Pada zaman teknologi ini anak-anak tidak akan terlepas dengan gajet, termasuk anak saya. Saya juga memberi kebenaran kepada anak saya untuk luangkan masanya dengan gajet. Namun saya tetap awasi apa yang ditonton dan hadkan masa menonton.
Selain daripada gajet, saya suka membeli mainan untuk anak. Mainan tersebut bukanlah sekadar untuk bermain tetapi ia adalah untuk perkembangan anak-anak.
Perkara paling penting dalam mengajar anak ialah:
1. Jangan Kedekut Untuk Anak!
Kalau kedekut, tiada apa yang boleh dilakukan. Kita boleh berbelanja untuk perkara yang kurang penting dan tidak perlu tetapi kita tidak boleh berbelanja untuk peningkatan perkembangan anak?
2. Kenali Minat Anak
Macam anak saya minat bola, warna-warna dan bentuk-bentuk, jadi saya akan beli mainan yang berkaitan. Saya tidak akan biarkan anak bermain sendirian tetapi saya juga cuba luangkan masa untuk bermain bersamanya. Kita boleh menyebut warna dan bentuk yang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan anak-anak.
3. Ganjaran dan Hukuman
Dalam mendidik kita perlu seimbang. Dalam Al-Quran juga Allah sering beri khabar-khabar indah. Allah juga berikan amaran-amaran keras. Ada ganjaran. Ada hukuman. Ganjaran tidak semestinya barang berharga, kita boleh beri apa yang anak minat namun tidak melampaui batas dan had. Begitu juga hukuman, kita tidak perlu sakitkan fizikal anak-anak, namun kita hanya perlu mainkan emosi anak-anak sahaja. Sebagai contoh bila anak buat kita marah, kita tidak perlu ikut kehendak dia pada waktu itu iaitu ganjaran tadi.
Antara bahan yang saya gunakan untuk anak:
1. MAINAN
Antara mainan yang saya beli untuk anak:
-
Montessori fun busy book
-
Wooden knock balls
-
Rock-a-stack
-
Roll slide ball
-
Geometry puzzle shape blocks
-
Shape matching game
2. APLIKASI
-
-
Durioo+
Untuk aplikasi buat tontonan anak, saya tidak lagi menggunakan Youtube mahupun Youtube kids, tetapi saya gunakan aplikasi Durioo+ yang menawarkan kandungan kartun dan rancangan berunsur islamik untuk kanak-kanak dan diasaskan oleh Sinan Ismail.
-
Good Rizqi
Dalam aspek ganjaran dan hukuman, saya gunakan aplikasi Good Rizqi untuk mengawal emosi anak. Good Rizqi adalah gabungan kaedah parenting Islamik & Moden yang dipraktikkan menggunakan aplikasi khas di telefon pintar.