Wanita ini diserang strok gara-gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!

lead image

Gara-gara melihat telefon selama 20 jam tanpa henti, seorang wanita telah diserang strok! Tahukah anda tentang bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan?

Telefon bimbit zaman ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi semata-mata. Ia telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup kita. Jadi, kita harus selalu sedar tentang bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan.

Kejadian yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang wanita. Kes ini menunjukkan tentang bahaya telefon bimbit jika ia digunakan secara berterusan. Mari ambil ikhtibar dari kejadian yang menggemparkan ini.

Bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan: Guna telefon  20 jam tanpa henti, wanita ini diserang strok!

Wanita Cina berusia 47 tahun ini sedang dalam perjalanan ke Wilayah Henan dari Kota Guangzhou pada 13 Mac 2018 lalu. Semasa perjalanannya yang mengambil masa 20 jam itu, dia dilaporkan melihat telefon bimbitnya tanpa henti (selama lebih kurang 20 jam).

Ketika dia bangun, tiba-tiba dia jatuh pengsan. Wanita itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan pembedahan kecemasan dijalankan ke atasnya.

Dr. Meng, doktor yang menjalankan pembedahan itu berkata beberapa liang darah dia telah tersumbat sepanjang 2cm dan telah dibuang dari otaknya. Tambahnya lagi, wanita tersebut pengsan kerana darah yang tersumbat membuatkan wanita tersebut diserang strok.

Bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan: Apa sebenarnya yang terjadi?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/phone 2.jpg Wanita ini diserang strok gara gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!

Ketua Jabatan Neurologi di hospital mengatakan wanita tersebut berada dalam posisi dan postur yang sama selama 20 jam.

Ketika melihat telefon bimbitnya, wanita itu telah menyerongkan kepalanya ke kanan dan kekal dalam posisi itu untuk satu jangka masa yang panjang.  Ini membuatkan saluran darah di leher dia dalam tekanan yang tinggi.

Tambah doktor lagi, pesakit yang lebih muda mengalami kejadian yang sama semakin bertambah.

Di laman sosial, wanita itu berkata yang dia sangat terkejut apabila mengetahui telefon bimbitnya merupakan punca dia diserang strok. Tambahnya lagi, dia tidak pernah ada masalah kesihatan sebelum ini.

Bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan: Tips untuk pengguna telefon bimbit

Kita hendaklah sentiasa beringat, penggunaan telefon bimbit secara berterusan membahayakan kesihatan. Doktor dan pakar lain menyarankan orang ramai untuk sentiasa berada dalam posisi yang selesa ketika menggunakan telefon bimbit.

Tambah mereka lagi, pengguna telefon bimbit perlu mengambil rehat yang kerap.

src=http://ak8.picdn.net/shutterstock/videos/5916008/thumb/1.jpg Wanita ini diserang strok gara gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!

5 langkah keselamatan untuk pengguna telfon bimbit

Sentiasa ikut peraturan 20-20-20 yang disarankan oleh pakar apabila menggunakan peralatan elektronik. Menurut peraturan ini, kita patut berhenti melihat skrin selama 20 minit dan tengok jarak sejauh 20 kaki selama 20 saat untuk mengekalkan kesihatan penglihatan anda.

Selain itu, pakar dari Kumpulan Perkerja Alam Sekitar menasihatkan agar kita mengikuti langkah-langkah keselamatan ini:

1. Guna speaker atau headset ketika bercakap di telefon.

2. Hantar mesej dari bercakap dalam telefon dapat mengurangkan radiasi.

3. Jauhkan telefon dari badan apabila menggunakan telefon. Radiasi akan berkurang walaupun jarak telefon dari badan hanya sedikit.

4. Elakkan meletak telefon di poket atau bawah bantal. Telefon boleh menyampaikan radiasi yang tinggi walaupun tidak digunakan. 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Kanak-kanak perempuan ini tengok video lucah di sebelah ibunya! Apa ibu bapa harus buat jika jadi begini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!