Jururawat Ini Mengingatkan Ibu Bapa Tentang Bahaya Membedung Terlalu Ketat

Jururawat Ini Mengingatkan Ibu Bapa Tentang Bahaya Membedung Terlalu Ketat

Bayi memang gemar dibedung untuk mengekalkan suhu badan. Tapi ibu bapa selalu membedung dengan cara yang salah dan terlalu ketat hingga mencetuskan bahaya!

Bahaya bedung bayi terlalu ketat

Tentu ramai ibu bapa di luar sana sudah tahu tentang bahaya membedung bayi dengan cara yang tidak betul bukan?

Di antara sebabnya ialah, membedung cara yang salah boleh menyebabkan hip dysplasia (keadaan kaki tidak simetri), meningkatkan risiko Sudden Infant Death Syndrom (SIDS) atau kematian mengejut, serta perkembangan motor yang lambat.

Jururawat Ini Mengingatkan Ibu Bapa Tentang Bahaya Membedung Terlalu Ketat

Foto ehsan: Dcnews.bg

Walaupun bayi gemar dibedung untuk mengekalkan suhu badannya, tapi, cara bedung yang salah adalah bahaya untuk mereka.

Tapi baru-baru ini, seorang jururawat telah berkongsi panduan dan tips untuk semua ibu bapa.

Mari semak dengan apa yang dikatakan olehnya seperti di bawah:

Jururawat Ini Mengingatkan Ibu Bapa Tentang Bahaya Membedung Terlalu Ketat

Melalui pengamatannya, bayi lebih suka jika dibedung tapi tangan dilepaskan. Mereka lebih bebas. Jadi, dia menyarankan agar bedung dilonggarkan.

Mengingati kejadian sebelum ini di hospital di Indonesia, seorang ibu datang dengan bayinya yang berusia belum lagi 2 hari.

Bayi itu dibedung dengan ketat, pernafasan bayi itu berbunyi dan dia kuat merengek.

Semasa melepaskan kain bedungnya, tangan bayi itu terus terangkat dan menunjukkan tanda kejang (jari-jari kaku dan kejang).

Dan yang lebih kesian, ibu bapanya tidak sedar bayi mereka sudah kejang kerana tertutup rapi dengan bedung.

Ada baiknya mengapa cara bedung yang betul itu penting

Sebenarnya ada logiknya jika membedung itu tidak disarankan.

Jururawat Ini Mengingatkan Ibu Bapa Tentang Bahaya Membedung Terlalu Ketat

Foto ehsan: Sirap Limau

Ini kerana ketika dalam rahim ibu, bayi anda itu bebas menendang, bertinju, berpusing sesuka hati.

Kemudian setelah dilahirkan, semuanya tersekat kerana dibedung oleh kain yang ketat.

Jika tujuan membedung adalah untuk mengekalkan kehangatan, gunakan selimut atau baju yang lebih tebal.

Ibu bapa bayi tersebut mungkin membedungnya kerana risau untuk mendukung bayi yang belum kuat tulangnya. Jadi dengan membedung, mereka dapat menyokong bayi mereka. 

Jururawat Ini Mengingatkan Ibu Bapa Tentang Bahaya Membedung Terlalu Ketat

Malah ada yang membedung bayi kerana ingin kaki mereka lurus.

Sedangkan mengikut Beuh, skor Ballard, kaki bayi secara semula jadinya akan membengkok seperti kaki katak (frog like).

Tambahan, penggunaan sarung tangan akan mengehadkan ransangan saraf bayi untuk mengenali tekstur serta ransangan dengan kulit ibu.

Sebaiknya, kulit bayi bersentuhan dengan kulit ibu terutamanya ketika menyusu.

Jika memakai sarung tangan adalah untuk mengurangkan si kecil menggaru atau mencederakan diri, potong kukunya dan biarkan sahaja kerana itulah yang dilakukan sedari dalam rahim.

-Penggunaan foto bayi sudah mendapat izin ibunya.

Sumber: theAsianParent Indonesia, Facebook Nur’aini Uni Aini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Video Tutorial Cara Bedung Bayi Dengan Betul Untuk Mengelak Hip Dysplasia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner