Bahaya Ambil Makanan Mentah Ketika Hamil, Wanita Maut Lepas Makan Kerang

Pakar perubatan menasihatkan ibu hamil supaya lebih berhati-hati ketika mengambil sebarang makanan ketika hamil dan memastikan ia dikendali dengan bersih.

Ketika melalui fasa kehamilan, ada sesetengah makanan yang dilarang ambil oleh wanita mengandung kerana dibimbangi menjejaskan kandungan. Contohnya seperti bahaya makan kerang yang menyebabkan seorang wanita warganegara Thailand ini maut.

Wanita yang sedang hamil tujuh bulan ini mati di bilik sewanya selepas makan kerang kurang masak.

Setelah menikmati kerang tersebut, wanita ini mula mengalami sakit perut dan cirit-birit yang teruk hingga menyebabkan dia tidak dapat keluar bekerja dan mohon cuti sakit.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/oyster 1522835 960 720.jpg Ibu hamil jangan ambil 7 makanan ini, ia MEMUDARATKAN bayi anda...

Beberapa hari kemudian, jiran yang tinggal di sekitar bilik sewanya memberitahu mereka tidak nampak kelibat wanita ini.

Akibat bimbang tentang keselamatannya, jiran tersebut mengambil keputusan untuk menjenguk di sebalik sisi tingkap dan mendapati tubuhnya kaku tidak bernyawa!

Dia disyaki mati kerana cirit-birit yang teruk akibat keracunan makanan.

Profesor Madya Teerapong Chareewit dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Chulalongkorn mengingatkan orang awam supaya berhati-hati ketika makan kerang agar kejadian sama tidak berulang. 

Bahaya makan kerang, wanita hamil perlu peka kebersihan makanan 

bahaya makan kerang, kebersihan makanan, tahap kebersihan makanan, ibu hamil dilarang ambil makanan mentah, makan makanan mentah, makanan mentah, makan kerang, akibat makan kerang, kerana kerang, kerang, masakan kerang, makan kerang mentah, makan kerang separa masak, makan kerang separuh masak, makan kerang mentah, akibat makan kerang separuh masak, wanita mati makan kerang, wanita hamil mati makan kerang

Kredit : Sinar Harian

Apa yang berlaku kepada ibu Thai ini adalah peringatan untuk ibu hamil lain supaya mengelak dari ambil makanan mentah atau separa masak

Ingatlah ibu, walaupun makanan mentah itu kelihatan bersih, namun ia sebenarnya tidak kerana kita tidak tahu bagaimana ia dibasuh dan diproses

Begitu juga perkakas makanan yang digunakan. Adakah ia dikendalikan dengan baik? Adakah petugas restoran atau kedai makan itu mengikut amalan kebersihan yang optimum?

Bahaya makan kerang dan risiko ambil makanan mentah ketika hamil 

Ingin diingatkan semula, ibu hamil harus mengelak ambil makanan mentah kerana sumber makanan itu tidak bersih dan boleh membawa kepada cirit-birit yang teruk serta risiko lain seperti: 

bahaya makan kerang, kebersihan makanan, tahap kebersihan makanan, ibu hamil dilarang ambil makanan mentah, makan makanan mentah, makanan mentah, makan kerang, akibat makan kerang, kerana kerang, kerang, masakan kerang, makan kerang mentah, makan kerang separa masak, makan kerang separuh masak, makan kerang mentah, akibat makan kerang separuh masak, wanita mati makan kerang, wanita hamil mati makan kerang

Kredit : Bebek.com

Bahaya makan kerang & makanan mentah: Berikut petua makanan untuk ibu hamil 

  • Makanan mentah harus dikecualikan daripada diet termasuk produk makanan yang diperbuat daripada telur mentah seperti mayonis, sos hollandaise, ais krim, telur rebus, telur hancur atau icing kek.
  • Periksa label bahan di pasaraya sebelum membeli.
  • Sebarang bentuk daging seperti ayam, daging lembu, ikan, kerang, sushi harus dipastikan masak sepenuhnya dan bersih. 
  • Buah-buahan dan sayur sayuran perlu dibersihkan sepenuhnya bagi mengeluarkan zarah tanah. 
  • Elakkan makanan laut yang mengandungi merkuri tinggi
  • Tidak mengambil kafein terlalu banyak kerana ia boleh menyekat perkembangan bayi dalam kandungan. 
  • Juga elakkan minuman beralkohol dan rokok kerana boleh membantutkan tumbesaran si kecil. 

Bahaya cirit-birit ketika mengandung 

bahaya makan kerang, kebersihan makanan, tahap kebersihan makanan, ibu hamil dilarang ambil makanan mentah, makan makanan mentah, makanan mentah, makan kerang, akibat makan kerang, kerana kerang, kerang, masakan kerang, makan kerang mentah, makan kerang separa masak, makan kerang separuh masak, makan kerang mentah, akibat makan kerang separuh masak, wanita mati makan kerang, wanita hamil mati makan kerang

Kredit:kadinvekadin.net

Berikut beberapa petua tentang cara menjaga badan anda sekiranya mengalami cirit-birit semasa mengandung:

  1. Minum banyak air supaya tubuh tetap terhidrasi
  2. Elakkan minum susu segar, makanan dan minuman berkafein, makanan yang kaya lemak, makanan laut serta makanan yang sukar dicerna 
  3. Sekiranya cirit birit semakin teruk, dapatkan rawatan doktor segera dan makan ubat yang telah ditetapkan yang sesuai bagi wanita hamil. 
  4. Jangan panik dan cuba berehat sebanyak mungkin. 

Penyebab utama kematian semasa hamil 

Berikut merupakan beberapa sebab kematian wanita ketika hamil: 

  • Pendarahan selepas bersalin
  • Tekanan darah tinggi dan Eklampsiail. 
  • Dijangkiti patogen
  • Punca lain: Sama ada ibu penghidap HIV, kencing manis, anemia atau penyakit jantung secara tak langsung ia memburukkan lagi kehamilan dan menyebakan kematian. Kira-kira 28 peratus kematian berpunca dari ini. 

Justeru, bagi memastikan kehamilan berjalan lancar, ibu dan ayah seharusnya amalkan gaya hidup sihat  dan jika mengalami masalah kesihatan rujuk dengan doktor supaya mereka boleh membantu. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda di sepanjang tempoh kehamilan itu. Sayangi diri dan cintai janin dalam kandungan anda. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Selain Nenas, 12 Makanan Ini Juga Punca KEGUGURAN Yang Ramai Ibu Tidak Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!