Budak 4 Tahun Kritikal, Badan Penuh Dadah Selepas Ikut Bapa Saudara Ke 'Suatu' Tempat

Bahaya dadah tidak hanya pada orang dewasa, malah kanak-kanak. Seorang budak 4 tahun dikejarkan ke hospital selepas badannya lemah dan pucat

Bahaya dadah sememangnya turut diambil enteng oleh sesetengah individu. Walhal, mereka tahu dan peka tentang penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan juga fizikal seseorang itu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kanak-kanak berusia empat tahun kritikal akibat dadah
  • Bahaya dadah, bapa saudara ditahan pihak polis
  • Apa itu dadah jenis Methamphetamine?

Kanak-kanak berusia empat tahun kritikal akibat dadah

Semalam (19 Jun), satu berita yang mengejutkan rakyat Malaysia telah dilaporkan apabila seorang kanak-kanak berusia empat tahun kini berada dalam keadaan yang kritikal akibat terdapat kandungan dadah di dalam badannya.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) setelah dibawa oleh ibunya pada jam 5 pagi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan bahawa mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.

Pihak polis mengatakan bahawa siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.

Bahaya dadah, bapa saudara ditahan pihak polis

Pihak polis turut menahan lelaki yang berusia 30 tahun dan merupakan bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut untuk melakukan soal siasat. Walau bagaimanapun, suspek menafikan telah memberi dadah kepada mangsa.

Hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati suspek positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dengan dadah.

Permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, jelas pihak polis.

bahaya dadah

Apa itu dadah jenis Methamphetamine?

Untuk pengetahuan umum, dadah jenis Methamphetamine (juga dikenali sebagai meth, crystal, chalk, dan ice, antara lain) kebiasanya dipreskripsikan untuk program penurunan berat badan sebagai terapi alternatif.

Menggunakan chalk untuk masa yang lama boleh menjadi risiko penyalahgunaan. Tambahan pula, menggunakan dadah methamphetamine dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba dan kerosakan kardiovaskular yang serius. 

Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada ibu ayah yang lain agar tidak terlalu mempercayai orang sekeliling termasuklah ahli keluarga sendiri. Diharapkan agar mangsa segera sembuh dan sihat seperti sedia kala. Amin!

Kredit gambar: Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi 22 Bulan Maut Apabila Kereta Sorong Dinaikinya Dilanggar ‘Pemandu Dadah’

Baca juga:  Marah ditegur hisap dadah, anak kerat 6 bapa sendiri!

Baca juga:  Bau Bayi Baru Lahir Boleh Buat Ibu Lebih Gembira Dan Ketagih Macam Dadah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!