ketika Di Ranjang!

#1 “Boleh cepat sikit? Saya ada mesyuarat.”

Alamak! Mungkin anda terpaksa melakukan quickie sebab kalian masing-masing sibuk. Tapi, kalau terlalu sibuk… lebih baik anda tangguh saja aksi quickie itu, kan?

Nak paksa pasangan “cepat-cepat” menghabiskan tugas mereka akan memberi tekanan. Nanti kalian yang akan bergaduh! Jadi jangan sebut perkataan ini, okay?

ayat jangan sebut pada suami di ranjang

#2 “Dulu bekas suami…”

Oh girl! Ini peraturan pertama: Jangan sesekali bandingkan apa yang anda pernah “dapat” dulu dengan apa yang anda “dapat” sekarang. Lebih-lebih lagi dari “bekas” anda!

Nanti pasangan akan rasa rendah diri dan tak percaya anda lagi!

#3 “Dah masuk ke?”

JANGAN SEBUT LANGSUNG AYAT INI! Lelaki memang selalu tertekan dengan saiz zakar mereka. Bila anda sebut ayat ini, mereka akan fikir bukan-bukan dan anggap… haish, kesianlah!

Walaupun anda rasa ia “kecil”, jangan sesekali cakap pada pasangan!

#4 Ucapan terima kasih

Awkward sangat jika anda ucap terima kasih selepas berintiman. Nampak macam anda “menggunakan” pasangan untuk melampiaskan hawa nafsu.

Seks sepatutnya menyeronokkan antara kalian, kan? Mungkin anda mahu pasangan rasa mereka dihargai… jadi kucupan mesra di dahi atau pipi juga sudah mencukupi!

ayat jangan sebut pada suami di ranjang

#5 “Awak kejut saya bangun sebab ini saja?”

No. No. No. Anda dan pasangan boleh bawa berbincang bila waktu yang sesuai untuk berasmara. Kalau kalian kepenatan, mungkin kalian boleh tanggungkan saja.

Tapi, kalau pasangan anda mengajak anda bersamanya ketika anda penat, anda boleh juga menolak dengan lembut.

Jangan terus “kecam” mereka dengan mengatakan apa yang mereka “mahu” itu tak penting!

#6 Buat “suara bayi”

Alamak, ini juga tak seksi, okay! Jangan sesekali “potong” mood pasangan dengan suara bayi yang selalu anda buat untuk pujuk si manja.

Kalian sedang di ranjang, bukan tengah tidurkan anak!

#7 “Jom buat anak…”

Okay, ini ayat yang sedikit mendebarkan, lebih-lebih lagi jika kalian tak pernah bercakap tentang hal ini.

Mahu terkejut beruk jika tiba-tiba, kan? Take it slow dan jangan tiba-tiba bawa big news ketika di ranjang!

ayat jangan sebut pada suami di ranjang

#8 “Saya boleh buat sendirilah!”

Beronani mungkin pilihan terakhir jika pasangan tak mahu bersama, terlalu penat, atau tak bijak menaikkan nafsu anda. Tapi jangan jatuhkan beban ini pada mereka! 

Anda boleh ajar dan tunjukkan pada mereka apa yang anda suka. Perlahan-lahan cuba sebarang teknik yang kalian berdua rasa selesa. 

#9 Sebut tentang ibu bapa/mertua

Takkan ketika di ranjang anda nak bincang tentang ibu bapa atau mertua kalian pula, kan? Potongnya!

#10 “Awak fikir apa sekarang?”

Jangan tanya apa suami anda fikir ketika mereka sedang diranjang dengan anda! Mungkin dia sedang fikir macam mana nak jawab soalan anda itu, haha! 

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Baca juga:

11 kesalahan seks yang dilakukan oleh wanita

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!