Terlampau leka lihat phone, sampai anak dilanggar kereta pun tak perasan!

lead image

Pasti ibu ini alami trauma dan menyalahkan dirinya kerana tidak menjaga keselamatan anak dengan sebaiknya. Tapi nasi sudah menjadi bubur, semoga insiden ini memberi peringatan untuk kita semua

Alangkah bahaya telefon bimbit yang tak disangka! Lihatlah apa yang terjadi apabila seorang ibu leka melihat telefon hingga anak perempuannya yang berumur dua tahun dilanggar kereta jenis S.U.V pun dia tak perasan!

Aduhai. Video kemalangan itu viral di laman sosial.

Apa yang mengejutkan, semasa kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit ada bersamanya. Namun kemalangan masih berlaku. Kenapa? 

Kejadian yang berlaku di China ini berpunca akibat ibu kanak-kanak itu terlalu khusyuk melihat telefon bimbitnya. Ini jelas membuktikan bahaya telefon bimbit boleh meragut nyawa orang. 

Sebab itu, ada risiko jika kita terlalu leka bermain telefon bimbit ini. 

Bahaya telefon bimbit menyebabkan kanak-kanak ini mati 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/b.jpg Terlampau leka lihat phone, sampai anak dilanggar kereta pun tak perasan!

Dalam video tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak malang itu sedang berjalan bersama ibunya,

Tetapi ibunya dilihat terlalu leka menekan punat telefon bimbit hingga anaknya melintas jalan pun dia tak perasan lalu kanak-kanak itu dilanggar sebuah kereta. 

Akibat kereta tersebut tinggi, pemandu tersebut tak perasan ada budak sedang melintas lalu terlangar kanak-kanak itu. Ketika ambulans tiba, kanak-kanak itu disahkan mati. 

Ibu, anda harus letakkan keselamatan anak sebagai nombor satu!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/suv.jpg Terlampau leka lihat phone, sampai anak dilanggar kereta pun tak perasan!

Sebagai seorang ibu, anda sepatutnya meletakkan keselamatan anak sebagai nombor satu, bukannya sibuk melihat telefon bimbit.

Itulah bahaya telefon bimbit yang paling ditakuti ramai orang.

Ingatlah wahai ibu dan ayah, jangan terlalu pentingkan diri sendiri hingga keselamatan anak terabai. Telefon boleh bertukar ganti tapi nyawa anak tak boleh dijual beli.  

Benar, ada banyak kelebihan jika individu menggunakan telefon bimbit kerana kita lebih dekat dengan orang sekeliling. Akan tetapi ada bahaya telefon bimbit yang kita tak terduga.

Peringatan ini dituju buat anda yang terlalu kemaruk dengan smartphone hingga ada bahaya telefon bimbit pun tak tahu!

Sebab itu penting, ibu bapa hanya guna telefon bimbit jika waktu emergency saja. Bukan membuang masa melihat yang tak sepatutnya.  

Terutama ketika anda keluar bersama anak. Jika boleh simpan telefon bimbit itu dan beri tumpuan terhadap anak saja.

Yalah, anak ini kekadang terlalu aktif hingga sukar nak dikawal. Jadi anda harus lebih fokus dan peka terhadap apa yang ingin anak buat. Apatah lagi, ia merupakan bonding time terbaik bersama anak. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/cnews.fr .jpg Terlampau leka lihat phone, sampai anak dilanggar kereta pun tak perasan!

Kredit: Cnews.fr

Sebaiknya anda lakukan aktiviti yang berguna berbanding sentiasa pegang telefon bimbit 24/7. Jadikan aktiviti sampingan sebagai salah cara untuk bonding time dengan anak-anak. 

Kesimpulannya, bahaya telefon bimbit ini boleh mendatangkan keburukan pada insan tersayang. Semoga perkongsian artikel ini beri peringatan buat kita semua. Jangan lupa  share di laman facebook anda! 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga

Wanita ini diserang strok gara-gara guna telefon bimbit selama 20 jam tanpa henti!