Sedang Mencari Carrier Baby Untuk Anak? Ini Senarai Baby Carrier Yang Ergonomik & Selamat Untuk Si Manja!

Sedang Mencari Carrier Baby Untuk Anak? Ini Senarai Baby Carrier Yang Ergonomik & Selamat Untuk Si Manja!

Carrier baby yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bagus, baik untuk postur badan bayi itu penting. Ini senarai pilihan terbaik.

Ibu bapa masih teragak-agak nak membeli best baby carrier Malaysia? 

Baby carrier merupakan satu keperluan bagi sesetengah ibu bapa yang bukan sahaja membantu memudahkan urusan harian, malah penting untuk mengekalkan bonding di antara ibu bapa dan si manja.

Salah satu jenis carrier adalah hip seat carrier yang membantu membawa bayi dalam jangka masa yang lebih pendek, biasanya di sekitar rumah. Hip seat mempunyai tali pinggang lebar dengan tempat duduk yang empuk untuk bayi duduk sambil menggendong bayi dengan sebelah tangan. 

Salah mendukung bayi boleh menjejaskan postur kaki bayi, malah ibu juga ibu boleh meletakkannya di tempat duduk tanpa ada ketegangan di lengan dan pinggang ibu.

Memilih Carrier Baby Yang Bagus

baby carrier bagus

Hip seat carrier secara umumnya dipakaikan dalam posisi bayi menghadap ke hadapan, seperti gaya kangaroo membawa anaknya.

Namun si manja haruslah sudah cukup kuat untuk mengangkat kepalanya atau sebaiknya sudah boleh duduk, dan boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak dari sekitar 6 bulan hingga 3 tahun, bergantung pada jenis tertentu dan had beratnya.

Terdapat pelbagai jenis hip seat carrier di pasaran, tetapi ibu ayah harus bijak memilih juga ya. Perhatikan beberapa ciri ini sebelum membeli best baby carrier Malaysia:

1. Ciri-ciri keselamatan

Dalam hal ini, babycarrier haruslah mempunyai tali strap yang lengkap dan ergonomik. Ergonomik bermaksud carrier tersebut direka untuk memberi keselesaan yang optimum dan untuk mengelakkan tekanan atau kecederaan kepada bayi dan pemakai. Dengan kata lain, haruslah mesra pengguna.

2. Had umur/berat

Hipseat kebiasaanya boleh dipakai oleh si manja sedari umur 3 bulan ke atas. Ini kerana bayi baru lahir masih tidak mampu untuk duduk dalam jangka masa yang lama, yang boleh menyebabkan impak negatif pada bayi. Jadi pastikan ibu bapa sentiasa mengambil kira hal yang ini ya.

3. Material

Pastikan material best baby carrier Malaysia si manja tidak panas atau licin. Keselesaan si manja dan pemakai sangat penting semasa menggunakan penggendong terutama dalam jangka masa yang sedikit lama. 

4. Tahan lasak

Materialnya perlulah mampu bertahan pemakaian dan lupus untuk menampung keperluan parents yang biasanya membawa kanak-kanak keluar dari rumah, tambah lagi yang selalu menggunakan babycarrier.

5. Boleh bernafas 

Material dan rekaan carrier tersebut perlu memastikan peredaran udara yang cukup untuk kanak-kanak kekal dingin. Bayi yang dalam keadaan panas adalah bayi yang tidak akan mendapat rehat yang cukup dan kita ingin menyediakan keselesaan yang terbaik untuk bayi.

6. Rekaan yang ergonomik

Babycarrier perlu berfungsi di dalam perpaduan dengan tubuh anda jadi ianya seles untuk anda dan bayi.

7. Mudah untuk dibersihkan

Carrier yang boleh dicuci di dalam mesin basuh adalah yang paling ideal berikutan parents tidak perlu bekerja keras dałam mencari jalan bagaimana untuk mencuci dan mengekalkan kebersihannya.

8. Penggunaan yang mudah

Babycarrier dicipta untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang jadi dengan membeli satu carrier yang mana mudah untuk digunakan adalah sangat penting.

9. Ringan

Menggendong bayi dalam masa yang panjang boleh jadi penat, jadi menggunakan carrier yang ringan tidak akan menambah lebih berat pada tubuh anda yang kepenatan.

8 Carrier Baby Terbaik

Babycarrier yang berstruktur lembut adalah yang paling banyak di pasaran sekarang ini. Ia direka untuk fit di dalam semua kriteria yang boleh dengan beberapa rekaan yang berbeza sedikit sebanyak di antara setiap jenama. Teknologi tinggi telah bergabung dalam menghasilkan product yang paling sesuai untuk anda.

Kami senaraikan beberapa best baby carrier Malaysia untuk pilihan anda. Teruskan membaca untuk ketahui lebih banyak informasi dan perincian tentang setiap keunikan dan kelebihannya.

Carrier Baby Terbaik
Ergobaby Hip Seat Baby Carrier
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Memudahkan Proses Mendukung Dan Menurunkan Bayi
more info icon Beli di Zalora
i-Angel Hipseat Carrier
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Kualiti Dan Keselamatan Yang Terbukti 
more info icon Beli di Shopee
Chicco Hip Seat Carrier
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Kebolehan Menggendong Dari Pelbagai Sisi
more info icon Beli di Lazada
Mimosa Airplush 6-Way Hipseat Carrier 
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Material Yang Sejuk
more info icon Beli di Shopee
Mooimom Breathable Hipseat Carrier
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Keselesaan Bayi Menghadap Ke Hadapan
more info icon Beli di Shopee
Akarana Baby Piri Baby Hipseat
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Serba Guna
more info icon Beli di Zalora
Sweet Cherry SC660 Toredo Baby Carrier
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Mampu Milik Dan Berkualiti
more info icon Beli di Shopee
Baby Bjorn Baby Carrier One Air Cool
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Fabrik Tidak Panas
more info icon Beli di Shopee
Konny Baby Carrier Summer
Baby Carrier Terbaik Dari Segi Mudah Dipakai
more info icon Beli di Shopee

Ergobaby Hip Seat Baby Carrier

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Memudahkan Proses Mendukung Dan Menurunkan Bayi

Ergobaby Hip Seat Baby Carrier

Jenama Ergobaby merupakan pengeluar babycarrier yang sangat terkenal dan dipercayai. Ergobaby telah mengeluarkan pelbagai jenis babycarrier, dan ini termasuklah jenis hipseat.

Ergobaby Hip Seat Baby Carrier adalah penggendong yang baik untuk bayi atau kanak-kanak yang mula meneroka kerana memudahkan dari segi pemasangan dan pembukaan. Jadi ibu ayah boleh mendukung si manja dan mudah menurunkan bayi dengan mudah ketika mereka ingin merangkak, bermain-main, atau berjalan-jalan.

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Mempunyai panel dan tali bahu yang empuk.
  • Tali pinggang yang diperbuat dari velcro
  • Tempat duduk berkusyen yang besar
  • Mempunyai hood untuk melindungi kepala si manja

Had umur/berat

  • 4 bulan sehingga 4 tahun
  • 5 hingga 20kg

Material

  • Air mesh

i-Angel Hip Seat Carrier

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Kualiti Dan Keselamatan Yang Terbukti 

i-Angel Hipseat Carrier

i-Angel bermula dengan masuk ke pasaran Jepun pada tahun 2009 dan telah menjalani banyak ujian keselamatan dan kualiti untuk memastikan produk mereka memenuhi standard tertinggi AS, Eropah, dan Asia.

i-Angel telah bersepakat untuk mengutamakan 4 aspek dalam rekaan hipseat carrier termasuklah ergonomik untuk pemakai, ergonomik untuk bayi, pemakaian yang versatil dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan lain seperti menyusukan bayi.

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Mempunyai tali keselamatan di belakang, dada dan pinggang pemakai.
  • Menyokong peha bayi hingga ke lutut dengan betul mencegah displasia pinggul selepas kelahiran.
  • Tempat duduk yang tidak licin.
  • Hood untuk melindungi kepala si manja.
  • Direka untuk memberi keselesaan kepada pemakai tanpa mengalami sakit pinggang dan bahu.

Had umur/berat:

  • 3-36 bulan
  • 3-20kg

Material:

  • Denim

Chicco Hip Seat Carrier

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Kebolehan Menggendong Dari Pelbagai Sisi

baby carrier terbaik

 

Chicco Hip-Seat Baby Carrier adalah hipseat carrier ergonomik dan pelbagai fungsi dengan alas tempat duduk dan pinggul yang boleh dibuka dan digunakan secara berasingan.

Hipseat carrier Chicco yang baru mempunyai asas yang kukuh dengan tempat duduk bayi yang lembut yang dapat digunakan secara asing atau digabungkan. 

Produk ini boleh digunakan dalam pelbagai posisi dan pada masa yang sama mengekalkan keselesaan kepada pengguna. 

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Mempunyai panel di bahagian atas untuk menampung kepala dan leher si manja.
  • Tali keselamatan yang boleh disilangkan untuk keselesaan dan lebih keselamatan.
  • Tubuh bayi disokong secara optimum dalam keadaan duduk yang semula jadi dan selesa.
  • Berat si manja diagihkan secara optimum di bahagian atas tubuh pemakai agar pemakai selesa tanpa mengalami sakit pinggang dan bahu.

Had umur/berat:

  • 3 bulan sehingga 3 tahun
  • Bergantung kepada jenis pemakaian, boleh pakai sehingga berat 15kg.

Material:

  • Poliester
  • Mesh

Mimosa Airplush 6-Way Hipseat Carrier 

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Material Yang Sejuk

Mimosa Airplush 6-Way Hipseat Carrier 

Mimosa Airplush 6-Way Hipseat Carrier direka dengan panel dalaman yang dilapisi sepenuhnya dengan AirPlush Mesh, yang dikendalikan oleh Kejuruteraan Jerman. Ia sangat sesuai untuk pemakai dengan gaya hidup aktif dan cuaca panas kerana materialnya yang sejuk.

Selain itu, produk ini boleh didapati dalam pilihan warna yang menarik! Nah, pasti sesuai jika si manja dipakaikan babycarrier terbaik ini.

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Pelapik tambahan pada tali bahu untuk keselesaan anda
  • Tali pinggang tebal untuk sokongan pengedaran berat badan, mengurangkan sakit belakang
  • Tali dada dan pinggang boleh laras
  • Pembukaan kaki empuk untuk keselesaan bayi anda
  • Tali pinggang besar untuk keselamatan tambahan

Had umur/berat:

  • 6.8kg-20kg
  • 4-48 bulan

Material:

  • Poliester
  • Mesh
  • 100% cotton

Mooimom Breathable Hipseat Carrier

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Keselesaan Bayi Menghadap Ke Hadapan

baby carrier terbaik

Mooimom Breathable Hipseat Carrier direka untuk si manja berada di bahagian depan hipseat supaya si kecil dapat duduk sepanjang hari dengan lebih selesa.

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Tali bahu lembut boleh laras tali lebar untuk pemakai
  • Direka untuk mengurangkan beban di bahu dan pinggang ketika mendukung bayi
  • Kerusi berbantal direkabentuk ergonomik untuk keselesaan si manja

Had umur/berat:

  • 3-36 bulan

Material:

  • 100% fabrik poliester 

Akarana Baby Piri Baby Hipseat

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Serba Guna

Sedang Mencari Carrier Baby Untuk Anak? Ini Senarai Baby Carrier Yang Ergonomik & Selamat Untuk Si Manja!

Akarana merupakan jenama pengeluar barangan ibu dan anak di New Zealand. Piri Baby Hipseat Carrier adalah babycarrier all-in-one yang lengkap di mana anda boleh menggunakannya sebagai hipseat, hipseat carrier atau penggendong bayi biasa. Ini adalah hipseat carrier bayi ergonomik yang bagus di pasaran dan telah direka mengikut piawaian keselamatan antarabangsa dengan sijil Eropah SGS EN13209-2: 2015.

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Tali strap berganda
  • Velcros lebar dengan buckle keselamatan
  • Tempat duduk 30 darjah dengan kain tidak licin
  • Sokongan leher disesuaikan untuk menyokong kepala dan leher bayi sepenuhnya

Had umur/berat:

  • 3 hingga 36 bulan atau sehingga 20kg

Material:

  • 100% Poliester and PU
  • Kapas

Sweet Cherry SC660 Toredo Baby Carrier

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Mampu Milik Dan Berkualiti

Sweet Cherry SC660 Toredo Baby Carrier

Sweet Cherry merupakan jenama pengeluar barangan ibu dan bayi yang terkenal dan mudah didapati di Malaysia dan sudah beroperasi selama 30 tahun.

Produk hipseat carrier keluaran syarikat ini rata-ratanya lebih mampu milik dan mempunyai kualiti yang baik.

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Memberi sokongan belakang tubuh dengan mengagihkan berat badan secara merata ke bahagian bawah badan dan bahu untuk mengelakkan masalah tulang atau postur.
  • Tali bahu yang boleh ditanggalkan untuk membolehkan bayi merasa selesa.
  • Strap keselamatan pada bahagian pinggang dan belakang pemakai.
  • Bayi duduk dengan baik dan tidak tergantung.

Had umur/berat:

  • 4 hingga 36 bulan 

Material:

  • 100% Polyester and PU
  • Cotton

Baby Bjorn Baby Carrier One Air Cool

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Fabrik Tidak Panas

Sedang Mencari Carrier Baby Untuk Anak? Ini Senarai Baby Carrier Yang Ergonomik & Selamat Untuk Si Manja!

Adakah anda selesa menggunakan baby carrier? Anda boleh mendapatkan keselesaan yang diingini dengan Baby Carrier One Air Cool yang direka ergonomik dengan jaringan 3D yang sejuk dan luas.

Tali pinggang yang kukuh dan tali bahu empuk akan Baby Bjorn carrier ini melegakan tekanan pada belakang dan bahu anda dan membolehkan pemakaian bayi dari bayi baru lahir dan sehingga umur tiga tahun.

Fabrik jaringan 3D unik yang dibangunkan khas untuk disesuaikan dengan bayi baru lahir sangat lembut, fleksibel dan cepat kering selepas dicuci. Jaring 3D memberikan kestabilan ada babycarrier, manakala fabriknya bernafas dan tidak panas apabila anda mengendonmg bayi. 

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Mematuhi piawaian keselamatan Eropah EN 13209-2:2015 dan ASTM F223 Amerika untuk babycarrier.
  • Dibangunkan dengan kerjasama pakar perubatan. Mudah digunakan dan memegang anak anda dalam kedudukan tegak yang memastikan laluan udara bebas, kebebasan pergerakan untuk kaki dan lengan mereka, dan sokongan yang baik untuk leher dan kepala mereka.
  • Mempunyai sokongan terbina untuk bayi yang baru lahir, dan sokongan kepala boleh laras yang mudah disesuaikan dengan bayi anda. Ia juga diklasifikasikan sebagai ‘sihat pinggul’ oleh Institut Displasia Pinggul Antarabangsa, dengan syarat ia digunakan mengikut arahan.

Had umur/berat:

  • 0 hingga 3 tahun

Material:

  • 100% Polyester with 3D Mesh

Konny Baby Carrier Summer

Baby Carrier Terbaik Dari Segi Mudah Dipakai

Sedang Mencari Carrier Baby Untuk Anak? Ini Senarai Baby Carrier Yang Ergonomik & Selamat Untuk Si Manja!

Baby carrier yang direka paling tidak menyusahkan! Anda hanya sarungkan Konny Baby Carrier seperti baju-T, tarik beberapa tempat untuk memastikan bayi muat pada kedudukan selamat dan kemudian masukkan bayi anda.

Konny Baby Carrier meniru pembalut atau anduh tradisional anda tanpa perlu melakukan sebarang balutan, direka untuk ibu bapa yang sedang mencari cara untuk mengurangkan sakit pergelangan tangan dan sakit pinggang ketika mendukung bayi mereka sepanjang masa, sambil memastikan keselamatan untuk bayi dan keselesaan serta kemudahan untuk ibu bapa untuk mengendong bayi.

Apa yang kami suka:

Ciri-ciri keselamatan:

  • Diperbuat daripada material sejuk, bernafas dan menyenangkan kulit anda dan bayi kerana ia diperbuat daripada jaringan satu lapisan. Ia adalah babycarrier yang sempurna untuk cuaca panas dan lembap. 
  • Fabrik elastik dengan selesa meregang dengan ketegangan, membebaskan pergerakan anda. Anda dan bayi anda akan mendapati ia sangat selesa ketika dipakai.
  • Fabrik ini meningkatkan kestabilan kerana ia sesuai dengan lekuk badan semasa membawa bayi anda, tanpa longgar.

Had umur/berat:

  • bayi baru lahir hingga kanak-kanak (max 20 kg)

Material:

  • Air mesh

Perbandingan Harga Best Baby Carrier Malaysia

Jenama Harga Pasaran (RM) Ukuran (cm) Berat Produk (kg) Berat Maksima Tanggungan (kg) Material
Ergobaby Hip Seat Baby Carrier RM679.15 132 (maksima pinggang) null 20 100% poliester
i-Angel Hip Seat Carrier RM329.00 72 – 112 (maksima pinggang) 0.829 20 100% kapas
Chicco Hip Seat Carrier RM559.92 32 (lebar) x 25 (panjang) x 20 (tinggi) 0.771 15 Poliester & fabrik mesh
Mimosa Airplush 6-Way Hipseat Carrier RM399.00 null null 20 100% poliester & kapas
Mooimom Breathable Hipseat Carrier RM174.26 123 (maksima pinggang) 0.460 20 100% poliester
Akarana Baby Piri Baby Hipseat RM239.00 17.5 (lebar) x 29(panjang) x 25 (tinggi) 1.05 20 100% poliester & PU
Sweet Cherry SC660 Toredo Baby Carrier RM199.00 null 0.800 19.9 100% poliester, PU & kapas
Baby Bjorn Baby Carrier One Air Cool RM270.00 null null 15 100% poliester
Konny Baby Carrier Summer RM189.99 2XS – 5 XL 0.16 20 Airmesh

Diharapkan semoga artikel ini bermanfaat buat parents yang mencari babycarrier terbaik jenis hip seat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 13 Baby Carrier Ergonomik Yang Mudahkan Ibu Ayah, Malah Si Manja Pun Selesa!

Baca juga:  Menggendong Bayi: 5 Baby Carrier Yang Bagus Untuk Bayi

Baca juga:  Penggendong Bayi: 6 Jenis Carrier Bayi Yang Ibu Ayah Paling Suka