Menurut Ahli Neurosains, Bacalah dengan CARA INI untuk Menghasilkan Anak Yang Bijak

lead image

Ya, ada cara yang betul untuk membaca kepada anak anda, terutamanya jika anda ingin menghasilkan anak-anak yang bijak dan berjaya. Ianya sangat mudah, anda pasti kagum! Teruskan membaca.

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berharap untuk memupuk tabiat yang bagus di dalam diri anak-anak. Sama ada dengan menggalakkan aktiviti fizikal atau menjadikan mereka lebih bertanggungjawab tentang tugas-tugas yang bersesuaian dengan umur mereka.

Untuk kebanyakkan ibu bapa, tabiat yang selalu mendahului senarai ini adalah ‘membaca’. Dan, kenapa tidak? Walau bagaimanapun, menurut laporan ini, terdapat beberapa cara tertentu yang ibu bapa perlu buat ketika membacakan buku kepada anak-anak mereka.

Menurut Neurosains, hanya membaca semata-mata kepada anak anda tidak mencukupi. Apa yang lebih penting adalah untuk membaca BERSAMA-SAMA mereka. Membaca kepada si kecil dengan cara ini akan membentuk empati intelek yang lebih besar dan membantu mereka menjadi lebih berjaya.

Melihatkan kepada realiti yang kebanyakkan ibu bapa sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan anak mereka menjadi individu yang berjaya, ini tidaklah kedengaran seperti menuntut terlalu banyak kerja, kan?

Sebagai permulaan, bacalah kepada anak anda. Itu adalah asas penting. Biarkan mereka terlekat dengan tabiat membaca, dan dibacakan, sejak dari kecil lagi. Seterusnya, bacalah bersama dengan anak anda. Sekadar membaca kepada anak-anak adalah perkara paling minimum, kata Neurosaintis Erin Clabough di dalam laporan ini.

Sebaliknya, bacalah bersama mereka. Sudah tentu, ianya memakan lebih banyak masa. Tetapi, ia sudah pasti lebih berkesan. Kebanyakkan ibu bapa membaca kepada anak mereka ketika masuk tidur dengan tujuan untuk membuatkan mereka mengantuk atau menyelesaikan senarai bacaan sekolah. Tetapi, adakah itu sahaja yang kita mahukan?

 Menurut Ahli Neurosains, Bacalah dengan CARA INI untuk Menghasilkan Anak Yang Bijak

Source: Pexels.com

Kita boleh dapat lebih daripada itu, membaca boleh menjadi sangat menyeronokkan, memperkayakan lagi hubungan dengan anak anda, akan menaikkan nilai  harga diri dan kemahiran berkomunikasi mereka dan membuatkan mereka lebih bersifat empati. Berikut adalah beberapa manfaat membaca yang anda mungkin tidak pernah tahu:

  • Kecemerlangan akademik: Secara amnya, membaca meningkatkan kemahiran untuk belajar pada anak-anak kecil dan kanak-kanak tadika. Ia sangat logik. Jika seorang anak itu tidak mahir dengan huruf dan perkataan, bagaimana kita boleh mengharapkan dia untuk menggabungkan perkataan menjadi ayat? Jika anak itu tidak boleh membaca ayat, dia akan bergelut dengan matematik, sains dan sains sosial di sekolah. Semakin bersedia anak itu, semakin kurang tekanannya untuk cemerlang di sekolah.
  • Memperbaiki kemahiran komunikasi: Dengan mendengar dan melihat interaksi antara watak-watak di dalam buku yang kita baca, anak kecil kita akan memperoleh pengajaran berharga dalam kemahiran berkomunikasi. Mereka akan lebih mudah untuk mengekspresikan diri mereka sendiri dan berhubung dengan orang lain di dalam cara yang sihat.
  • Membina kemahiran pemikiran logik: Apabila anak anda didedahkan kepada pelbagai senario di dalam buku, dia akan dapat memahami konsep, mengamalkan logik dan mengenali sebab dan akibat.
  • Disiplin dan tumpuan yang lebih baik: Tiada yang dapat memperbaiki penumpuan di dalam seseorang kanak-kanak melainkan dengan membaca. Walaupun pada mulanya ia mungkin satu tugas yang membuatkan mereka terpaksa bekerja keras, sebaik sahaja dia mula mahir dalam membaca, penumpuan dan disiplinnya akan bertambah baik secara automatik.

Buku mempunyai kuasa untuk memberi manfaat kepada manusia, tidak kiralah betapa muda atau tua mereka itu. Sebagai ibu bapa, membaca kepada anak anda dan membaca BERSAMA-SAMA dengan anak anda merupakan salah satu hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepadanya. Selamat membaca!