Bagaimana ingin hamil akan bayi lelaki

lead image

Jika anda berharap untuk menambah seorang bayi lelaki comel ke dalam keluarga, berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu dalam mencapai matlamat anda itu!

Apabila ditanya tentang apakah jantina yang digemari oleh pasangan untuk bayi mereka, jawapan pada biasanya akan mengatakan jantina adalah tidak penting – asalkan bayi tersebut sihat.

Walaupun jantina tidak boleh menentukan kasih sayang anda kepada bayi anda itu, namun ada kalanya, anda mengingini bayi comel lelaki – misalnya, jika anda sudah mempunyai seorang anak perempuan dan anda ingin membina keseimbangan dalam rumah.

Namun, jika anda memang mengingini seorang anak lelaki, berikut adalah beberapa tips hebat untuk menambah peluang anda:

1. Ketahui kitaran anda

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/2 300x199.jpg Bagaimana ingin hamil akan bayi lelaki

Sesiapa yang cuba untuk hamil pada kebiasaannya akan menumpukan perhatian sepenuhnya pada kitaran mereka. Walau bagaimanapun, jika anda mengharapkan bayi lelaki; perkara ini akan menjadi lebih penting!

Kunci utama untuk hamil bayi lelaki adalah dengan menyemai benih berdekatan dengan waktu subur (ovulasi) anda.

Walaupun sperma yang dihasilkan oleh lelaki (kromosom Y) bergerak laju, namun ia juga mudah mati dengan cepat. Manakala sperma yang dihasilkan oleh wanita pula (kromosom X) mampu menandingi dan mengambil masa untuk melekat dengan sel telur.

Jika anda bersenggama ketika atau hampir dengan waktu subur, anda telah memberi peluang kepada sperma sang lelaki untuk sampai ke telur terlebih dahulu.

Tip Berguna: Peka dengan tubuh badan anda. Ketika kitaran pertengahan, anda mungkin akan mengalami pelepasan telur putih (lendir serviks) yang melekit – melambangkan ovulasi (waktu subur) akan mengambil tempat dalam tempoh 1-2 hari.

Sesetengah wanita juga berpeluang untuk merasakan tusukan kesakitan di ovari kerana telur akan dilepaskan.

2. Berapa dalam cinta anda?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/4 300x200.jpg Bagaimana ingin hamil akan bayi lelaki

Jika anda inginkan anak lelaki, katakan selamat tinggal kepada posisi misionari (missionary) – dan jadi lebih kreatif! Hal ini sejajar dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Landrum B. Shettles, MD, PhD.

Kaedah Shettles ini telah menetapkan sebuah kaedah semulajadi yang paling berkesan untuk pemilihan jantina anak – dengan menggabungkan kitaran haid wanita, posisi hubungan seksual dan waktu persetubuhan.

Tusukan yang lebih mendalam ketika senggama akan memasukkan zakar dengan lebih dekat pada rahim anda – dan juga sel telur.

Cuba dudukkan pasangan anda, anda pula berdiri, atau anda perlahan-lahan merangkak ke atasnya, untuk tusukan yang lebih mendalam.

Walaupun kaedah Shettles ini dikatakan hanya berkesan sebanyak 75%, namun seorang jururawat berdaftar Kanada – Pat Buie, mengatakan kaedah Shettles telah dimasukkan ke dalam pelan pemilihan jantina yang dijalankannya, dan mendakwa kadar kejayaan naik sehingga 95%.

 

3. Carta Kuno Cina (untuk jantina)

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/3 300x199.jpg Bagaimana ingin hamil akan bayi lelaki

Carta Kuno Cina untuk ramalan jantina adalah salah satu panduan berguna yang telah digunakan selama berabad dahulu – sehingga dakwaan mengatakan ia 99% tepat.

Carta kuno cina untuk jantina ini digunakan dengan cara menggabungkan usia si ibu dan bulan harapan si ibu untuk hamil, untuk menentukan jantina bayi.

Jika pengiraan ini dimulakan dari belakang, anda akan dapat menentukan bulan terbaik untuk hamil – malah hamil dengan bayi lelaki.

4. Mewujudkan persekitaran yang tepat

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/5 300x200.jpg Bagaimana ingin hamil akan bayi lelaki

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki akan subur dalam persekitaran alkali, maka hasilkan persekitaran ini untuk mereka dengan mengikuti diet sihat tersebut:
– Minum smoothie hijau yang segar setiap hari
– Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang bersifat alkali
– Elakkan makanan yang diproses dan gula.

Menurut kajian yang telah disebut oleh WebMD, didapati bahawa bakal ibu hamil yang gemar menikmati sarapan pagi bijirin dan diet yang kaya dengan kalium lebih cenderung untuk hamil dengan bayi lelaki.

Walaupun begitu, pakar-pakar telah memberi amaran mengatakan bahawa hal ini masih tidak jelas – kecelaruan sama ada peningkatan kalori atau kalium yang menghasilkan keputusan sedemikian.

Selain itu, adalah berbaloi untuk mengambil perhatian tentang klimaks yang boleh mengubah tahap pH dalam badan anda. Maka ini adalah peluang yang bagus untuk menempatkan diri anda dahulu – dengan menggalakkan suami anda membantu anda mencapai klimaks terlebih dahulu.

5. Belikan seluar boxer untuk jejaka anda

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/6 300x221.jpg Bagaimana ingin hamil akan bayi lelaki

Seluar boxer lebih sejuk daripada seluar dalam jenis brief, lalu ia membenarkan bahagian intim lelaki (si zakar) lebih bebas, dan membenarkan sperma disimpan dalam suhu yang tepat.

Si jejaka anda juga tidak seharusnya mandi mandian panas atau duduk dengan komputer riba di atas ribanya – kerana hal ini akan memanaskan sperma, mengakibatkan ia bergerak lebih perlahan.

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki ini juga mungkin tidak akan berjaya sampai ke sel telur. Walaupun kaedah ini amat disyorkan untuk proses kesuburan secara keseluruhannya, namun ia juga amat bermanfaat untuk sperma kromosom Y yang lemah.

6. Berikan si jejaka perangsang bersifat kafein!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/7 300x198.jpg Bagaimana ingin hamil akan bayi lelaki

Walaupun tiada bukti saintifik, namun ramai wanita mendakwa mereka mencapai klimaks yang hebat selepas membuatkan kopi kepada pasangan mereka – sebelum melakukan hubungan seks.

Mungkin kafein yang terkandung dalam kopi membantu menambah kepantasan sperma hingga ke “garisan penamat”. Menurut Dr Shettles, secawan kopi yang kuat untuk jejaka anda sebelum anda “sibuk bersenggama” mampu membantu kromosom Y untuk menjadi lebih aktif.

Bagaimana pemilihan jantina terbentuk

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/8 300x225.jpg Bagaimana ingin hamil akan bayi lelaki

Seorang ibu akan membawa genetik XX, dan akan menyumbang satu kromosom X kepada bayi. Manakala seorang ayah pula akan membawa genetik XY, dan dengan itu boleh menyumbang sama ada kromosom X atau Y.

Oleh sebab setiap ibu bapa akan menyumbang separuh daripada DNA mereka kepada DNA bayi, maka sperma adalah sebuah faktor penentu dalam menentukan jantina seorang bayi.

Semasa persetubuhan, lebih daripada 200 juta sperma telah dipancutkan – di mana ia mengandungi gabungan kedua-dua kromosom X dan Y. Salah satu daripada sperma itu diharapkan berjaya sampai ke rahim anda, dan membenih.

Walaupun tiada jaminan, selain daripada kaedah perubatan moden terkini yang menawarkan tahap kebarangkalian yang tinggi – namun kaedah semulajadi ini ternyata masuk dek akal, dan diamalkan oleh ramai orang.

Walaupun ia mungkin tidak berkesan, anda akan bergembira kerana telah mencuba – dan walaupun anda tidak berjaya hamil akan bayi lelaki, anda pasti tetap akan menyayangi bayi perempuan anda sedalamnya.