BAHAYA: Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Korek Telinga Anak Anda Lagi!
Percayalah, putik kapas amat berbahaya! Ia telah mengakibatkan lebih daripada 263,000 orang kanak-kanak dimasukkan ke dalam wad kecemasan akibat kecederaan dalam telinga.
Rasanya, semua ibu bapa sudah tahu bahaya menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak anda.
Percayalah, putik kapas amat berbahaya dan ia telah mengakibatkan lebih daripada 263,000 orang kanak-kanak di Amerika Syarikat dimasukkan ke dalam wad kecemasan!
Kajian yang diterbit oleh Journal of Pediatrics menjelaskan ramai kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana kecederaan akibat putik kapas. Hingga kini, jumlah pesakit yang menderita akibat kecederaan ini semakin meningkat.
Pada tahun 2010, hampir 13,000 orang pernah tercedera akibat penggunaan putik kapas untuk mengorek telinga.
Pengarah Perubatan di Wad Kecemasan Cook Children’s, Dr Corwin Warmink berkata
Putik kapas, q-tips atau cotton swabs telah menyebabkan banyak kecederaan di wad kecemasan. Ia termasuklah kecederaan seperti hentaman dalam telinga, luka, pendarahan dalam telinga, risiko externa otitis dan trauma pada gegendang telinga!
Hampir 3/4 daripada kes kecederaan putik kapas terjadi kerana kegagalan untuk membersihkan telinga. Ia kemudiannya mengakibatkan pendarahan dan rasa tersangkut pada telinga. Dalam kebanyakan kes, putik kapas tersangkut dalam telinga kanak-kanak apabila mereka memasukkan ia sendiri ke dalam telinga untuk mengoreknya.
Tapi, ibu bapa harus lebih bertanggungjawab atas masalah ini.
Perlukah kita mengorek dan mencuci telinga?
Hampir 73% daripada kecederaan akibat putik kapas berpunca daripada niat untuk membersihkan telinga. Bayi yang baru lahir sering menjadi mangsa. Mengorek telinga dengan putik kapas umpama satu tabiat. Kita sukar untuk membuangnya.
Soalannya, perlukah kita mengorek dan mencuci telinga ini?
Dr. Ahmad Nordin, pakar ENT di Sabah menerangkan anda tak perlu mengorek dan mencuci telinga!
Mengapa?
Kerana telinga boleh membersihkan dirinya sendiri!
Dr. Kris Jatana, pengarang dan pakar telinga, hidung dan tekak di Hospital Kanak-Kanak Nationwide memberitahu – sebarang serumen (taik telinga) atau kekotoran dalam telinga akan keluar dengan sendiri dari bahagian saluran telinga.
Serumen akan dijumpai di bahagian 1/3 saluran telinga. Serumen bersifat kalis air. Jadi, jika anda mengoreknya keluar, telinga akan terdedah pada kulat atau bakteria. Serumen juga bersifat antibakteria dan antifungal. Ia adalah perlindungan semulajadi yang amat berkesan.
Lagi satu, kulit di bahagian saluran telinga amat nipis dan sensitif terhadap geseran. Jika anda selalu memasukkan putik kapas, kulit di saluran telinga mungkin akan rosak. Jangan masukkan sebarang objek dalam telinga anda!
Bagaimana ingin membersihkan telinga dengan selamat?
Tapi, jika anda tak mengorek telinga itu langsung, anda pasti akan merasai beberapa kesakitan seperti berdesing. Ya, taik telinga boleh berkumpul dengan banyak jika ia tak “jatuh” dengan sendiri.
Bagi individu dengan banyak taik telinga, anda boleh berjumpa doktor pakar. Doktor akan mengeluarkan serumen dengan mudah menggunakan campuran peroksida dan air lalu disuntik ke dalam telinga. Proses ini tak menyakitkan dan amat berkesan.
Untuk kanak-kanak, anda boleh membersihkan telinga mereka dengan menggunakan kain basah. Hanya cuci bahagian luar telinga. Apa yang pasti – jangan masukkan apa-apa ke dalam telinga mereka!
Semoga perkongsian ini membuka mata anda untuk berhenti daripada menggunakan putik kapas.
Bagaimana anda membersihkan telinga si manja anda? Kongsikan ia dengan kami!
Kredit gambar: The Bump
Sumber rujukan: Baby Center, The Bump, Healthy Hearing, Cook Children’s dan The Malaysian Medical Gazette