Bayi 8 bulan kritikal lepas jatuh dalam air ketika main dengan baby walker

Kadang-kadang bayi boleh 'terlajak' tolak baby walker hingga berlaku kecederaan yang parah seperti kejadian ini!

Pertama kali bayi naik baby walker, pasti ibu dan ayah rasa teruja. Hari pertama mungkin anda sedikit berwaspada. Tapi hari berikutnya anda kurang pantau. Sedangkan ada bahaya baby walker yang tak pernah kita sangka! 

Memang benar, baby walker membantu dan menyokong bayi untuk berjalan. Tapi, ia tetap ada bahaya baby walker yang kita tak perasan jika kita tidak melaluinya sendiri.

Ini yang terjadi pada sebuah keluarga ini hingga ia jadi mimpi ngeri yang tak akan dilupakan. 

Bahaya baby walker: Bayi 8 bulan hampir lemas dalam air dan kini dalam keadaan kritikal!

bahaya baby walker, baby walker, risiko baby walker, walker bayi, risiko bila anak naik baby walker, baby walker mengundang bencana, keburukan naik baby walker, keburukan baby walker

Ketika kejadian ini berlaku, bayi malang tersebut bersama-sama dengan keluarganya dalam majlis BBQ di sebuah apartmen mewah. 

Menurut laporan media Hong Kong, kanak-kanak itu dilihat sedang bermain dan berjalan-jalan dalam baby walkernya. Dia begitu seronok mengemudi  baby walker itu dengan bergerak ke sana sini.

Namun akibat itu, bayi malang tersebut terjatuh dalam kolam di hadapannya. Dikhabarkan kolam itu mempunyai air cetek dengan kedalaman 2 inci.

Bayangkan, kepala bayi itu terbalik ke bawah dan kaki ke atas. Keseluruhan mukanya berada dalam air! Ketika kejadian, sesiapa pun tidak melihat bayi tersebut sudah lemas dalam air kolam, hinggalah ibu bapanya perasan dalam beberapa minit.

Rakaman CCTV menunjukkan bayi tersebut jatuh dalam kolam selama 7 minit. Lamanya! Tambahan pula dia masih bayi. Apa yang dia boleh buat untuk selamatkan diri? Kasihan. 

Kemudian, ibu bapanya segera hantar bayi tersebut ke Hospital Queen Elizabeth. Ketika dihantar ke hospital, dia dalam keadaan kritikal dan parah. 

Lihat video kejadian yang dilakon semula: 

Ibu bapa perlu peka terhadap bahaya baby walker 

Ramai ibu bapa percaya baby walker ada banyak kebaikan kerana bayi akan rasa seronok duduk dalam baby walker dan belajar berjalan.

Terkedek-kedek saja si kecil bermain dengan baby walker itu. Comel! Ibu pun senang nak buat kerja rumah bila bayi duduk diam dalam baby walker sambil tersenyum tanda seronok.

Walaubagaimanapun, ibu bapa perlu peka terhadap bahaya baby walker ini kerana kejadian yang tak disangka boleh berlaku pada bila-bila masa. Contoh bahaya baby walker seperti bayi terjatuh darinya, terlanggar benda tajam, jatuh dalam kolam dan lain-lain. 

Sebilangan pakar pediatrik juga mengatakan penggunaan baby walker ini akan membantutkan perkembangan bayi untuk berjalan. Sedangkan bayi mula belajar jalan sekitar umur 12 bulan dan boleh berjalan tanpa sokongan pada umur 16 ke 17 bulan. 

bahaya baby walker, baby walker, risiko baby walker, walker bayi, risiko bila anak naik baby walker, baby walker mengundang bencana, keburukan naik baby walker, keburukan baby walker

kredit: babyens.com.ua

Tips peringatan untuk ibu bapa 

1. Jangan tinggalkan bayi bermain dengan baby walker secara bersendirian tanpa pengawasan dari anda. Mata ibu perlu terarah pada bayi jika dia sedang naik baby walker.

Ini kerana bayi cepat saja menolak  baby walker itu tanpa tahu ada bahaya yang tersembunyi. 

2. Sila semak keterangan yang ada pada produk baby walker itu. Pastikan ia selamat dan sesuai dengan berat dan ketinggian bayi. 

3. Bahaya baby walker juga boleh berlaku jika bayi tercekik permainan kerana ada baby walker yang dijual dengan permainan. Sebaiknya beli yang kosong tanpa permainan atau mainan itu sudah dilekat dan tak boleh dicabut. 

4. Pastikan baby walker itu selamat dan tiada risiko yang boleh menyebabkan bayi tercedera. 

5. Jauhkan anak bermain berdekatan dengan tangga, kolam air atau kawasan yang bercuram dan bertembok.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia