Lambat Diberi Rawatan, Ibu Dengan Praeklampsia Ini Maut Lepas Bersalin

lead image

Ibu jangan ambil ringan jika didiagnosis dengan praeklampsia. Bahaya praeklampsia ini boleh membawa maut jika ibu tidak diberi rawatan dengan cepat!

Bahaya preeklampsia tak boleh dipandang remeh. Ibu mengandung yang menghidapi preeklempsia (atau praeklampsia dalam Bahasa Malaysia) perlu mendapat rawatan segera supaya apa yang terjadi pada ibu ini tak berlaku pada orang lain!

Bahaya preeklampsia: Ibu maut akibat kecuaian pihak hospital

src=https://www.gannett cdn.com/media/2018/05/02/USATODAY/USATODAY/636608624180815902 d mention seqn T preview.jpeg?width=640 Lambat Diberi Rawatan, Ibu Dengan Praeklampsia Ini Maut Lepas Bersalin

YoLanda Mention, ibu kepada tiga orang anak perempuan ini telah didiagnos dengan preeklampsia semasa anak pertama mereka lahir pada tahun 2007. Tapi, dia telah mendapat rawatan sepatutnya.

Selepas mendapat dua anak perempuan, YoLanda dan suaminya Marco Mention, berpindah ke Nesmith untuk tinggal berhampiran keluarga mereka.

Pasangan ini teruja bila dapat berita mereka akan memperoleh seorang lagi anak perempuan.  Sebelum dan semasa hamil, YoLanda mengambil pil tekanan darah untuk mengawal penyakit darah tingginya.

Tapi, ketika dia hampir sampai masa untuk melahirkan dan selepas anak bongsu mereka lahir, tekanan darah YoLanda naik mendadak!

Bahaya preeklampsia: “Kepala saya sakit sangat”

Beberapa jam selepas pasangan ini pulang ke rumah dengan bayi mereka, sakit kepala YoLanda tak hilang.

Apa yang mereka tak tahu, sakit kepala YoLanda adalah tanda bahaya preeklampsia bila digabungkan dengan tekanan darah tinggi selepas bersalin.

src=https://asianparent assets ph.dexecure.net/wp content/uploads/sites/11/2018/10/yolanda marco.jpg Lambat Diberi Rawatan, Ibu Dengan Praeklampsia Ini Maut Lepas Bersalin

Marco akhirnya mengejarkan YoLanda ke Hospital McLeod Regional semula kerana risau.

YoLanda beritahu staf kecemasan tentang bacaan darah tingginya dan mengatakan yang dia baru saja melahirkan anak. Dia juga turut mengadu tentang sakit kepalanya yang teruk.

Jururawat telah mengukur tekanan darah YoLanda. Tekanan darahnya mencecah 209/117, sangat-sangat tinggi!

Staf kecemasan telah menghantar YoLanda untuk membuat imbasan otak dan kemudian menyuruhnya menunggu di ruangan menunggu selama tiga jam tanpa mendapat rawatan pantas dari doktor.

“Sakit kepala saya dah sampai mata,” katanya pada Marco.

Selepas menunggu hampir empat jam, Yolanda menyuruh jururawat untuk mengambil bacaan darahnya sekali lagi dan ia masih tinggi dengan bacaan 216/104.

Ketika mereka menunggu doktor di bilik pemeriksaan, Marco melihat wajah isterinya menggeletar dan percakapannya jadi tak jelas. 

“Sayang, pandang saya. Pandang saya, sayang,” kata Marco.

Dia cuba untuk menyuruh Yolanda menggenggam tangannya. Tapi dia tak berjaya. Beberapa hari kemudian, YoLanda meninggal. Saluran darah pecah dalam otaknya.

Bahaya preeklampsia: YoLanda mati kerana tak dapat rawatan mudah dan cepat dari hospital

src=https://www.gannett cdn.com/media/2018/05/02/USATODAY/USATODAY/636608618080162584 XXX maternal death jmg 210551 92474881.JPG?width=2560 Lambat Diberi Rawatan, Ibu Dengan Praeklampsia Ini Maut Lepas Bersalin

YoLanda bukan mati kerana komplikasi kelahiran. YoLanda hanya perlukan mesin periksa tekanan darah, ubat IV yang harganya tak mencecah RM100 dan layanan cepat dan pantas dari pihak hospital.

Marco telah menfailkan saman terhadap hospital tersebut.

Ini apa yang ibu perlu tahu tentang bahaya preeklampsia

5% hingga 8% kehamilan mempunyai risiko untuk mendapat preeklampsia.

Preeklampsia biasanya berlaku pada ibu yang mengandung untuk pertama kali dan ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi atau pernah didiagnos mendapat preeklampsia sebelum ini.

Wanita yang mempunyai potesi mendapat preeklampsia juga termasuklah:

Antara pemakanan sihat yang harus ibu hamil amalkan untuk mencegah praeklampsia adalah:

  • Kurangkan garam dalam makanan.
  • Minum 6-8 gelas air sehari.
  • Jangan makan terlalu banyak makanan goreng dan makanan ringan.
  • Dapatkan rehat yang cukup.
  • Amalan senaman ringan yang kerap.
  • Tinggikan kaki beberapa kali sehari.
  • Elakkan minum alkohol.
  • Elakkan minuman yang mengandungi kafein.
  • Doktor mungkin akan mencadangkan ubat dan vitamin tambahan.

Jika anda mempunyai preeklampsia, penting untuk anda ikut nasihat doktor dan tukar gaya hidup anda dengan pemakanan yang lebih sihat dan jaga diri untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius sehingga mengancam nyawa.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber dan kredit gambar: USA Today

Baca juga:

Praeklampsia: Tanda, Risiko Dan Cara Pencegahan Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!