Teknologi gadjet ganggu kesihatan ibu hamil dan menjejaskan bayi dalam kandungan!

Kini, semuanya di hujung jari bila ada telefon mudah alih tapi sebenarnya ia tak bagus digunakan ibu mengandung. Kenapa agaknya?

Cuba bayangkan kalau kita tak ada telefon untuk sehari. Rasa macam nak gila dan jiwa raga rasa tak tentu arah, betul tak? Terutama jika anda gila gadjet. Sebab itu kita memang tak boleh berpisah dengan telefon mudah alih ini.

Ada saja benda yang kita nak tahu dan ada saja benda yang kita nak update di sosial media. Jadi, pendek kata manusia sekarang memang perlu ada telefon bimbit untuk memudahkan urusan seharian.

Tapi pernah tak anda terfikir tentang bahaya gadjet untuk ibu hamil?

Terdapat satu kajian dijalankan pada telefon bimbit iaitu kesannya pada sebelum dan selepas bersalin. Didapati terdapat risiko pada perkembangan bayi dari sudut masalah tingkah laku jika bayi didedahkan dengan telefon bimbit sejak awal.

Sama ada anda sedang mengandung atau sudah selamat melahirkan bayi, adakah anda tahu bahaya telefon bimbit ini pada bayi? 

bahaya gadjet untuk ibu hamil, bahaya gadjet ketika mengandung, bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan, bahaya telefon mudah alih pada kesihatan ibu dan bayi, bahaya gadjet pada kandungan

Kredit: Huffington Post

Bahaya gadjet untuk ibu hamil: Nasihat dari pakar 

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Epidemiology and Community Health berkata telefon bimbit yang digunakan sebelum dan selepas bersalin penyebab kepada risiko masalah tingkah laku anak seperti hyperaktif, daya tumpuan lemah dan tidak mampu bersaing dengan rakan-rakan apabila sudah bersekolah nanti. 

Berdasarkan kajian daripada beberapa pakar, seperti Leeka Kheifets, PHD yang juga merupakan seorang profesor dalam bidang epidemiologi di UCLA School, beliau menjelaskan, terdapat teori berkaitan isu ini yang kita tidak tahu.

Hal ini kerana pengaruh telefon bimbit agak meluas terhadap janin jadi kita tidak jelas bagaimana ia boleh mempengaruhi tumbesaran janin dalam kandungan. 

Manakala Devra Davis pula meminta ibu bapa mengambil berat soal radiasi telefon bimbit pada janin.

Dalam buku tulisannya, dia mengatakan terdapat benda-benda yang disembunyikan di sebalik pembuatan telefon bimbit dan bagaimanakah cara betul untuk melindungi keluarga dari bahaya ini.

Oleh sebab itu, pihak bertanggungjawab sedang menangani isu dan risiko telefon bimbit terhadap perkembangan bayi. 

bahaya gadjet untuk ibu hamil, bahaya gadjet ketika mengandung, bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan, bahaya telefon mudah alih pada kesihatan ibu dan bayi, bahaya gadjet pada kandungan

Bahaya gadjet untuk ibu hamil: Langkah-langkah menangani 

Tips untuk ibu hamil menggurangkan penggunaan telefon bimbit: 

  • Menggunakan telefon bimbit ketika perlu atau emergency sahaja. 
  • Pastikan telefon mudah alih tidak kerap di matikan kerana terus memancarkan radiasi walaupun tidak digunakan.
  • Jika terdapat panggilan masuk, guna earphone atau headset agar telefon jauh dari telinga. 
  • Meletakkan telefon bimbit berdekatan anda juga bahaya, seperti letak dalam poket atas baju yang dekat dengan payudara. Sebaiknya letakkan dalam beg supaya tidak dekat dengan kulit badan. 

Fakta: 

  • Pengguna telefon bimbit di Malaysia merupakan ketiga tertinggi di Asia Pasifik, laporan dari firma kajian pengguna Nielsen. 
  • Dilaporkan, rakyat Malaysia memiliki lebih dari satu telefon pintar iaitu 47%  malah penggunaan telefon pintar kian meningkat di rantau Asia Pasifik. 
  • Dengan kuantitinya dan kekerapan mengguna. Rakyat Malaysia tak sedar risiko penggunaan pada kesihatan. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeHmetro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-ketagih-gadget

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!