Ibu Anak Tiga Mati Lepas Digigit Hamster - Gigitan Hamster Bahaya Ke?

lead image

Siapa sangka haiwan yang kecil dan comel ini boleh menyebabkan ibu anak tiga ini maut. Ketahui bahaya hamster yang berlaku pada ibu ini.

Adakah gigitan hamster bahaya? Tragedi yang berlaku pada satu keluarga di Singapura ini telah mengejutkan kita semua tentang bahaya hamster.

Apa tidaknya, seorang ibu mati selepas digigit oleh hamster peliharaannya! Dia meninggalkan tiga anak perempuan berusia antara dua dan 10 tahun.

Bahaya hamster: Kematian ibu mengejutkan

Insiden ini dilaporkan oleh akhbar Cina Lianhe Zaobao. Ibu yang seorang bekas polis ini telah digigit semasa dia cuba untuk mengasingkan dua haiwan peliharaannya yang sedang bergaduh.

Pada awalnya, lidah dan tangannya terasa kebas selepas digigit. Ahli keluarganya kemudian menelefon ambulan.Apa yang mengejutkan, ibu ini kemudian koma dan meninggal pada 25 Mei lalu, enam hari selepas menjalani rawatan!

src=http://www.haustier news.de/wp content/uploads/2015/11/Hamster fuer Kinder.jpg Ibu Anak Tiga Mati Lepas Digigit Hamster   Gigitan Hamster Bahaya Ke?

Menurut laman Facebook Hamster Help Singapore, mangsa kemungkinan mati dari kejutan anaphalactic.

“Untuk orang yang ada alahan teruk, apabila mereka terdedah dengan benda yang mereka alah, mereka akan mengalami reaksi yang dipanggil anaphylaxis.

Hasilnya, sistem imunisasi mereka akan melepaskan kimia yang membanjiri badan dan menyebabkan kejutan anaphalactic yang membawa maut.

“Jika anda tak pasti dengan alahan anda, hati-hati apabila mengendalikan segala jenis haiwan.”

Jika hamster mengigit anda:

  • Basuh terus luka anda dan picitkan darah sebanyak mungkin untuk mengelak darah beracun.
  • Sembur/sapu iodine untuk membunuh bakteria
  • Anda boleh minta suntikan tetanus dari doktor untuk keselamatan

Bahaya hamster: Anaphylaxis dan kejutan Anaphylactic 

src=https://fitpeople.com/wp content/uploads/2018/10/como afectan las alergias e1540840199111.jpg Ibu Anak Tiga Mati Lepas Digigit Hamster   Gigitan Hamster Bahaya Ke?

Jika seseorang adaalahan (lebih-lebih lagi pada sengatan serangga, makanan atau beberapa ubat) penting untuk anda tahu yang kadang-kadang, mereka boleh mendapat reaksi alahan yang teruk.

Nafas mungkin akan berbunyi dan mereka sukar untuk bernafas. Tekanan darah boleh menuruh dan saluran pernafasan boleh menipis dan lidah menjadi bengkak.

Ini dipangi sebagai anaphylaxis atau kejutan anaphylactic dan ia berlaku secara tiba-tiba dan mengancam nyawa.

Faktor anaphylaxis dan kejutan anaphylactic yang serius:

  • pernah mengalami reaksi anaphylactic
  • alahan atau asma
  • mempunyai keluarga yang pernah mengalami anaphylaxis

Simptom anaphylaxis adalah:

  • sukar bernafas
  • tekak rasa ketat atau saluran udara rasa tertutup
  • sukar bernafas
  • suara serak atau susah bercakap
  • reaksi kulit
  • rasa panas
  • mual, muntah atau cirit
  • sakit otot
  • nadi lemah atau terlalu laju
  • bibir atau lidah bengkak
  • kesemutan pada tangan, kaki, mulit atau kulit kepala
  • hidung berair dan bersin
  • sukar menelan

Anaphylaxis memerlukan rawatan cepat kerana ia boleh menjadi teruk dengan cepat

src=https://media.istockphoto.com/photos/treating the allergic reaction with the epinephrine picture id876809176?k=6&m=876809176&s=612x612&w=0&h=O9Si8wr RQ72tbNX 1B9yDc5Ocf4Qy 4yTMnPRbXGro= Ibu Anak Tiga Mati Lepas Digigit Hamster   Gigitan Hamster Bahaya Ke?

Kerana ini, doktor selalunya menasihatkan orang yang mempunyai alahan teruk untuk membawa ubat bernama epinephrine. Jika mereka mengalami reaksi alahan serius, berikan suntikan epinephrine terus.

Setiap saat adalah berharga. Panggil ambulan jika seseorang kelihatan seperti akan dapat kejutan anaphylactic dan buat perkara ini sambil menunggu ketibaan ambulan:

  • Pastikan mereka dalam posisi yang selesa dan naikkan kaki mereka supaya darah mengalir ke organ penting.
  • Suntuk epinephrine.
  • Lakukan CPR jika mereka tak bernafas.

Mempunyai haiwan peliharaan memang menyeronokkan, tapi anda perlu berhati-hati dan ketahui tentang bahaya yang boleh terjadi pada anda atau lebih-lebih lagi pada anak anda.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal Jaya dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan

Baca juga:

Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!