Wanita ini buta sebelah mata kerana terlalu lama main game dalam smartphone!
Tahukah anda tentang bahaya main game terlalu lama di smartphone ini? Wanita ini hilang penglihatan selama-lamanya kerana asyik main game di hp setiap hari!
Bahaya main game terlalu lama dalam smartphone
Adakah anda salah seorang parents yang sering bermain smartphone apabila tidak sibuk dengan anak atau pekerjaan? Hari ini, kami akan mendedahkan berita tergempar tentang bahaya main game terlalu lama.
Anda pasti terkejut dan gerun untuk bermain telefon terlalu lama selepas ini. Perbuatan bermain smartphone itu tidak salah. Tapi ada parents yang sampai susah tidur malam sebab tak dapat selesaikan game dalam telefon.
Ada juga yang selalu menghabiskan masanya di hadapan smartphone, semata-mata sebab nak main game online seperti Mobile Legend!
Jika anda atau pasangan adalah salah seorang yang selalu main game di smartphone, mari ketahui apa bahaya main game terlalu lama.
Bahaya main game terlalu lama dalam smartphone – wanita ini buta sebelah mata!
Sebuah laporan dari media di China mendedahkan seorang wanita yang baru berusia 21 tahun telah buta sebelah mata kanannya gara-gara sepanjang hari bermain online mobile game, King of Glory.
Ketika dirawat di hospital, doktor mendiagnosis wanita ini menghidap central retinal artery occlusion. Ia adalah satu keadaan strok mata yang mampu menyebabkan anda buta secara kekal dan merosakkan mata selama-lamanya.
Kes ini sering berlaku dan menyerang individu yang selalu main game terlalu lama dalam smartphone, terutamanya ketika dalam gelap. Pernahkan anda dengar tentang sawan fotosensitif?
Sawan fotosensitif ini juga salah satu bahaya main game terlalu lama di hp, terutamanya jika dalam keadaan gelap dan kedudukan skrin terlalu dekat dengan mata anda.
Cara mencegah bahaya main game terlalu lama dalam hp
Selepas membaca kes ini, mesti banyak parents yang ingin melarang pasangan atau anak-anak dari menggunakan gadget kan? Tapi, jangan bertindak terburu-buru.
Perubahan gaya hidup dalam cara sederhana akan lebih mudah membantu anda mengatasi bahaya main game terlalu lama dalam hp.
Jadi, cuba buat 4 benda ini dulu sebelum anda mendadak meminta pasangan/anak berhenti main telefon.
1. Bataskan screen time
Ibu, kalau anda ingin membataskan screen time pada anak-anak, jangan lupa untuk buat pada diri sendiri juga, ya! Ini kerana anak-anak meniru aksi ibu bapa.
Jika anda juga sibuk bermain handphone, macam mana anak nak faham bahaya main game terlalu lama dalam handphone? Betul tak?
2. Tambah waktu bermain di luar
Perkenalkan pada anak-anak permainan yang seronok dan boleh dimain di halaman depan rumah atau di taman. Contohnya permainan Ting-Ting dan sebagainya.
Apabila anak aktif bermain di luar, mereka menyalurkan tenaga ke arah yang lebih baik. Tidaklah mereka asyik mahu main game di telefon!
3. Luangkan masa dengan anak/pasangan
Pastikan anda telah menyediakan masa untuk anak atau pasangan yang suka bermain telefon. Tidaklah mereka rasa tidak dipedulikan hingga mereka naik bosan.
4. Tetapkan peraturan 20 – 20 – 20
Ibu-ibu semua, anda kena bersifat realistik. Anda boleh mencegah bahaya main game terlalu lama, namun anda tidak mungkin mampu menghentikan perbuatan itu terus.
Apa yang harus anda lakukan adalah menetapkan peraturan 20 – 20 – 20. Apa itu??
Ha, peraturannya adalah dalam setiap 20 minit melihat skrin telefon, cuba palingkan muka anda selama 20 saat pada jarak 20 kaki (6 meter). Ia mampu membuatkan mata anda lebih relaks.
Semoga tips ini dapat mencegah bahaya main game terlalu lama dan mengelak kerosakan mata pada anda, pasangan atau anak-anak. Selamat mencuba!
Artikel disadur dari theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Suami Dan Anak Yang Suka Main Video Game Boleh Kena Sawan Fotosensitif!