BABY CARROT Berbahaya Untuk Bayi? Benarkah Ia Dicampur Dengan Klorin?

undefined

Dengar saja perkataan BAHAYA dan TAK SELAMAT, pasti ramai ibu-ibu yang cuak untuk meletakkan baby carrot dalam hidangan anak setiap hari. Namun, anda harus fahami betul-betul tentang isu ini supaya tidak tersalah tafsir

Baru-baru ini, tular di Facebook berkaitan baby carrot yang menjadi antara pilihan makanan kegemaran mak-mak dalam menyediakan makanan anak atas 6 bulan.

Kalau nak tahu, baby carrot ini sebenarnya lobak biasa yang selalu kita lihat di pasaraya. Cumanya, ia bersaiz kecil.

Terdapat dua jenis baby carrot iaitu:

baby carrot, bahaya baby carrot, lobak kecil, lobak mini, lobak saiz kecil, lobak saiz mini, mini lobak, lobak merah, sejarah baby carrot, khasiat baby carrot, bahaya baby carrot pada anak, puri lobak, puri baby carrot

1) Diambil ketika lobak tersebut menjadi besar dan matang. Senang cerita, petani petik lobak itu semasa saiznya masih kecil.

2) Diproses daripada lobak yang besar lalu dipotong menjadi saiz kecil supaya mudah untuk kanak-kanak makan.

Namun, terdapat satu post yang tular berkaitan baby carrot ini dan post itu memberitahu bahawa…

  • Baby carrot dihasilkan daripada lobak yang tak boleh dijual kerana bentuk asalnya ‘pelik’ lalu menyebabkan ramai orang tidak membelinya.
  • Keduanya, lobak tersebut dicuci dengan air bercampur klorin.

Sebenarnya, kedua-dua info ini adalah BENAR. Tapi ia perlu diperjelaskan supaya orang tak salah anggap dan takut nak makan lobak jenis ini.

Jadi, diharapkan selepas penerangan ini, anda lebih mudah faham dan tak rasa was-was.

Sejarah baby carrot

baby carrot, bahaya baby carrot, lobak kecil, lobak mini, lobak saiz kecil, lobak saiz mini, mini lobak, lobak merah, sejarah baby carrot, khasiat baby carrot, bahaya baby carrot pada anak, puri lobak, puri baby carrot

Sekitar tahun 1986, kebanyakan lobak yang tumbuh mempunyai bentuk yang pelik dan terpaksa dibuang atau diberi makan pada haiwan ternakan.

Atas sebab itu, 30% sahaja hasil tanaman lobak dapat dijual oleh para petani.

Namun muncul seorang petani bernama Mike Yurosek mencuba kaedah baru iaitu lobak yang pelik itu diambil dan dipotong menjadi lobak kecil. Sekaligus, ia lebih mudah dimakan seperti makanan ringan yang dijual di pasaraya.

Setelah lobak mini tersebut semakin popular dan dikenali, dia membeli mesin bagi memudahkan potongan lobak dibuat mengikut saiz dua inci sama seperti yang anda lihat sekarang.

Jadi, benar dakwaaan bahawa lobak tersebut dihasil daripada bentuk yang tak cantik tetapi kandungan di dalamnya adalah sama seperti lobak biasa.

Benarkah baby carrot direndam dalam air klorin?

baby carrot, bahaya baby carrot, lobak kecil, lobak mini, lobak saiz kecil, lobak saiz mini, mini lobak, lobak merah, sejarah baby carrot, khasiat baby carrot, bahaya baby carrot pada anak, puri lobak, puri baby carrot

Kredit: Huff Post

Ya benar, lobak kecil ini direndam dalam air klorin.

Tapi sebenarnya, kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran direndam dalam air klorin untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan seperi E-Coli dan Salmonella.

Namun, ia direndam dalam air klorin dengan tahap yang paling rendah. Kemudian, ia dibilas dengan air bersih.

Jadi anda perlu tahu kepekatan klorin yang digunakan adalah jauh lebih rendah dan selamat yang telah ditetapkan oleh FDA (Food and Drug Administration).

Kesimpulannya, baby carrot adalah selamat untuk dimakan, rendah klorin dan mempunyai khasiat mineral serta vitamin yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 Sumber: Root Of Science

Baca juga: 10 Kandungan Berbahaya Dalam Makanan, Jangan Beri Pada Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!